Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 16 Mac 2018

Tali Barut Tak Boleh Putuskan Jawatan Saya Sindir Rais Yatim Pada Tun Faisal.

Tan Sri Dr. Rais Yatim salah seorang bekas menteri yang tidak dilantik semula ke dalam jawatan kabinet namun diberikan jawatan khas sebagai Penasihat Perdana Menteri dalam Hal Ehwal berkaitan kebudayaan dan kesenian.

Sejak kebelakangan ini, Rais Yatim semakin ligat mengkritik isu 1MDB dan Jho Low.

Terbaru beliau membalas sindiran Menteri Komunikasi, Datuk Seri Salleh Keruak dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertikaikan kenyataannya tentang isu Jho Low dan 1MDB.

 
"Itulah, bila ditegur menteri hebat macm Nazri kata orang meroyan. Dunia dah cukup perli Malaysia melalui Jho Low. Kenapa sayang sangat pada pemutar alam Jho Low? Berbillion ringgit wang Negara lesap. Ingat bila pelepah gugur pucuk jangan ketawa. Saya masih menteri, lupa kot? Siapa meroyan?," tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JASA, Tun Faisal nampaknya tidak senang dengan tindakan Tan Sri Rais Yatim yang berterusan menyerang pentadbiran Najib Razak dalam isu Jho Low dan 1MDB.

Beliau kemudiannya mencadangkan agar Rais Yatim lebih baik meletak jawatan sahajalah.



"Sila lah letak jawatan jika tidak boleh bertindak sebagai Menteri dan menggunakan saluran yang betul," balasnya kepada Rais Yatim.


Namun Rais Yatim menyindir Tun Faisal dengan perkataan 'talibarut' apabila membalas gesaan meletak jawatan sepatutnya diputuskan oleh Perdana Menteri itu sendiri dan bukannya orang lain.

"Pegawai Jasa Tun Faisal gesa saya letak jawatan sebagai penasihat kerajaan. Saya cuma cadang Jho Low disiasat. Macm nak runtuh langit. Kalau PM isyaratkan baru saya bersara. Tapi sabarlah Tun Faisal saya dah berhubung dengan PM. Biarlah beliau yang putuskan. Ini tak boleh diputuskan oleh talibarut," jawabnya.


Mempertahankan tweetnya Tun Faisal juga menyeru agar Rais Yatim mendapatkan pandangan dari saluran sedia ada berbanding menulis di Twitter.

"Tweet ini juga tidak wajar kerana seolah-olah meremehkan tugas @PDRMsia, JAN, PAC dan @AGCPutrajaya yang entah melaksanakan siasatan sejak tahun 2015. Sebab itu saya sarankan supaya @DrRaisYatim dapatkan maklumat & fakta kes menggunakan saluran yang ada," katanya. 



Untuk rekod, laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB telah menjadi Akta Rahsia Negara (OSA) selepas laporan mengenainya siap diterbitkan. - 16 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...