Berikut adalah paparan screenshot tersebut ;
Penyebaran isu berkenaan lantas mendapat perhatian netizens. Rata-rata ramai yang menzahirkan kekesalan terhadap tindakan MPKj yang menyebabkan peniaga tersebut bertindak nekad membakar gerai. Menerusi laporan dari Sinar Harian, peniaga tersebut turut dikatakan mencurahkan minyak petrol ke atas tubuh badannya. Nasib baik dia tak bakar diri. Kalau tidak, lagi teruk MPKj kena cemuh dengan masyarakat.
Dalam satu kemaskini terbaru menerusi facebook Zaharin, terdapat satu maklumat bahawanya campurtangan politik dari pihak DAP menyebabkan peniaga2 tersebut dihalang dari meneruskan operasi perniagaan mereka.
Baca ;
Zaharin menyebut. Maklumat dari MPKj menyatakan aduan dari wakil rakyat DAP antara yang menjadi punca aka faktor kenapa peniaga-peniaga berkenaan dilarang meneruskan operasi perniagaan mereka di lokasi berkenaan.
Menurut maklumat dari SH pula ;
1. Pada tahun lepas, peniaga2 telah berpindah ke tapak lokasi baru bagi mematuhi arahan MPKj.
2. Namun tapak lokasi baru adalah 'hutan' dan perniagaan mereka tidak mendapat sambutan.
3. Oleh yang demikian, pada tahun ini mereka engkar arahan MPKj dan menyambung kembali perniagaan di tapak asal.
4. Mereka telah mematuhi kesemua arahan majlis seperti mengambil suntikan, kebersihan.
5. Oleh yang demikian mereka meminta agar pihak MPKj bertoleransi dengan membiarkan mereka meneruskan operasi perniagaan di tapak lama.
6. Mereka telah meniaga disitu selama 18 tahun berturut2 selama mana bazar ramadhan berlangsung.
7. Ianya bukan mengambil masa sehingga setahun hanya sebulan dalam setahun.
8. Pemindahan ke tapak baru tidak mendapat sambutan dari orang ramai itu yang menyebabkan peniaga2 tidak dapat akur kepada tuntutan MPKj.
Dan maklumat yang aku terima dari orang awam pula menyatakan bahawanya operasi perniagaan BAZAR RAMADHAN disitu telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk. Itu punca utama kenapa perkara itu menjadi isu dan diadukan kepada pihak-pihak berkenaan dan langkah diambil berdasarkan aduan orang ramai. Wakil rakyat hanya memandu menyelesaikan masalah berbangkit.
Namun alasan berkenaan turut dipersoalkan oleh orang awam yang lain. Kata mereka juga. Setiap hari, setiap waktu, setiap tahun, jalan-jalan di KL dan Selangor mana yang tidak sesak? Semuanya sesak. Takanlah untuk tempoh sebulan langsung tak boleh nak bertolenrasi langsung? Bahkan sesetengah dari mereka mempercayai terdapatnya campurtangan politik yang menyebabkan operasi perniagaan disitu dikacau oleh pihak majlis.