Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Ogos 2017

Pukul Kad Dikatakan Pukul Boss, MPS Dikritik Kaw-Kaw Oleh Netizens. (Video)

Tular di laman sosial beberapa rakaman video yang merujuk kepada satu protes yang dilakukan oleh orang awam bagi mempertikaikan cara penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang yang tidak menjalankan tugas dalam menyelesaikan aduan berbangkit.


Rakaman itu awalnya dikesan disebarkan oleh satu page yang dikenali dengan nama ViralMeletop pada 13 Ogos lepas.


"Kes pembuangan sampah haram di Fasa 8 Gombak. Penduduk berang dan naik angin kerana kes sudah lama berlarutan tetapi tiada tindakan diambil. Penduduk datang ke pejabat MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG tetapi tidak dibenarkan masuk. Macam ni ke cara anggota Majlis Perbandaran bercakap dan melayan orang awam??!! Lagi lagi bila perempuan gemuk bercakap," tulis page berkenaan.




Pakcik yang tidak dikenali namanya itu pada awalnya telah datang ke pejabat Majlis Perbandaran Selayang bagi membuat aduan kes pembuangan sampah haram di kawasan tempat beliau tinggal namun enggan menyerahkan kad pengenalan beliau di kaunter hadapan pejabat sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis kerajaan.

Tindakan itu telah mendatangkan kemarahan kepada penguatkuasa-penguatkuasa yang bertugas kerana pakcik itu berkeras untuk tidak meletakkan kad pengenalan beliau namun tetap berdegil mahu memasuki premis untuk berjumpa dengan pegawai kanan bagi melakukan aduan.

Netizens yang menonton rakaman video itu telah memberikan pelbagai respon samada yang menyokong tindakan pakcik berbaju merah itu ataupun yang menyokong penguatkuasa-penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang.

Malahan terdapat seorang anggota majlis yang mempersoalkan idelogi politik pakcik tersebut; yang dipercayai ahli kepada parti PKR - bahawanya pakcik itu sepatutnya menghormati kerajaan negeri dan Menteri Besar memandangkan pakcik itu adalah anggota keadilan, kata penguatkuasa itu.

Budi bicara mana soal netizens

Bagi yang membela tindakan pakcik tersebut, netizens mempersoalkan dimanakah budi bicara seorang pegawai kerajaan dalam menjalankan tugas apabila mendepani pengadu yang marah berikutan aduan sebelum ini dibakulsampahkan.

Ada yang mempersoalkan sikap anggota majlis yang mengepungi orang awam beramai-ramai bagaikan individu tersebut melakukan jenayah.

Tidak kurang juga ramai yang mengecam perlakuan anggota majlis wanita yang menfitnah orang awam memukul bossnya sedangkan dalam rakaman jelas kelihatan orang awam itu hanya menepis kad yang dipegang oleh pegawai atasan kepada anggota majlis wanita berkenaan.

Tinggal kad lepas tu masuklah nak bising apa

Sokongan 50-50 di antara pakcik dan anggota majlis dilihat menerusi respon netizens dalam membincangkan kejadian berkenaan.

Bagi yang menyokong tindakan penguatkuasa itu pula, mempertikaikan tindakan orang awam yang enggan meletakkan kad pengenalan di hadapan kaunter. 

Sedangkan ia prosedur biasa dalam kebanyakan agensi kerajaan, apakah pakcik itu tidak tahu, kritik netizens.

Malahan ada yang mempertikaikai kerakyatan pakcik tersebut, - apa yang takut sangat tinggal IC? Tak bawa IC atau takde IC pakcik?, sindir netizens.

Sehingga kini belum ada apa-apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MPS berhubung penyebaran video berkenaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...