Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 Disember 2017

Pakatan Harapan Tawar Kerusi Untuk Ahmad Said Bertanding PRU 14.

PAKATAN Harapan Terengganu menawarkan bekas Menteri Besar Ahmad Said bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket gabungan pembangkang itu, lapor portal berita Free Malaysia Today. 


Pengerusi PH Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata pihaknya akan terima Ahmad Said sekiranya beliau betul-betul mahu berjuang menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). 

"Kita tidak boleh buat tawaran yang besar atau luar biasa, jadi terpulang kepada beliau sama ada terima atau tidak," kata Raja Bahrin, seperti dipetik oleh FMT. 

Ahmad Said jadi menteri besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Beliau bagaimanapun dilihat berkrisis dengan Umno selepas didesak letak jawatan pada 2014, setahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, dan digantikan dengan Ahmad Razif Abdul Rahman. 

Sementara itu, Raja Bahrin berkata PH sedia menghadapi pertembungan tiga penjuru pada PRU14 nanti. Katanya, PH akan bertanding di semua 32 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen, sementara pengagihan kerusi antara komponen PH sudah 50% selesai.

Ahmad Said yang merupakan Adun Kijal, tahun lalu mengemukakan usul tidak percaya terhadap Razif di Dewan Undangan Negeri Terengganu tetapi ditolak speaker DUN. 

Lima bulan selepas itu, Razif mencadangkan kepada Majlis Tertinggi Umno agar Ahmad Said dipecat dari parti, namun mesyuarat itu dilaporkan tidak membincangkan cadangan berkenaan

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...