Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Disember 2015

Tuan Rumah Disiasat Kerana Halang Rompakan - Menantu Hadi Awang Tampil Membela Mangsa Keadaan.


Kisah yang sedang viral di laman sosial sekarang mengenai tuan rumah yang ditahan dan disiasat polis dalam dua akta pertuduhan 302 & 326 kerana menyebabkan kematian kepada perompak yang merompak rumahnya baru-baru neh. Pihak kami difahamkan perompak tersebut mati akibat mengalami pendarahan yang banyak.

Kisah berkenaan mendapat simpati umum dan satu page sokongan telah diwujudkan atas nama solidariti kepada mangsa yang juga dikenali dengan nama Zulkifli.

Berikut adalah pandangan dari Zaharuddin Muhammad yang juga menantu Hadi Awang berkenaan isu tersebut yang sedang viral ketika ini ;

PANDANGAN AWAL TENTANG KES ZULKIFLI: TERTUDUH KES MEMBUNUH ORANG YANG DIDAKWA MEROMPAK RUMAHNYA.

Oleh: Zaharudin Muhammad.


Saya terbaca facebook selamatkan zulkifli yang menceritakan bahawa beliau telah membunuh pencuri atau perompak rumah beliau. Zulkifli ditahan semula setelah pertuduhan dibuat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326.


Menurut berita yang diviralkan, mahkamah dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 25 hari dari sekarang. sebagaimana dikhabarkan, jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?


Dari sudut pandangan Islam, pencuri yang telah sabit dengan bukti atau pengakuan, maka kerajaan Islam wajib melaksanakan hukuman memotong tangan sebagaimana firman Allah swt di dalam surah Al-Maidah ayat 38. Ia tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana individu atau kelompok kecil masyarakat tanpa kerajaan Islam yang berdaulat. 


Dalam kes rompak pulak, jika ia merompak dan mengambil harta tetapi tidak membunuh, maka hukumannya dipotong sebelah tangan dan sebelah kakinya. Jika ia merompak, mengambil harta dan membunuh mangsa, maka dijatuhkan hukuman dibunuh dan disalib (gantung mayatnya). 

Hukuman mengerikan ini bagi memberikan kebebasan kepada seluruh rakyat. Bukan kebebasan serta keberanian kepada perompak.

Jika ditakdirkan, seseorang mampu menyekat perompak dengan melawan dan didapati tiada jalan lain melainkan dengan membunuhnya, maka membunuh perompak pada waktu itu adalah harus dari segi syariat.
Sememangnya kes seperti ini diperlukan maklumat lengkap dan tepat diperlukan kerana hukuman akan berbeza disebabkan berbezanya keadaan seperti situasi 


(1) perompak yang telah ditangkap, diikat kemudian dibunuh oleh tuan rumah atau (1) perompak yang dibunuh ketika berlawan dengan tuan rumah 

(2) atau perompak yang dibunuh ketika lari dari rumah atau 

(3) perompak yang tersalah bunuh oleh tuan rumah seperti menembak senapang patah untuk memberi amaran, tetapi terkena tepat pada perompak 

(4) dan lain-lain.

Dari segi Islam, tuan rumah agak sukar hendak disabitkan kesalahan membunuh sengaja sehingga layak dibunuh balas dalam kes ini zulkifli dijatuhkan hukuman gantung. Ini berdasarkan perbahasan ulama berkenaan status darah perompak adakah mahdar (halal) darahnya atau tidak? Jika mahdar, maka tuan rumah hanya dikenakan takzir, bukan qisas seperti dalam situasi (1) di atas.


Ini berdasaran kepada hadis di bawah: 


من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد. 


Maksudnya: Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan keluarganya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati mempertahankan agamanya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati mempertahankan darahnya (dirinya) maka ia syahid. - (Hadis riwayat Imam Ahmad dan lafaz yang sama terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Muslim).
Menurut Imam Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim: hadis ini adalah bab yang menunjukkan bahawa barangsiapa yang berniat mengambil harta orang lain tanpa jalan yang benar, maka yang berniat demikian adalah mahdar darahnya. Saya tidak cenderung mahdar diterjemah dengan makna halal kerana ia membawa faham bahawa halal dibunuh. Tetapi Mahdar di sini bermaksud, barangsiapa yang membunuhnya tetap bersalah, tetapi terlepas daripada hukum Qisas atas sebab status si pesalah adalah Mahdar darahnya.
Dari sudut yang lain, Islam memuliakan mereka yang berani melawan perompak sebagaimana maksud hadis di atas. Di dalam Tuhfah Al-Ahwazi, Syarah Sunan Tarmizi menyebut bahawa mempertahankan harta dengan maksud mempertahankan hartanya daripada diambil oleh orang lain secara zalim.


