Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 Januari 2018

Walaupun Netizens Pro Pembangkang, Kerajaan Bergabung Kutuk Idea 'EPL', Nik Nazmi Pertahankan Pendirian.

MESKIPUN dikritik teruk, Ketua Pemuda Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad tetap mempertahankan idea hak penyiaran bola sepak luar negara Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana katanya ia bertujuan memberikan peluang anak muda menikmati pengisian televisyen yang berkualiti.


“Apa yang perlu dijelaskan di sini adalah tawaran hak menyiar EPL tersebut adalah memberi peluang anak muda menikmati pengisian televisyen yang berkualiti,” katanya.

Beliau turut berkata, pada masa ini hak menyiarkan EPL adalah milik eksklusif Astro yang tidak dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia dan melibatkan pembayaran yuran yang tinggi.

“Adakah hak ini hanya boleh diberikan kepada orang kaya dan mampu? Kita lihat sahaja setiap hujung minggu restoran mamak dipenuhi orang ramai semata-mata untuk menonton perlawanan EPL. Ada juga yang ‘stream’ perlawanan ini secara haram di Internet.

“EPL mempunyai tarikan komersial yang tinggi dan RTM mampu meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan,”
katanya lagi yang bersungguh mempertahankan tawaran Pemuda Harapan itu.



Terdahulu ketika menyampaikan ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan sabtu lalu, Nik Nazmi dikecam netizens kerana berkata jika PH memenangi PRU ke 14 kelak, antara perkara yang akan dilakukan oleh Pemuda Pakatan Harapan ia membeli hak penyiaran EPL agar dapat ditonton oleh semua lapisan rakyat di Malaysia.

Idea itu bagaimanapun dikecam oleh rata-rata netizens yang beranggapan ia merupakan satu pembaziran jika membeli hak penyiaran Liga Perdana Inggeris atau lain-lain liga sukan.

Tidak hanya di media sosial, Nik Nazmi turut dikecam di Facebooknya sendiri.

Fahmi Kadir : "Ni idea bagi buah tanggung supaya orang lain smash".

Syed Nabil Syed Ahmad : "Mana nak cekau duit 1b nak bayar hak penyiaran tu? Apa manfaat tayang EPL buat rakyat terbanyak?".

Wan Yusri Wan Chik : "Korporat mana yang nak disumbat duit? Kroni siapa?".

Mohd Alif Aiman : "Bola sepak adalah hal terlalu rendah kalau nak dibandingkan soal masa depan negara. Bagus jugak idea tu, tapi duit beli siaran EPL boleh buat free education. Pro Astro pegang siaran EPL, kami sebagai student ada masa lepak sama-sama kat kedai mamak dan meningkatkan ekonomi kedai mamak. Bila buat siaran free, mungkin dah malas dah nak tengok sama-sama. Tak sama dan tak fun".

Mohd Azharul : "Wrestling pun ramai minat. Rancangan Korea patut jadi tumpuan sebab boleh dapat undi wanita muda. Hahaha".

Muhammad Azfar : "Gila ka? EPL tu hiburan. Nak hiburan bayar sendiri. Berani ka buat cukai tv macam kat UK nun ? Tu pun rasanya belom tentu cukup untuk bayar harga bidaan. Daripada buat gitu baik rombat RTM tv2 tu, fokus pada audiens muda, takat amik highlight, game UCL yang bagi slot untuk free to air TV tu boleh la dikira realistik lagi. macam zaman awal 2000an dulu".

Babynor Ali : "Sembang kencang je Nik Nazmi ni. Jadi adun Seri Setia 2 penggal pun jarang turun kawasan. Dah la kalah ketua cabang. Tu yang lari Setiawangsa". 

Mohd Haizal Yatiran : "Manifesto BN katanya manifesto gula-gula. Patutlah. Sebab manifesto pemuda pembangkang, manifesto bola-bola". 

Benz Ali : "Banyak lagi benda boleh disembang dalam konvensyen. Kos pakaian anak pergi sekolah, buku2 teks, sarapan, tambang ke sekolah. Tapi yang paling bangsat puak-puak ni, dia sembang pasal EPL. Punya cilaka".

Khairy Jamaluddin pula dalam satu respon segera kepada tawaran tersebut berkata, tidak masuk akal menawarkan siaran Liga Perdana Inggeris dan Sepanyol secara percuma kerana ia melibatkan kos yang tinggi.


“Mereka berjanji bahawa perlawanan bola sepak Liga Inggeris dan Sepanyol akan disiarkan secara langsung oleh RTM. 

Saya ada bertanya kepada rakan saya di stesen tv berapakah kosnya untuk menyiarkan perlawanan secara langsung, dan hak penyiaranan ini melalui proses bidaan… setiap tahun bidaan mencecah ratusan jutaringgit mungkin lebih daripada RM100 juta. 

Kalau diberikan kepada RTM, siapa yang akan bayar? Akhirnya menggunakan wang rakyat. Katakanlah nak bersiaran kena bayar RM200 juta, takkan nak belanja begitu sahaja?,” katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...