Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 Ogos 2018

18b Hasil GST 'Lesap', BN Tak Amanah, Rompak Wang Kata Menteri.

Oleh : Malaysiakini

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan kekurangan RM18 bilion dalam tabung bayaran balik GST dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang tersebut.

 
Pendedahan itu berikutan tuduhan pentadbiran terdahulu telah 'merompak' dana bayaran balik GST itu.

Ketika membentangkan RUU Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Mansuh) 2018 petang tadi, Lim berkata jumlah keseluruhan bayaran balik GST adalah sebanyak RM19.4 bilion semenjak pelaksanaan cukai itu sehingga ke 31 Mei 2018.

"Jumlah wang baki yang sedia ada dalam tabung bayaran balik (GST) RM 1,486 juta, saya nak tegaskan ini jumlah wang yang disahkan selepas pemeriksaan dan audit dalaman oleh jabatan kastam, menandakan bahawa kekurangan kira-kira RM 18 bilion," jelas beliau.

Lim berkata ini berdasarkan audit dalaman dan pemeriksaan jabatan kastam.

"Tunggakan sebesar ini... berlaku bukan saja kerana garis panduan tidak dipatuhi, tetapi ia dianggap... kerajaan dulu untuk menyelewengkan jumlah wang baki yang sedia ada," tambahnya.

Menurut perangkaan jabatan kastam, jumlah bayaran balik GST untuk 2017 adalah sebanyak RM9.18 bilion, pada 2016 (RM6.78 bilion) dan pada 2015 (RM610 juta).

"Tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan aliran tunai kerajaan persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran berleluasa dan pertambahan hutang yang besar," maklum Lim.

Beliau mendakwa pentadbiran terdahulu memalsukan akaun dan menyalahgunakan dana dalam akaun bayaran balik GST untuk menutup defisit dasar kewangan kerajaan.

"Apa yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulu merupakan pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik cukai (GST) untuk kegunaan lain atau menutup defisit supaya menunjukkan keadaan akaun baki semasa kelebihan.

"Kami kesal bahawa tunggakan ini berlaku kerajaan lama masukkan kutipan GST ke dalam akaun amanah yang dikhaskan untuk melunaskan tuntutan cukai.

"Kerajaan BN telah merompak akaun amanah tersebut,"
dakwa Lim. - 8 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...