Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Januari 2016

Service No Arak, Biar Pramugari Pakai Tudung, MAZA Kempen Rakyat Bersatu Desak MAS Ubah Polisi.

- Jangan kerja dekat MAS. Kerja la tempat lain. Rezeki ada di mana-mana.
Bayangkan, sewaktu kau masih muda, belum berkahwin, kau apply MAS dan jalani latihan, kemudian berkhidmat dengan MAS bertahun-tahun lamanya, menerima pelbagai kenaikan gaji serta telah mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di syarikat berkenaan. Mungkin sewaktu muda, kau merasakan ianya oke untuk kau tidak bertudung tetapi semakin kau berusia, kau mula berubah disebabkan kematangan fikiran kau. Agak-agak kau apa logik ke nasihatkan orang agar berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain dalam keadaan ekonomi sekarang, yang mana kos sara hidup semakin lama semakin tinggi dan bukan semua syarikat mahu kepada pekerja yang sudah berkahwin dan ada anak-anak pula tuh? Bukan kita tidak tahu peluang pekerjaan kepada wanita2 yang telah berkahwin dan mempunyai anak2 tidak sama seperti golongan lelaki. 
Percaya atau tidak, hujah di atas dah menjadi kebiasaan di kalangan orang-orang melayu sendiri. Berbanding kita nak mengubah diskriminasi dan penindasan ke atas para pekerja, mereka lebih cenderung mengatakan bahawa biarlah syarikat-syarikat berkenaan meneruskan dasar dan polisi yang berat sebelah, pekerja sepatutnya angkat kaki dan bekerja di tempat lain sahaja.
Kalau begini masa bila nya nak kita nak mengubah dan membetulkan keadaan?

Sekalipun MAS masih mahu menghidangkan arak kepada para penumpang dan sebagainya, bukan kah sebagai syarikat, MAS sepatutnya menghormati hak pekerja yang mahu menutup aurat dan enggan menghidangkan arak?
Syarikat yang melakukan diskriminasi kepada pekerja berdasarkan kepada etnik, agama serta kepercayaan tidak patut kita sokong meskipun itu syarikat dia, bukan syarikat kita.
Sepertimana kita marah manusia bersikap racist, syarikat yang mengamalkan polisi yang sama juga patut dikecam. Bukan diraikan hak mereka.
Menghalang kakitangan dari memakai tudung juga merupakan satu polisi yang menindas. Ia tidak patut diraikan.
MAS menjenamakan diri mereka sebagai product Malaysia.
Malaysia menjenamakan diri mereka sebagai negara Islam.
Negara Islam apa, yang bagaimana, memaksa muslim menghidang arak kepada pelanggan?
Negara Islam apa, yang bagaimana, sanggup menjual arak atas nama mengambil keuntungan?
MAS jual arak pun, bisnes masih drop.
Bukan membantu dari segi penjualan dan kredibliti.
Penjualan arak dalam penerbangan bukan asas utama kepada kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap syarikat penerbangan pun.
Harga, cara kita melayan pelanggan, tepat dari segi pematuhan jadual perjalanan, keselamatan, polisi yang mesra pelanggan, kebersihan, keselesaan, ini faktor-faktor utama pelanggan akan mempercayai penerbangan kita. Dah bertahun terbang pun tak faham-faham lagi. Alahai MAS..

MAS, Tudung dan Arak
Malam ini jiwa saya agak tersentuh. Dalam penerbangan MAS malam ini, seorang pramugari datang mengadu dan menangis di hadapan saya mengenai nasibnya. Jiwanya menderita kerana terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung. Dia bekerja untuk menyara anak-anaknya. Ini bukan kali pertama saya mendengar aduan seperti ini.
Saya sangat simpati dan tersentuh. Lebih sedih lagi memikirkan MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan negara yang majoriti penduduknya muslim.
Sesetengah orang melayu jika diberitahu ada syarikat tertentu halang wanita muslimah memakai tudung ataupun memaksa mereka menghidangkan arak, tentu akan mengamuk sakan. Segala dalil dan semangat akan dihamburkan. Malangnya kita lupa bahawa syarikat penerbangan negara yang merupakan imej dan identiti Malaysia itu sendiri tidak membenarkan pramugarinya memakai tudung dan terpaksa menghidangkan arak.
Retorik-retorik politik berbaur agama yang kita dengar di media dan bicara ahli-ahli siasat itu, tidaklah setakat mana jika kita lihat kepada nasib pekerja-pekerja MAS yang beragama Islam itu.
Saya dengan ini, mengajak rakyat Malaysia memohon kepada pihak kerajaan agar wanita muslimah yang bertugas sebagai stewardess MAS diberikan keizinan untuk memakai pakaian yang memenuhi sifat pakaian seorang wanita muslimah. Juga pekerja muslim dan muslimah tidak ditugaskan untuk menghilangkan arak. 
Terimalah itu sebagai hak mengamalkan agama mereka iaitu Islam. Bahkan MAS tidak wajar menghidangkan arak. Banyak penerbangan yang tidak menghidangkan arak, mengapa perlu kita menghidangkannya?!!
Marilah kita menyokong permohonan ini kepada sebuah kerajaan yang sering melaungkan nama Islam dalam pelbagai slogannya. Mohon mencadangkan.

MAZA.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...