Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Jun 2018

Rumah Jamal Disamun Empat Penjenayah..

Rumah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunus, di sini, dipercayai dipecah masuk empat penjenayah Ahad lalu.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pengurus pengawal keselamatan rumah berkenaan memaklumkan dia mengetahui kejadian itu daripada seorang lagi pengawal keselamatan yang sedang bertugas, kira-kira jam 8.30 pagi.

"Hanya seorang pengawal keselamatan yang berkawal di rumah tersebut semasa kejadian.

"Seramai empat penjenayah, salah seorang daripada suspek menutup muka dan mengambil barang, antara yang didapati dicuri adalah sebuah beg pakaian besar, cermin mata pelbagai jenama, tiga unit telefon bimbit, dan beberapa barangan lain,"
katanya.

Beliau berkata, kerugian tidak dapat dipastikan dan pengadu membuat laporan polis untuk perlindungan syarikat keselamatan dan untuk tuntutan insurans pihak Jamal sekiranya ada.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan,"
katanya.

Kes disiasat mengikut 395 Kanun Keseksaan.


Sumber : Sinar Harian. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...