Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Disember 2017

Rafizi Akui Salah Fakta, Tidak Kisah Disaman Rahman Dahlan..

Ini susulan dari kesilapan Ahli Parlimen Pandan itu yang menamakan Raslan Dahlan, CEO di syarikat Pico Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd ialah abang kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (EPU), Datuk Seri Rahman Dahlan.

Rafizi yang membangkitkan hal itu pada awalnya cuba membayangkan wujudnya unsur favoritism dan nepotisme  pada syarikat yang mendapat tender kontrak untuk menguruskan ekspo #NegaraKu di Dataran Merdeka.


Namun beliau bertindak memadamkan semua kenyataannya termasuk di blog, facebook dan Twitter selepas 'tersedar' yang Raslan bukan abang kandung kepada Rahman Dahlan meskipun mempunyai nama bapa yang sama.

Bagaimanapun Rahman Dahlan menyelar tindakan Ahli Parlimen itu yang dakwanya menyebarkan fitnah. Raslan atau nama sebenarnya Nooraslan Bin Mohd Dahlan adalah individu yang berasal dari Johor. 

Beliau menjadi CEO di syarikat Pico yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam menganjurkan pameran dan event.

Rafizi dalam satu kenyataan mengakui yang beliau tersilap fakta dalam isu hubungan adik-beradik namun itu tidak akan menghalangnya dari mempersoalkan isu-isu berbangkit mengenai penganjuran eskpo berkenaan.

"Saya dah buat semakan dan memang betul Raslan bukan abang Rahman Dahlan. Info yang diterima sebelum ini tidak benar," jelas Rafizi.

"Ia tidak menjawab persoalan lain yang turut dibangkitkan. Berapa banyak EPU menghabiskan wang rakyat untuk melantik event manager bagi menganjurkan ekspo #NegaraKu yang berlangsung selama sebulan ini?

Saya akan teruskan jejak kerana kalaupun dia bukan abang kepada Rahman Dahlan, masih banyak persoalan yang perlu beliau (Rahman Dahlan) jawab," kata Rafizi kepada portal The Malaysian Insight.

Rafizi dipetik sebagai berkata kepada portal itu yang beliau bersikap terbuka dan meraikan apa sahaja tindakan Rahman Dahlan termasuklah menyamannya berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Rafizi diserang bertubi-tubi di laman sosial dan dijadikan bahan jenaka serta troll oleh warga internet selepas kantoi menfitnah Raslan ialah abang kepada Rahman Dahlan.

Selepas memadamkan semua kenyataan mengenai perkara itu di media sosial miliknya, Rafizi kemudiannya 'menghilang diri' tanpa sebarang makluman yang membuatkan netizens terutama penyokongnya tertanya-tanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...