Gambar itu pada awalnya disebarkan oleh Abu Bakar Yahya Aby yang mana beliau mengakui menangkap sendiri gambar itu ketika hadir bertemu dengan Perdana Menteri itu di pejabatnya.
Abu Bakar ialah ahli PPBM yang menyokong Pakatan Harapan. Menurut Abu Bakar dokumen di atas meja kerja Tun Mahathir ialah 'mengenalpasti' dan bukannya manipulasi seperti yang diperkatakan netizens.
Bagaimanapun netizens pro pembangkang kemudiannya 'zoom in' gambar tersebut dan menegaskan dokumen itu bermula dengan tajuk 'manipulasi' dan bukannya 'mengenalpasti'.
Ada sesetengah netizens menyebarkan pula gambar berbeza posisi bagi membuktikan tajuk dokumen itu adalah manipulasi hutang negara siri 2.
Netizens pro pembangkang menjadikan isu tersebut satu polemik di media sosial.
Netizens pro Pakatan Harapan pula mempertikaikan jika penyokong pembangkang sudah mengetahui isi kandungan dokumen tersebut atau hanya mengkritiknya dengan sekadar membaca muka hadapan gambar dokumen tular itu.
Setakat ini kerajaan dan Tun Mahathir belum lagi memberikan apa-apa respon berhubung isu yang tular di sosmed itu. - 2 Jun 2018.