Mempertahankan keluarga pula ditafsirkan sebagai mempertahan kemaluan (al-budh'i) isteri atau kaum keluarga yang perempuan. (Sesiapa yang mendalami hadis ini, dia akan faham betapa pentingnya mempertahankan aurat isteri ketika dharurat sekalipun seperti aurat ketika bersalin di hospital dan lain-lain sebagaimana yang telah saya nyatakan di dalam buku saya sebelum ini).


Di dalam satu riwayat lain (sebagai lanjutan hadis di atas), seorang lelaki datang bertanya nabi SAW jika ada penceroboh datang merompak hartanya. Nabi menjawab, jangan kamu beri. Apa pandangan kamu jika ia ingin membunuhku? Jawab rasulullah, bunuhlah dia (lawan balik). Beliau bertanya lagi, apa pandangan kamu jika ia membunuhku? maka jawab baginda saw, "maka mati anda adalah syahid."


Dalam kes zulkifli ini (jika si mati adalah perompak yang sedang merompak), apa yang saya dapat pastikan ialah:


1. Tiada hukuman bunuh balas melainkan hanya dalam kemungkinan yang sangat kecil sebagaimana dinyatakan di atas.


2. Hukuman reman adalah zalim kerana perlaksanaan reman hari ini memberikan kesan kepada ekonomi keluarga serta memudaratkan keluarga itu sendiri. Dalam Islam, penjara dibenarkan dalam beberapa keadaan seperti seseorang yang mengambil harta awam (seperti kes rasuah atau audit finding hari ini), maka hukumannya ialah si pesalah dipenjarakan sehingga keluarga si pesalah membayar semua duit yang telah diambil.


Maka penjara menurut Islam di dalam kes ini bersifat paksaan supaya si pesalah dan keluarganya mengembalikan hak orang ramai bagi memastikan pihak lain tidak terbeban. Jika keluarga si pesalah yang dipenjarakan berhadapan dengan masalah kewangan akibat suami (sebagai contoh) dipenjarakan, maka menjadi tanggungjawab baitulmal (bahagian sumber al-fai' / hasil bumi dll) untuk membantu mereka.
Tetapi hari ini, reman adalah satu prosedure rutin bagi memudahkan pihak berkuasa menyoal siasat atau dengan alasan takut si pesalah lari. Di zaman Saidina Umar, si pesalah (yang sudah dibicarakan) kes bunuh daripada Syam bukan sahaja tidak direman, bahkan dibenarkan pulang menyelesaikan kes wasiatnya tanpa seorang pengiringpun (polis). Kemungkinan melarikan diri d zaman itu jauh lebih tinggi berbanding Malaysia hari ini kerana sempadan negara islam yang sangat luas dan Syam pula sangat hampir dengan sempadan Rom yang memusuhi Islam.


Apapun saya menyatakan solidariti saya terhadap Zulkifli yang dizalimi dengan hukuman reman. Saya berdoa supaya keluarga beliau tabah menghadapi ujian ini.
Sekian.


Saya rujuk FB di bawah dan beberapa sumber lain.

https://www.facebook.com/selamatkanZulkifli/?fref=ts



Dan ini pula pandangan dari orang awam yang turut viral dalam mengulas insiden 
yang sama ;

Perompak Vs Tuan Rumah
 
Den tadi tgk newsfeed byk org share story pasal En. Zul yg tikam perompak yg merompak rumahnya di Terangganu. Salah seorg perompak mampus ditikam En. Zul. Kini En. Zul berhadapan dgn hukuman atas kesalahan membunuh. Sblm ni ado kes wanita terpakso membunuh org yg mahu merogolnya dan wanita itu kini dipenjara 2 tahun. Kelakar tak? Tak kelakarlah kalau pekara yg samo berlaku ke atas adik beradik pompuan korang. Huhuhuhu...
 
Selepas ayah den meninggal bulan poso aritu, kampung den menghadapi ancaman pencuri. Bulan Ogos, tingkap dapur rumah omak den diumpil org. Anjing jiran belakang rumah den menyalak dan pencuri lari. Mmg tanggal grill dapur omak den. Adik den buek report polis dan polis tak ponah sampai rumah omak den utk melihat grill yg diumpil. Bulan lopeh, lobih kurang pukul 12 mlm den nampak kelibat org kek dapur. Den kluar bwk screw driver dgn hammer koja org yg den nampak tuh. Selamat dio sorang, nampak den dio lari. Kalau dio ado bawak 2-3 member, den pulak yg lari. Tapi den nekad, kalau dio tak lari dan melawan, mmg den rodok buah pinggang ey dgn screw driver den. Terpakso beranilah sobab dlm rumah tinggal mak den sorang.
 
