Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Jun 2018

Rosmah Diminta Hadir Ke SPRM Selasa Ini Untuk Siasatan Penyelewengan SRC.


Isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor akan diminta hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa ini jam 11 pagi.

Beberapa pegawai SPRM telah menghantar notis perintah hadir kepada Rosmah untuk hadir memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan SRC International jam 4 petang tadi.

Mereka kemudian meninggalkan kediaman itu dengan membawa sebuah beg yang dipercayai mengandungi dokumen yang diambil dari kediaman itu.

Semua pegawai berkenaan meninggalkan kediaman itu pada jam 5.30 petang.

Sekiranya ingkar, Rosmah boleh ditangkap di bawah Akta SPRM kerana ingkar perintah hadir membantu siasatan di bawah undang-undang.

Rosmah merupakan individu kedua dipanggil membantu siasatan skandal berkenaan selepas Najib Razak berbuat demikian dua kali pada dua minggu lalu. - 1 Jun 2018.
Sumber : Berita Harian

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...