Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 Disember 2017

PAS, UMNO Hijack Demo Selamatkan Baitul Maqdis Kata Peserta Perhimpunan..

Oleh : Muhamad Nur Ismail
SAMPAI BILA HIMPUNAN RAKYAT AKAN DI HIJACK OLEH ORANG POLITIK?
1. Saya berkesempatan untuk mengikuti Demonstrasi Aman Selamatkan Baitul Maqdis di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat semalam.
2. Awalnya saya difahamkan demonstrasi aman ini dipelopori oleh gabungan NGO Islam seperti MAPIM, ABIM, IKRAM, HALUAN, AQSA SYARIF, PKPIM, dan beberapa NGO lagi.
3. Namun apabila sampai di sana, saya agak terkejut apabila sekali lagi Demonstrasi Aman yang dipelopori oleh NGO Islam sekali lagi di hijack oleh orang politik khususnya daripada PAS & UMNO.
4. Amat menyedihkan apabila suatu himpunan yg sepatutnya menjadi medan utk menghimpunkan rakyat dari berbagai wadah, menzahirkan rasa marah terhadap situasi Palestin,akhirnya menjadi medan untuk propaganda politik.
5. Apa perlunya himpunan aman untuk Palestin ini dinaikkan bendera-bendera parti ? Sepatutnya dinaikkan bendera Palestin dengan slogan-slogan pembebasan Palestin, bukannya bendera parti!
6. Sudah hilangkah adab orang politik untuk memberikan ruang kepada NGO Islam dalam himpunan mereka sendiri ?
7. Runtun hati ini melihat pimpinan NGO Islam seperti Dr Hafidzi dari MyCare yang hanya berucap dipinggiran selepas tamat demonstrasi, sedangkan mereka ini berpuluh tahun berjuang untuk pembebasan Palestin.
8. Sampai bila NGO Islam akan membiarkan himpunan mereka dihijack oleh golongan politik tidak beradab sebegini ?
9. Besar harapan saya agar pada masa hadapan, NGO Islam khususnya anak muda lebih kehadapan dalam setiap himpunan.
10. Jika ada parti politik yang cuba hijack demonstrasi kita lagi, singkirkan mereka ketepi.
Biar mereka tahu dan faham bahawa kuasa rakyat lebih kuat!
Muhamad Ali
Peserta Demonstrasi AMAN 
Selamatkan Baitulmaqdis, Selamatkan Palestine
9 Disember 2017

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...