Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 14 Julai 2017

Pengkritik Selar Aktivis LGBT Melayu Muslim Letak Jawatan Dalam DAP.

Semalam, 13 Julai 2017, portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan bahawa Numan Afifi (NA), seorang pejuang hak LGBT telah meletakkan jawatan dalam DAP kerana tidak mahu ia terkesan atau terjejas oleh politik, berdasarkan laporan bertajuk “Subang DAP youth leader denies quitting over ‘gay iftar’”.
Sumber - Facebook
Dalam penafian bahawa tidak ada perkaitan dengan perletakan jawatan NA, Pengerusi Kebangsaan DAPSY, Wong Kah Woh, seperti dilaporkan FMT, menyebut bahawa “He resigned on his own initiative” dan disokong oleh Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Rajiv Rishyakaran mengikut laporan berita yang sama.
NA meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Publisiti DAPSY Subang dan juga jawatannya di Sekolah Demokrasi. NA walaubagaimanapun menafikan bahawa perletakan jawatan ini mempunyai hubung kait dengan kecaman hebat yang dilemparkan berikutan iftar gay yang dianjurkan pada 10 Jun 2017 yang lalu dengan sokongan gerakan dan pendukung liberal seperti mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.
Memetik laporan FMT tersebut, NA menyebut “I think for the cause I’m doing, I don’t want it to be affected by politics. So I think it’s best for the activism I’m doing to not be influenced by politics” kepada Malay Mail Online (MMO).
NA adalah presiden kepada sebuah kumpulan yang diasaskan oleh beliau yang mendukung hak LGBT dan beliau juga terlibat dalam Pelangi Campaign sehingga kini.
Meskipun begitu, apa yang menghairankan saya adalah, mengapa, kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP boleh memperkenan bahkan menyokong dan memuji penubuhan Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang sekiranya ia boleh dan berisiko terkesan dengan agenda, perancangan atau strategi politik parti DAP ataupun kerajaan Pulau Pinang?
Pada 17 Mei 2016, Malaysiakini melaporkan, dengan tajuk “Panel transgender Pulau Pinang jadi realiti”, bahawa Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang telah mengadakan mesyuarat julung kalinya di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 Mei 2016 selepas tujuh tahun kerajaan negeri dilobi oleh gerakan LGBT melalui Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang menjadi pengerusi sementara jawatankuasa transgender itu, dan dibantu oleh Exco Wanita ADUN DAP Padang Lalang Chong Eng dalam merealisasikan pembentukannya.
Lalu timbul persoalan, apakah ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu atau ADUN DAP Padang Lalang Chong Eng kedua-duanya tidak berasa khuatir sekiranya gerakan LGBT di Pulau Pinang ini akan terjejas atau terkesan oleh agenda, perancangan, strategi atau permainan politik parti DAP ataupun kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng?
Mengapakah apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah sebaliknya yang berlaku kepada NA di Subang sehingga beliau ‘terpaksa’ meletakkan jawatan tanpa ada pujuk rayu dan sokongan daripada pimpinan DAPSY untuk Numan kekal sebagai Setiausaha Publisiti DAPSY bagi meneruskan perjuangan LGBTnya di atas platform politik?
Ataukah kerana NA ini seorang Melayu dan beragama Islam lantas DAP tidak boleh menjamin survival politiknya sekiranya NA kekal memegang jawatan dalam DAP sehingga menyukarkan DAP untuk memancing undi Melayu beragama Islam?
Jadi, apakah pendirian DAP sebenarnya dalam isu LGBT?
Menurut laporan berita Malaysiakini tersebut, Teh menyebut bahawa “Saya melihat ini (penubuhan jawatankuasa transgender) sebagai sebahagian daripada reformasi dewan undangan negeri; kami telah menetapkan keutamaan dalam perjuangan ini,”. Teh juga menyebut bahawa walaupun beliau telah melobi selama tujuh tahun, “Tetapi ia berbaloi. Melihat jawatankuasa ini menjadi kenyataan adalah matlamat saya, jadi saya akan berterusan di dalamnya,”.
Apakah antara aktiviti dan kempen mereka? Jawatankuasa tersebut berhasrat untuk mengiktiraf transgender sebagai sebuah kumpulan minoriti yang perlu diberikan layanan istimewa, mengikut jantina yang mereka pilih. Secara khususnya, jawatankuasa tersebut mahu berkempen melibatkan layanan mereka di hospital dan penjara serta tandas berasingan bagi transgender.
Kempen ini sebenarnya selari dengan saranan Sisters in Islam (SIS) dalam kenyataan media pertubuhan feminis liberal tersebut bertarikh 28 November 2016 bertajuk “RUU355 is a matter of concern for all Malaysians”, dalam mempertikai cadangan pindangan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai RUU355, bahawa “Muslim trans-women have been constantly targeted by religious authorities and inhumanely treated by being placed in male prison, where they are then subject to sexual violence”.
Di dalam artikel bertarikh 6 Disember 2016 dengan tajuk “RUU355: SIS and the attempt to obfuscate Islamic criminal law”, saya menulis bahawa “SIS also brings up allegations of transwomen being subjected to discrimination and sexual violence when put together with other male prisoners. This is a nonsensical criticism as it only implies that such transwomen must be placed together with female prisoners in order to accommodate their needs as such women regard themselves as being born male. But this is not permitted by Islamic teaching”.
