Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Januari 2018

PAS 'King Maker' - "Jika PAS Boleh Dapat 40 Kerusi Parlimen, Boleh Tentukan Kerajaan" - TGHH.

Oleh : Harakah Daily

PADA pilihan raya kali ini kemungkinan mana-mana parti tidak mampu menubuh kerajaan secara bersendirian sekiranya tidak mendapat 112 kerusi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jumlah minimum kerusi bagi mana-mana parti menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan ialah 112 kerusi.

Katanya ketika itu parti yang gagal membentuk majoriti mudah terpaksa mendapat bantuan parti lain.
“Jika PAS boleh mendapat 40 kerusi parlimen. Parti lain yang tidak boleh nak tubuh melainkan akan bergantung kepada 40 kerusi ini.
“Walau pun parti lain ada 100 kerusi, 80 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan kena ada minima 112 kerusi.
“Jika PAS ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini kita (PAS) ada pengaruh dan boleh minta macam-macam,” katanya pada majlis Pelancaran Dana RM1 Juta ke Wisma Darul Iman di Masjid Rusila, Marang hari ini.
Kempen Dana 1 Juta ke Wisma Darul Iman bermula 12 Januari hingga 23 Februari 2018 sebagai persiapan PAS Terengganu menghadapi PRU 14.
PAS mensasar bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan lapan Parlimen.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...