Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 14 Julai 2017

Dr. Maszlee Memang Perkecilkan Nabi, Pensyarah Pertahankan Laporan Portal Pro BN.

LAPORAN MENARA TEPAT : DR MASZLEE MEMANG MEMPERKECILKAN NABI-NABI
Pada 11 Julai, portal berita Menara telah menyiarkan satu laporan mengenai kenyataan Dr Maszlee Malik dalam satu forum bertajuk ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies’ yang diadakan di Menara Wesley, Kuala Lumpur, pada 8 Julai lalu.
Laporan bertajuk “Kalau Nabi Hidup Lagi, Mereka Akan Letak Jawatan-Maszlee Malik” ini adalah berbunyi:
Zaman ini penuh dengan kegilaan, jika para Nabi masih hidup tentunya mereka akan ‘letak jawatan’ kata seorang pensyarah pada satu majlis yang diadakan di sebuah gereja Methodist di ibu negara pada Sabtu lepas.
Kenyataan itu dibuat oleh Dr Maszlee Malik salah seorang pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang hadir sebagai responden kepada pembentangan pada forum yang bertajuk ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies in Malaysia’. 
“I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now, they will give up their professions.”   
Dr Maszlee Malik yang juga merupakan aktivis IKRAM dan Felo Kanan IDEAS, menyatakan perkara demikian bagi merujuk kepayahan yang dihadapi pada zaman sekarang, sehinggakan para nabi dan wali tidak sanggup untuk terus memegang jawatan mereka, dan meletakkan jawatan.
Katanya lagi norma-norma kini seolah-olah memaksa kita untuk bersetuju dengan pandangan yang kita anggap salah, kerana jika tidak, kita pula akan dipandang serong dan dipersalahkan.
Pada 12 Julai pula, Dr Maszlee telah menyiarkan satu kenyataan di dalam Facebook beliau bagi mengulas laporan portal berita Menara ini.
Kenyataan bertajuk “Pencerahan” ini adalah berbunyi:
"Menara.my merupakan sebual portal fitnah yang tidak takut untuk memfitnah dan tidak berani mengamalkan tabayyun.
Mereka mengambil sekerat perkataan dan tidak melaporkan keseluruhan isi kandungan ceramah untuk tujuan character assassination. 
Mereka juga TIDAK PERNAH menghubungi saya untuk penjelasan sepertimana kebiasaan media-media yang bermaruah dan berintegriti lain. Jika dilihat saya katakan "Prophets and Saints would give up their professions" dan bukannya "their Prophethood (kenabian) atau Sainthood (kewalian)"... Kenabian merupakan pilihan Tuhan dan bukannya pekerjaan... Nabi-Nabi mempunyai professions (pekerjaan) seperti mengembala kambing, berniaga, tukang kayu dan lain-lain lagi. Itu yang saya maksudkan...
Ia merupakan pilihan mereka... Nada berseloroh itu juga bukannya tema ceramah saya
."
Selaras dengan seruan Dr Maszlee mengenai pengamalan tabayyun ini, saya telah menolak permintaan sebuah portal berita lain untuk mengulas isu ini sehingga selepas saya mendengar sendiri keseluruhan ucapan Dr Maszlee dalam forum ini.
Hari ini saya berpeluang mendengar sendiri keseluruhan ucapan Dr Maszlee, selain ucapan para panelis lain, dalam forum ini berdasarkan kepada satu rakaman yang dibuat oleh seorang kenalan yang berkesempatan untuk menghadiri forum ini.
Setelah mendengar sendiri keseluruhan ucapan Dr Maszlee ini, saya dapati bahawa laporan portal berita Menara ini memang tepat manakala kenyataan Dr Maszlee di dalam Facebook beliau bagi mengulas laporan ini pula adalah sangat lemah.
Di sebalik laporan portal berita The Malaysian Insight, dan portal berita Free Malaysia Today, bahawa forum ini diadakan di Menara Wesley, Dr Maszlee di dalam ucapan beliau mengakui forum ini diadakan di sebuah Gereja Methodist.
Ucap Dr Maszlee di dalam forum ini: “I did not realise that this program today is going to be held in a Methodist Church.” (Terjemahan: “Saya tidak sedar bahawa program hari ini akan diadakan di sebuah Gereja Methodist.”)
Petikan ucapan Dr Maszlee yang dilaporkan oleh portal berita Menara berbunyi “I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now, they will give up their professions” juga adalah tepat.
Petikan ucapan penuh Dr Maszlee yang menyentuh isu ini, yang transkripsinya saya buat sendiri tadi, adalah berbunyi:
“What I am concerned more is the second section of my speech. Number one is, you know, we have to admit that we are living in a crazy world. Not only in Malaysia. If you say that, “oh, in Malaysia we have fake news and whatever”, no, it is not only Malaysia. US is worse. Europe is terribly worse. And we are living in a century that I believe, I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now they would give up their professions, because it is not easy, because we thrive in a world that forces you to believe in things that you think is not right, but if you don’t believe with that, if you don’t go with them, then you are wrong, and people will judge you with that. Overgeneralisations, sweeping statements, perceptions, misconceptions, prejudgments, these all norms that we are living nowadays. Very unfortunate. People could easily pick up something from the net, from the internet, from the news and overgeneralising everything.”
Dapat difahami daripada ayat yang digunakan oleh Dr Maszlee berbunyi “And we are living in a century that I believe, I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now they would give up their professions, because it is not easy, because we thrive in a world that forces you to believe in things that you think is not right, but if you don’t believe with that, if you don’t go with them, then you are wrong, and people will judge you with that” ini bahawa rujukan kepada perletakan jawatan Nabi-Nabi (the Prophets) dan Wali-Wali (the Saints) ini adalah merujuk kepada perletakan jawatan mereka sebagai Nabi-Nabi (the Prophets) dan Wali-Wali (the Saints).
Tiada terdapat pada sebarang tempat di dalam keseluruhan ucapan Dr Maszlee ini sebarang kenyataan lain yang boleh membawa maksud bahawa professions Nabi-Nabi (the Prophets) dan Wali-Wali (the Saints) yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pekerjaan seperti mengembala kambing, berniaga, tukang kayu dan lain-lain lagi.
Tiada terdapat sebarang petunjuk bahawa Dr Maszlee berseloroh sewaktu mengucapkan ayat berbunyi “And we are living in a century that I believe, I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now they would give up their professions, because it is not easy, because we thrive in a world that forces you to believe in things that you think is not right, but if you don’t believe with that, if you don’t go with them, then you are wrong, and people will judge you with that” ini.
Bahawa Dr Maszlee menyebut sebanyak dua kali istilah “I believe” (saya percaya) sewaktu mengucapkan ayat tersebut jelas menunjukkan beliau tidak berseloroh kerana sangat tidak mungkin untuk seseorang berseloroh mengenai kepercayaan beliau.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...