Semalam. DAP dalam keadaan terpaksa, membuka semula ketiga-tiga banner yang dianggap mendatangkan provokasi terhadap parti BN dan PAS dalam kempen PRK Sungai Besar.
Banner tersebut diarahkan tanggal oleh penguatkuasa tempatan dan SPR atas alasan melanggar tatacara kempen PRK yang sedang berlangsung.
Alasan kegagalan memohon permit/lesen terlebih dahulu adalah menjadi punca kenapa banner-banner tersebut diarah buka oleh SPR.
Ia juga merupakan satu kemenangan buat Barisan Nasional Sungai Besar apabila dapat mencabut banner-banner kempen gergasi milik DAP.
DAP dalam keadaan sakit ahti, marah dan kecewa, akhirnya akur dengan arahan tersebut.
Banner tersebut dikatakan datangnya dari Ronnie Liu, pemimpin DAP kawasan.
Sebenarnya kalau kita perhatikan ketiga2 banner yang diarahkan tanggal, tiada satu pun boleh dikatakan 'salah' dalam definisi politik.
Kenapa tidak salah?
Pertama. PAS dan BN kini ialah saing kepada PH/AMANAH.
Kedua. Dari segi kempen politik, adalah menjadi normal untuk parti2 politik memperbesar-besarkan, memperheboh2kan tentang kelemahan/kesalahan/kecuaian pihak pesaing.
Sebab itu dalam 'hukum politik' ianya tidak salah. Cuma aku tak bersetuju dengan poster DAP berkaitan dengan gambar TGHH. Bagi aku, DAP berhak attack PAS sebagai pesaing dalam politik tetapi tak boleh juga nak tuduh PAS terlibat dalam aktiviti rasuah tanpa sebarang bukti. Isu 1MDB, 4.2b, GST, ini semua isu-isu yang related dengan BN. Yang pergi kaitkan dengan PAS buat apa. So, ini memang kesilapan dan kecuaian DAP sendiri. Ronnie Liu juga sering digambarkan sebagai seseorang yang racist. Jadi pelik juga apabila seseorang yang digambarkan racist menuduh orang lain sebagai racist.
Dalam ketiga-tiga kain rentang yang dipasang DAP, paling kontroversi ialah kain rentang yang memaparkan semula kenyataan Jamal Sekinchan tentang 'Cina Babi'.
Ada yang beranggapan bahawa Jamal yang mengatakan babi kepada kaum cina. Dan ada yang tidak jelas tentang bagaimana 'cina babi' itu boleh menjadi isu kontroversi pada suatu ketika.
Dan ini ialah kronologi yang anda perlu ketahui.
Kronologi Cina Babi By Jamal Sekinchan.
1. Pada 16/7 satu himpunan diadakan oleh mereka2 yang sokong UMNO. Nama himpunan itu ialah Himpunan Merah. Berikut di bawah ialah koleksi artikel yang berkaitan dengan himpunan berkenaan.
Babi, Babi, Babi Kata Makcik Mikin.
Nik Abduh Hadir Himpunan Merah?Fitnahlah!
Berhimpun Sokong Melayu Itu Jihad Kata Pekida.
Peserta Himpunan Merah Bersilat Belasah Kedai.
Dikantoikan PDRM, Himpunan Merah Malu Kaw-Kaw
Lawan Polis, Peserta Himpunan Merah Menuju Revolusi.
2. Jamal Sekinchan dilaporkan sebagai penganjur kepada demo besar-besaran itu.
3. Demo berkenaan merupakan satu protes dari penyokong2 Najib terhadap puak2 yang menentang Najib. Ia bagi membuktikan bahawa Najib mempunyai ramai penyokong2 di Malaysia.
4. Demo berkenaan juga turut dikaitkan dengan sokongan terhadap kaum melayu dan kononnya cina sedang semakin memijak kepala melayu2 di Malaysia.
5. Terdapat pelbagai aksi provokasi yang berjaya dirakamkan oleh lensa kamera dan para wartawan sepanjang perhimpunan tersebut berlangsung.
6. Sehari selepas berdemo, Jamal diajukan soalan oleh wartawan. Rujuk sini.
7. Jamal ditanya tentang peserta2 himpunan yang memanggil2 cina babi dan sebagainya.
8. Jamal kemudiannya menjawab perkara itu tidak salah. Kerana cina memakan babi.
9. Respon Jamal itu mengundang kritikan meluas bahkan turut mendapat perhatian dari Micheal Ang.
Lihat ;
10. Untuk pengetahuan semua, rakaman temubual tersebut dikongsikan oleh Minaq Jinggo. Minaq Jinggo adalah pro Barisan Nasional/UMNO. Bukannya pro pembangkang. Caption dalam video semua adalah hasil dari airtangannya. Ia tidak diedit oleh mana2 pro pembangkang pun.
11. Sungguh pun bukan Jamal yang memaki-hamun cina babi, tetapi Jamal seolah2 menghalalkan caci maki "cina babi, cina babi" peserta2 demo ketika berlangsungnya perhimpunan Merah.
12. Tidak dapat dinafikan ada yang beranggapan bahawa Jamal yang menyebut "cina babi". Harap kecelaruan tersebut dapat dihentikan segera.
13. Dan poster DAP itu pula hanya memaparkan semula kenyataan Jamal pada suatu ketika masa dahulu. Kenapa pula Jamal mengatakan ianya fitnah sedangkan rakaman video mengesahkan sebaliknya?
Fikir-fikirkanlah ye.
Kbai.