Portal itu mendedahkan, ia adalah hasil maklumat dari siasatan awal pihak polis. Tiga remaja itu adalah dalam kalangan sebuah kumpulan besar yang diminta berhimpun di sebuah lokasi di Setiawangsa. Di situ, mereka diberikan kemeja-T dengan logo Bersatu, kata sumber yang dekat dengan siasatan berkenaan, lapor portal itu lagi.
Gambar - The Malaysian Insight |
Semakan latar belakang juga mendapati suspek yang di bawah umur berasal dari Perlis dan tidak habis sekolah. Dua suspek berumur 18 dan 19 merupakan pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur.
Siasatan juga mendapati suspek berumur 18 tahun ada rekod jenayah dan terlibat dalam satu perbicaraan kes rogol yang sedang berjalan.
Terdahulu, forum Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Shah Alam bertukar menjadi kecoh selepas penonton membaling kasut dan botol ke arah Mahathir sebelum mereka bergasak sesama sendiri dengan melemparkan kerusi dan membakar suar.
Di laman sosial pula, penyokong BERSATU (Pakatan Harapan) dan UMNO menyalahkan antara satu sama lain sebagai dalang dalam insiden keganasan tersebut.