Mengkritik penubuhan jawatankuasa tersebut, Perkasa melalui Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Dr Amini Amir Abdullah menyebut bahawa “Perkasa berasa kesal kerana kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menjaga sensitiviti umat Islam dalam isu yang berkaitan dengan perkara halal dan haram.” dan “Dalam Islam, kelompok transgender tidak mendapat sebarang pengiktirafan kerana mereka yang melakukan penyerupaan (tasyabbuh) jantina sama ada dari segi tutur kata, tingkah laku, pakaian dan perhiasan serta seumpamanya adalah haram dan berdosa besar,”.
Lim Guan Eng, bagaimanapun, menafikan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah mengiktiraf golongan LGBT. Sebaliknya, menurut laporan Malaysiakini bertarikh 2 Jun 2016 bertajuk “Bila kami iktiraf LGBT, soal Lim”, Ketua Menteri Pulau Pinang ini mendakwa “Ia adalah satu usaha individu oleh salah seorang ADUN – dari DAP. Beliau membangkitkan isu Jawatankuasa Transgender untuk menjaga kebajikan komuniti itu di DUN dan beliau memperoleh sokongan ADUN lain,”.
Laporan Malaysiakini tersebut turut berbunyi “Beliau (Lim Guan Eng) berkata ini adalah satu lagi fitnah daripada PAS sebagai sebuah kerajaan negeri sedangkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengadakan mesyuarat mengenai isu itu”.
Anehnya, menurut catatan Hansard DUN Pulau Pinang bertajuk “Soalan dan Jawapan Lisan dan Bertulis”, ADUN Tanjung Bungah ada bertanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbunyi “Huraikan isu-isu semasa dan keadaan golongan transgender dalam Negeri Pulau Pinang. Apakah strategi dan langkah Kerajaan Negeri untuk membantukan golongan ini dari segi keperimanusiaan dan adakah peruntukan diperuntukkan kepada jawatankuasa transgender yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri?”.
Lim Guan Eng sendiri menjawab bahawa “Strategi dan langkah Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini adalah seperti berikut:-
(I) Penubuhan satu jawatankuasa bagi membincangkan garis panduan yang boleh diterima untuk menangani masalah golongan transgender, khususnya keganasan di dalam lokap dan masalah yang di hadapi di hospital. Jawatankuasa ini telah pun ditubuhkan dan dipengerusikan oleh YB. ADUN Tanjung Bungah.
(ii) Jawatankuasa tersebut dicadangkan untuk bekerjasama dengan NGO-NGO lain untuk memberi bantuan kepada golongan transgender dan juga meningkatkan kesedaran orang awam, mengenai diskriminasi yang dialami oleh golongan transgender supaya mereka tidak akan didiskriminasi oleh golongan awam.
(iii) Jawatankuasa tersebut dicadang digunakan sebagai platform untuk menerangkan isu HIV/AIDS kepada transgender.”.
Tambahan pula, turut hadir semasa mesyuarat julung kali jawatankuasa transgender tersebut di DUN Pulau Pinang adalah aktivis daripada NGO Sisters yang disebut sebagai “tetamu Teh”.
Di dalam catatan Hansard bertarikh 17 Mei 2016, Teh menyebut bahawa “Terms Of Reference (TOR)…(dengan izin) “mak nyah”…disediakan penasihat saya yang berpengalaman dalam bidang ini dan golongan transgender ini”.
Lim Guan Eng, sambil mengalu-alukan mereka, dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata bahawa “Ia terpulang kepada Teh atau mana-mana wakil rakyat untuk menjemput mana-mana orang yang difikirkan sesuai untuk menghadiri persidangan dewan undangan Negeri (termasuk aktivis LGBT)”.
Jadi, mana mungkin ia hanyalah satu “usaha individu”. Bahkan ADUN Tanjung Bungah bukan sekadar menerima “sokongan ADUN lain” bahkan sokongan Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai DAP sendiri!
Sekiranya ahli politik DAP seperti Teh dan Chong mahu memperjuangkan hak-hak LGBT, mereka sepatutnya mengikut jejak langkah NA, melainkan kedua-duanya mahu memanfaatkan kedudukan dan pengaruh politik mereka untuk menjayakan agenda songsang ini.
Tidak hairanlah Dorian Wilde, presiden Transmen of Malaysia mendakwa semasa program iftar gay pada 10 Jun yang lalu, bahawa “Tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing. Paksi kita telah berkembang dengan banyaknya,”.
Tidak hairanlah sekiranya tayangan filem gay Vietnam bertajuk “Lost in Paradise” boleh dijadualkan pada 11 Julai 2017 di Performing Arts Centre of Penang atau Penangpac, yang akhirnya dibatalkan atas desakan umat Islam yang menyedari bibit normalisasi LGBT tersebut lebih awal.
Tidak hairanlah NA boleh bergiat aktif dalam gerakan LGBT dan Pelangi Campaign walaupun masih menjawat jawatan Setiausaha Publisiti DAPSY dengan keterlibatan beliau dalam perancangan satu program, sebelum iftar gay, iaitu pada 6 hingga 8 Jun 2017 di Taylor’s University untuk kempen LGBT “Courage in the face of adversity” yang kemudiannya juga dibatalkan.
Jadi saya mahu bertanya kepada ADUN DAP Teh, Chong, bahkan Lim Guan Eng, bilakah Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang ini akan dibubarkan?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...