Omak den cukup kemain marah deh. Dio marah den koja pencuri tu sorang-sorang dlm golap malam.
 
"Apsal tak talipon polis?"
 
"Jgn kacau polis mak. Diorg tongah sodap tido kek balai. Kok polis tak tido takdo la pencuri tu dtg rumah kito."
 
Kemudian bulan 11 dan 12 satu persatu jiran kek kampung dimasukki pencuri. Pencuri tu pandai select rumah. Mano rumah yg takdo org walaupun lampu terbukak, dio poie curi rumah tuh. Awal bulan 12 aritu, jiran sebolah dan belakang rumah omak den dimasukki pencuri. Yg jiran sobalah tu lobih kurang rm1000 dicuri. Rumah habis digeledah. Tapi maso tu owner rumah pi tido rumah anak ey kek Somban.
Walaupun den balik kampung hampir setiap minggu, adik-beradik lain amik satu keputusan mandotori iaitu pasang Alarm System kek rumah omak. 
 
Sobab hari Isnin sampai Jumaat takdo sapo kek rumah melainkan omak den. Habis dokek rm3000 hargo alarm system yg dipasang. Den test poie gogar tingkap dapur, berbunyi Alarm tuh. Ha Ha Ha. Bunyi ey kuek sampai boleh kacau kau tido. Nak buek mcm mano, terpakso la pakai alarm walaupun mahal. Setidak-tidaknya bunyi alarm yg kuek tu menjadi pencegah kpd pencuri utk meneruskan niat buruk mrk. Kalau alarm tu berbunyi melebihi maso yg ditotapkan, mako automatik operator company alarm memaklumkan kpd pihak polis.
 
Den saspek budak dadah punyo kojo yg buek aktiviti mencuri nih. Takdo org lain bro. Kalaulah time den kluar bwk screw driver malam aritu, pencuri tu tak lari dan terjadinya pergelutan antara den dgn pencuri, lalu pencuri terbunuh ditikam oleh screw driver den kek kidney ey, tentu nasib den serupa dgn En. Zul.
 
Di Amerika (den tak tahu state yg mano satu), kalau penceroboh yg tidak dikenali menceroboh premis samo ado tanah atau rumah, kemudian ditembak mati oleh owner premis, mako owner tidak didakwa.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
 
“Siapa yang terbunuh karena mempertahankan hartanya maka ia syahid.” - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amr.
 
Hadis di atas menyebut kalau kito mati mempertahankan harto bondo, mako ia dikira syahid. Apo yg den paham drpd maksud hadis itu ialah kito berjuang berhabis-habisan menyelamatkan harto kito drpd dimiliki oleh tangan-tangan yg tidak sepatutnya seperti perompak atau pencuri. Ia bermaksud kito memerangi si perompak itu dlm situasi samo ado kau yg mati atau den yg mati dulu. Kalau perompak yg mati dulu, mako itu nasib diolah. Sapo suruh datang menceroboh nak rompak rumah den?
En. Zul tidak sepatutnya dilayan seperti penjenayah hanya krn mempertahankan hartanya drpd dirompak pencuri. Dio mempunyai hak mempertahankan harta yg dimiliki dgn sepenuh jiwa raganya. Mmg tugasnya sbg seorg ketuo keluargo mempertahankan rumahnya.
 
Kalaulah Balai Polis dikira sbg rumah kpd polis, sudah berpuluh kes org yg ditahan dan direman polis mati di balai. Tapi pernah tak polis-polis ini didakwa di mahkamah? Sepatutnya balailah tmpt paling selamat dlm dunio. Sobab polis bersenjato dan tahanan duk dlm lokap. Tahanan tak mungkin mati mcm tu je tanpo diapo-apokan. Tapi den masih lum dgr anggota polis didakwa di mahkamah atas kematian tahanan di bawah jagaan mrk. Kok ado sila bgth den. Kalau balai polis iaitu rumah kpd para anggota polis yg bertugas boleh ado kes tahanan mati kek balai dan tidak didakwa di mahkamah, abis mcm mano pulak kes En. Zul yg menikam pencuri di rumahnya boleh didakwa di mahkamah?
 
Tahanan yg mati di balai, belum lagi dibuktikan kesalahannya di mahkamah. Tapi pencuri yg mati di rumah En. Zul terbukti sdg beraksi melakukan kesalahan curi. Korang nampak tak apo yg den nampak? Kito mintak keadilan dilaksanakan dgn seadil-adilnya. Yang paling adil ialah polis melakukan rondaan berkala yg totap di kawasan-kawasan perumahan rakyat seperti mano kau meronda kek rumah-rumah VIP dan para YB. Itu je yg kami rakyat mahukan. Sobab kami rakyat bayar cukai utk menanggung gaji kamu utk jaga kami.

Sumber.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...