Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Mei 2016

KPN 'Merendek' Di Hotel Mewah Di Luar Negara, Siapa Tanggung Kos Soal SR.

WOAHH.

Ingat Ketua Polis Negara gaji sen-sen ke?
Setakat bermalam di hotel, rasanya dia lebih dari mampu kot.

Tetapi kali ini apa yang dipersoalkan adalah bukan setakat bermalam di hotel semata-mata. Sebaliknya bermalam di hotel mewah yang mahal + bersama pasangannya. Dan ianya melibatkan hampir 10 anggota pegawai-pegawai polis. Kesemua mereka juga dilaporkan membawa pasangan masing-masing.

Pergi bercuti ke tu? 
Bercuti ramai-ramai ke tu?

Eh, bukan juga. Menurut portal tersebut, KPN bersama para pengawainya sepatutnya (dikatakan, dilaporkan, dijadualkan) sedang membuat lawatan kerja ke Itali.

Mereka dilaporkan ke luar negara kerana sedang mengkaji (belajar) teknik tertentu bagi mengawal kegiatan mafia.

Hehe.

Dan menurut portal itu juga, apa yang terjadi ialah ;

1. Pemerhati SR mendapati KPN, Khalid dan para pengawainya menginap di hotel mewah 5 bintang di Rome.

2. KPN dan para pengawainya juga didapati membawa pasangan masing-masing.

3. Hotel mewah yang dimaksudkan adalah Majestic Hotel yang bertaraf lima bintang.

4. Kumpulan itu didapati telah menginap beberapa hari di hotel berkenaan.

5. KPN juga dilaporkan akan berlepas ke London bersama para pengawainya atas alasan memenuhi tuntutan kerja. 

6. Mereka ke London atas alasan memperdalami lagi 'skills' bagi membanteras penjenayah.

Hehe. Patutlah Twitter senyap sunyi.

7. Dan memetik sedikit dari laporan portal tersebut ;

“They were very casually dressed and although their wives were covered they were all in the non-halal buffet of the hotel, enjoying the spread. The Italians love their pork cuts and bacon of course, so it seemed they were content to behave in a way they make a show of not behaving back home”, the observer told us.

Huhu. Kita tak tuduh apa-apa okay. Sekadar melaporkan sahaja.

8. Turut dilaporkan bahawa kumpulan tersebut juga bermanja-manja dengan 'rokok' yang mahal harganya.

9. Ini ialah 2 gambar yang dipetik menerusi portal tersebut.





Ada 3 perkara yang dipersoalkan oleh portal tersebut samada secara direct mahupun indirect.

Pertama. KPN dan para pengawainya ke luar negara atas alasan lawatan kerja untuk mempertingkatkan mutu kecekapan kerja bagi mengawal jenayah dalam negara terutamanya membabitkan jenayah mafia dan organisasi jenayah yang ter-rancang (eh macam mana eja neh, ahh syalll la .. terlupa aku) tetapi kenapa membawa pasangan bersama? Sapa tanggung kos dorang tu? Dari naik flight sampai ke menginap di hotel mewah? Dah bawa pasangan tidur mesti sekali. Kalau semua lelaki boleh je kongsi2 bilik maka jimatlah duit. So, sapa bayar neh woi? Ce citer. Ce citer.

Kedua. Perbelanjaan ketika di luar negara seperti makan, minum dan shopping bagai, guna duit siapa? Sendiri berhad ke rakyat berhad? Ce citer, ce citer.

Ketiga. Betul ke keluar negara untuk belajar skill-skill bagai neh? 

Hehe.

Aku sekadar penterjemah sahaja. Versi cincai boncai asal amek yang penting sudah.

Nak baca versi asal klik sini. English.

Aku tunggu je la penjelasan KPN kau tu. Aku tak tuduh-tuduh kau tau Khalid. Buat relax sudah. Ko jawab je dakwaan si Sarawak Report tu laju-laju cukuplah.

KAH KAH KAH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...