Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Mei 2016

BN Setuju AMANAH Bertanding Di SG. Besar - Tiba-Tiba BN Sokong Keputusan AMANAH Bertanding PRK.


Musuh kalau sokong kita, maka ada sesuatu yang tak kena la tu. Tak gitew ke geng-geng AMANAH?

KAH KAH KAH

Memetik laporan Malaysiakini ;

Ahli parlimen BN menyambut baik cadangan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu untuk bertanding pada pilihan raya kecil parlimen di Sungai Besar. 
Kedua-dua Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ahli Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali percaya bahawa pertandingan itu akan menjadi bukti untuk mempamerkan kekuatan parti serpihan PAS yang baru ditubuhkan. 
“Kalau benar Mat Sabu nak masuk ke gelanggang, saya persilakan.
“Setidaknya AMANAH dan PAS boleh buktikan siapa lagi mempunyai pengaruh dan kredibiliti yang lebih kuat, khususnya di Sungai Besar,” kata Irmohizam kepada portal Kelab Penyokong BN.
 
Noor Azmi percaya bahawa cadangan supaya Mat Sabu bertanding di kerusi parlimen Sungai Besar sebagai sangat bertepatan dan sangat dialukan. 
Beliau berkata ini peluang terbaik bagi presiden AMANAH itu untuk mempamerkan kekuatannya berikutan aksi buruk pada pilihan raya Sarawak baru-baru ini. 
“Kalau AMANAH bertanding, dia (Mat Sabu) sendiri patut bertanding, tengok kekuatan sebenar parti. 
“Inilah masanya dia nak membuktikan dia betul-betul berani dan yakin dengan parti dia, kalau tidak lebih baik dia tarik diri dan jangan bagi orang lain masuk terus sebab dia dikatakan paling dominan dalam parti itu,” kata Dr Noor Azmi ketika ditemui di lobi parlimen.

Pandai BN cucuk jarum ye. Aku tak salahkan dorang juga. Dalam politik kita akan melakukan segala macam strategi bagi memastikan kemenangan menjadi milik parti kita. Dan nampak gayanya antara yang menjadi strategi BN kali ini ialah mengapi-apikan hubungan antara PAS, PKR dan AMANAH. Supaya mereka berpecah-belah. Dan bila mereka berpecah-pecah, berpuak-puak, peluang untuk BN menang lebih cerah. Apetah lagi ura-ura mengatakan bahawanya calon BN ialah JAMAL SEKINCHAN. Muka tak boleh menang neh kau letak jadi calon. Takpa la. Mungkin kalau pecahkan saf pembangkang dengan memprovokasi Mat Sabu sebagai calon, ada harapan Jamal Sekinchan menang juga. Mana la tau kan. 

KAH KAH KAH

Apakah akhirnya nanti Mat Sabu akan menjadi calon? Dia bertanding tempat sendiri pun kalah. Ini kan pula Sungai Besar. Seriyus, betul ke dia antara calon yang disenarai pendek? Wayar short ke apa bebudak AMANAH neh.

KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...