Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Mei 2018

Tak Pelik Kutip Derma Bayar Hutang, Yang Ganjil Ajaib Jika Berpuashati Kata MAZA Sambil Sindir PAS..

Isu Penubuhan Tabung Harapan Malaysia bagi membayar hutang negara masih lagi mendapat perhatian awam. Terbaru Ustaz Asri Zainal Abidin ataupun nama panggilannya MAZA mengulas isu tersebut yang disifatkannya sebagai bukanlah tindakan yang pelik.

"Tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak Kerajaan bayar hutang. Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. 


MAZA juga berkata apa pelik sebenarnya ialah memaksa rakyat untuk membayar hutang dan dalam masa yang sama pemimpin mengamalkan gaya hidup yang mewah. 

Tidak hanya itu, MAZA juga seakannya menyindir pemimpin tertentu dalam PAS yang suatu ketika dahulu pernah dilaporkan berpuas hati dengan penjelasan isu 1MDB yang dilakukan oleh Arul Kanda meskipun tidak menyebutkan mana-mana nama secara jelas. 

MAZA hanya sekadar meletakkan kiasan.

Tetapi ianya difahami oleh rata-rata pengikutnya kerana hanya PAS sahaja selama ini yang dilaporkan berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda dalam isu 1MDB.

"Namun, yang pelik lagi melampau ialah pihak yang membuat hutang yang ditanggung oleh sekelian rakyat secara paksa tanpa rela. 

Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan.

Apa yang ganjil lagi ajaib apabila ada kelompok yang pernah menyatakan mereka berpuashati dengan isu penyalahgunaan harta awam tersebut,"
katanya lagi. 


Setakat ini status MAZA itu telah dikongsikan sebanyak 5,838 (ketika artikel ini ditulis). Dan rata-rata netizens pro PAS 'berperang' dengan netizens pro PH di ruangan komen.

Difahamkan Tabung Harapan Malaysia (THM) yang dilancarkan semalam adalah untuk menyelaraskan derma yang ingin disumbangkan oleh orang awam kepada kerajaan bagi membayar hutang negara berjumlah 1 trillion.

Ini kerana ketika ini terdapat beberapa pihak yang membuka tabung derma atas tujuan mahu membantu negara membayar hutang.

Meskipun tiada kes yang dilaporkan, pelancaran Tabung Harapan Malaysia oleh Kementerian Kewangan akan membendung penipuan yang mungkin akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Inisiatif kerajaan ini adalah untuk menyatukan semua usaha menderma dan memudahkan orang awam hanya memasukkan wang ke dalam satu tabung, satu akaun yang telah disahkan oleh kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, semua derma yang disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia akan dikecualikan cukai.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng di halaman Facebooknya tadi. Kenyataan rasmi mengenainya juga akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada hari ini. - 31 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...