Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Mei 2016

Gerakan Singkir Rafizi Sebagai SUA PKR Dah Bermula..


Dulu dengan skrip Kajang Movie dia singkir Khalid. Dia berjaya singkirkan Khalid tetapi PKR tercedera teruk dengan kemalangan tersebut. PKR belum sembuh sepenuhnya. Khalid tersingkir. Anwar terpenjara. PKR berpecah. Masih dalam frasa pemulihan dan kini sekali lagi PKR bakal tercedera kesan daripada kemelut dalaman parti berikutan PKR kini berpecah kepada beberapa fraction yang mana ada dua fraction utama iaitu pro Azmin vs pro Anwar.

Pro Azmin leader Azmin.
Pro Anwar leader Wan Azizah.
Dan Rafizi berada dalam komposisi pro Anwar.

Kita buat orang, kita kena balik. Rafizi harapnya dah belajar dari kesilapan disitu. Apa-apa pun kita tetap tak sokong mana-mana pihak yang mengutamakan kepentingan sendiri berbanding kepentingan rakyat.

Baca lah. 

Strategi giat dilancarkan sekarang. Apakah mereka akan berjaya menyingkirkan Rafizi sepertimana mereka berjaya mengambil kesempatan dalam rancangan Rafizi sehingga memahkotakan Azmin sebagai 'King'.

Sama-sama tunggu dan lihat.

Baca ;

Dakwaan oleh seorang pemimpin PKR bahawa kerajaan Selangor terlibat dalam rasuah telah dibuat untuk mengalih perhatian daripada isu lain yang mencetuskan ribut dalam parti, dakwa Setiausaha Politik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mat Shuhaimi Shafiei berkata tuduhan bahawa kerajaan Selangor 'meminta wang dan perempuan' semasa rundingannya adalah untuk mengalihkan perhatian isu kebocoran surat lapan halaman yang ditulis penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Tidak menyebut nama, Mat Shuhaimi berkata golongan dalaman PKR 'marah dengan salah seorang daripada pemimpin' yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran PKR, kerana didakwa membocorkan surat itu kepada media.

"Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu berkisar pendedahan surat itu, pemimpin itu menyebarkan khabar angin palsu mengenai tuduhan rasuah melibatkan wang dan perempuan dalam kerajaan negeri," kata Mat Shuhaimi.

Beliau berkata jika dakwaan itu benar, pemimpin itu sepatutnya melakukan sisatan dan membawanya kepada perhatian kepimpinan parti.

"Seorang pemimpin kanan yang menghina kerajaan negeri dengan cara ini benar-benar tidak boleh diterima," kata Mat Shuhaimi sambil menambah selain mencemarkan imej kerajaan negeri dan kakitangan awam, ia juga mencemarkan imej beliau sendiri.

Dalam surat itu, Anwar bercakap tentang Deklarasi Rakyat yang tidak seiring dengan agenda reformasi pembangkang.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli telah menyiarkan mesej dalam kumpulan WhatsApp mendakwa beliau telah menerima aduan bahawa wujud permintaan rasuah perempuan dan wang semasa berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Mesej itu bocor daripada kumpulan yang terdiri daripada penyokong gerakan Reformasi PKR. - MSTAR.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...