Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 16 Mac 2018

Minta Ampun Kat Sultan Johor Sebab Nak Pilihanraya La Tu Kan Nazri Sindir Netizens.

SEMALAM, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz dibenarkan untuk mengadap DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Istana Pelangi.

Perkara itu dilaporkan oleh page JDT - Johor Southern Tigers bersertakan beberapa gambar pertemuan.



Menurut Sultan Johor pertemuan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan pentadbiran negeri (Johor) dan memohon ampun.

"DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerima mengadap Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pada hari ini, 15hb Mac 2018.


Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz datang mengadap untuk meminta pandangan daripada DYMM Sultan Johor berkenaan pentadbiran negara untuk masa akan datang dan juga memohon ampun kepada DYAM Tunku Mahkota Johor. Allah Peliharakan Sultan,"
kata Baginda dalam satu kenyataan.


Sejak tahun 2015, Nazri Aziz dan TMJ saling berbahas (bergaduh) mengenai isu politik tanahair menggunakan saluran media.

Tindakan TMJ yang mengkritik ketidakhadiran Najib Razak dalam program Nothing To Hide dipercayai menjadi titik tolak perselisihan politik antara kedua belah pihak. 

Tindakan Nazri yang bersedia meminta maaf itu bagaimanapun disindir dan ditertawakan oleh netizens. Rata-rata beranggapan ia taktik politik murahan menjelang PRU ke 14.




Ini kerana perselisihan Nazri dengan TMJ sudah berlangsung lebih dari dua tahun lamanya justeru tindakan yang memohon ampun secara tiba-tiba itu mengundang spekulasi dikalangan netizens. 

Ramai percaya ia ada kaitan dengan musim pilihanraya.
 
Difahamkan Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat diantara Mac dan April tahun ini. - 16 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...