Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 12 Februari 2017

Dedah Nama Pemimpin Yang Terima 90 Juta Itu Husam, Cabar Pemuda PAS.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mencabar Husam Musa mendedahkan nama pemimpin PAS yang didakwanya telah menerima kemasukan wang 90 juta melalui akaun Affin Bank.



Husam sebelum ini dilaporkan mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report telah disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank. 

"Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau. "Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank," kata Husam dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial. 

Sehubungan dengan itu, katanya, pihaknya akan mendedahkan lagi perkara ini menjelang pilihan raya umum akan datang. "Jadi masa pilihan raya esok-esok kita buat tubiklah (keluarkan), kalau dia dengan Umno. Kalau dia tidak dengan Umno, Umno buat tubik," kata Husam dalam satu klip video ceramahnya di Kelantan. 

Dalam klip video 1.24 minit itu, Husam turut mendakwa, kalau tidak ada apa-apa masalah Pas akan bekerjasama sepenuhnya dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang. Susulan dari pendedahan tersebut, Ahmad Fadhli Shaari mendesak agar Husam Musa terus mendedahkan nama individu yang dimaksudkan berbanding bermain silap mata. 

"Dalam isu rm90 juta ini, adalah sepatutnya Dato sendiri dedahkan terus siapa penerima wang tersebut berasaskan bahawa Dato sudah ada maklumat berhubung akaun Affin Bank. Menyatakan secara umum bahawa ada pemimpin PAS terima adalah satu kenyataan 'playsafe' kerana tidak diketahui siapakah individu yang menerima wang sebanyak itu". 

"Mungkin sahaja individu itu telah dipecat daripada parti kerana membuat onar, atau mungkin sahaja telah melompat membawa kerusi yang dimenangi ke parti lain", katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan di Facebook. 

"Saya cabar Dato, sebut dengan jelas, siapa pemimpin yang menerima wang itu. Pemimpin PAS bukan seorang, bermula peringkat pusat sehinggalah ke peringkat cawangan. Bagaimana mungkin PAS boleh memeriksa satu persatu akaun pemimpinnya untuk mengesahkan kewujudan rm90 juta ini. 

Sebenarnya Dato hanya mahu main silap mata sahaja. Lagipun hayat politik Dato sudah di penghujung. Atau Dato mahu merujuk Dr Yusuf Qaradhawi dulu dalam hal ini?", cabarnya lagi dalam status tersebut. 

Husam Musa ialah wakil rakyat bagi Dun Salor yang bertanding atas tiket PAS pada PRU ke 13 dan pernah menjawat jawatan Naib Presiden PAS namun dipecat dari parti ekoran kritikan lantangnya terhadap parti selepas PAS dan DAP bertelagah berikutan perbezaan pendapat dalam Langkah Kajang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...