Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 6 Jun 2016

Ceramah Perdana PAS Kuala Kangsar Tak Dapat Sambutan..

BH melaporkan ;


Perghh.

Siap pin post lagi.

Btw, aku percaya dengan laporan BH. Sekarang neh mana2 ceramah politik pembangkang memang kurang sambutan. Tak meriah macam dulu. Sampaikan orang berebut-rebut nak meniaga. Sampaikan bangla boleh meniaga sekali masa pembangkang buat demo. Sekarang jangan kata bangla orang kita pun tak sudi nak amek port. Hmm..

Semua ini terjadi apabila pembangkang mula bercakaran sesama sendiri seterusnya berpecah dan bergaduh tak henti-henti menggunakan media massa dan media alternatif.

Melihat kepada situasi tersebut, penyokong pembangkang mula tawar ahti dan menjadi tak yakin bahawanya pembangkang mampu mengalahkan BN dan seterusnya melakukan perubahan.

Bukan terhad pada ceramah PAS, ceramah PAN, PKR pun takde orang. Ceramah DAP aku kurang pasti. Aku tengok ade je orang kat ceramah2 DAP. Mungkin situasi neh hanya terpakai pada parti2 politik yang ada kaum melayu di dalamnya. Mungkin orang2 melayu yang dah malas nak amek port tentang politik dan taknak pergi ke ceramah2 politik lagi. 

Apa2 pun menurut informasi yang aku terima, BN paling koman dah berjaya secure sokongan 50%. Baik di Kuala Kangsar mahupun di Sungai Besar. Manakala undi pembangkang berpecah dua. Sebahagian besar memilih PAS manakala sebahagian lain akan memangkah AMANAH. 

Menurut maklumat yang aku terima lagi, dikatakan jika peratusan mengundi ialah 60% ke bawah, BN akan menang besar. 

Sentimen2 PRK sekarang neh majoritinya dipercayai berkisarkan kepada ;

- Anti Najib mungkin protes undi pembangkang, undi rosak atau tak keluar mengundi. Ini pro Tun Mahathir.

- Sakit ahti dengan pembangkang (PAS, PKR, DAP, PAN, 'PH & PR') mungkin protes undi BN, undi rosak atau tak keluar mengundi.

Pengundi sakit ahti. Marah. Kecewa. Meluat. Ini sentimen terbesar mereka. Dan bila mereka meluat maka mereka cenderung tak amek port pada pilihanraya. Akhirnya hanya penyokong2 kerajaan aje keluar mengundi kerana 'dipengaruhi'. 

Laporan penuh oleh BH Online ;

Ceramah Perdana PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang turut dihadiri kepemimpinan tertinggi parti itu malam tadi kurang mendapat sambutan. Berlangsung di padang di Taman Bunga Raya, di sini, ceramah sulung PAS sempena PRK kali ini itu hanya dihadiri kira-kira 200 hadirin termasuk penyokong parti. 

Antara pemimpin PAS yang hadir termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Naib Presidennya, Dr Ahmad Idris serta calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menggunakan pentas berucap pada malam tadi bagi memberi penjelasan berkenaan keputusannya membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah. 

Malah, beliau juga menempelak sikap DAP yang secara berterusan mempersoal usaha PAS membawa usul bagi membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat, biarpun berpuluh penjelasan dibuat. "Pindaan ini adalah apa yang pegawai agama negeri mahukan, malah mufti juga perjuangkan, ini untuk menambah hukuman dan tiada kaitan dengan orang bukan Islam," katanya di sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...