Oleh : Kedah News
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang cacian yang dilemparkan segelintir netizen terhadap kementerian itu berhubung penularan sebuah buku kerja.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya sedang meneliti tentang fitnah terbaru terhadap KPM dan satu siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung isu berkenaan.
Gambar yang viral |
"KPM sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak berkaitan di atas fitnah dan cacian yang dilemparkan sama ada kepada KPM atau kepada saya.
"Siasatan terperinci sedang dijalankan ketika ini berhubung perkara itu," kata Mahdzir dalam satu kenyataan, pagi ini.
Sebelum itu, tersebar di media sosial imej sebuah buku yang didakwa tidak menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad, disusuli dengan gesaan supaya Mahdzir tampil menjawab persoalan mengenainya.
Kenyataan-kenyataan berbentuk persoalan di media sosial untuk mencetus persepsi buruk terhadap KPM, seolah-olah menyalahkan Menteri Pendidikan itu berhubung penerbitan buku berkenaan.
Kenyataan-kenyataan berbentuk persoalan di media sosial untuk mencetus persepsi buruk terhadap KPM, seolah-olah menyalahkan Menteri Pendidikan itu berhubung penerbitan buku berkenaan.
"Menteri Pendidikan takkan nak diam saja kot? Atas arahan siapa untuk padam sejarah PM ke 4?" tulis seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Ezad Zainal yang dipercayai suami, Ema Lee, yang mirip kepada aktivis media sosial PKR yang menggunakan akaun Ratu Naga.
Mahdzir menegaskan bahawa buku yang tersebar itu bukan merupakan buke teks terbitan KPM, sebaliknya merupakan buku kerja yang dipercayai telah dijual kepada umum di pasaran.
"Buku berkenaan disahkan bukan buku teks yang diterbitkan KPM, tetapi buku kerja yang terdapat di pasaran terbuka," jelas beliau.
Kenyataan Mahdzir berkenaan kemudian diherdik angkuh Ezad, seolah-olah menjadi tanggungjawab Menteri KPM untuk memantau setiap penerbitan atau percetakan buku bidang pendidikan di negara ini.
"Menteri gagal memantau percetakkan buku pendidikan kemudian mengugut nak menyaman? Memang lawak menteri kalau macam ni. Nak salahkan siapa kalau edaran buku pendidikan dengan fakta yang salah Kementerian pun tak tau? Makan tido saja ka?," tulis Ezad memperlekeh jawapan Menteri.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 secara dasarnya digubal untuk mengawal kegiatan mencetak dan menerbitkan bahan bacaan dan ia telah ditambah baik dengan pindaan pada tahun 2012 sejajar dengan perkembangan dunia penerbitan digital di internet.
Akta di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu menjadi rujukan utama kepada syarikat penerbitan dan percetakan.
Difahamkan bahawa KPM akan membuat laporan polis hari ini terhadap pihak yang memfitnah dan menjejaskan imej KPM dengan dakwaan tidak benar tersebut selain tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang yang tegas mengenainya.