Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 25 Oktober 2015

Menteri Saran IPT Awam Cari Dana Sendiri.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Hadoi. Kali neh IPTA dianjur mencari dana sendiri untuk tampung operasi oleh menteri kau. Idea ini ada pro dan contra. 

Pronya, selepas ini IPTA boleh buat movement supaya ada lebih kuasa untuk menjadi bebas dari pengaruh politik. Kerajaan tak punya hak juga untuk menekan pihak U lebih2 apatah lagi bukan mereka yang biayai operasi pentadbiran universiti sepenuhnya. Polisi2 bahlol ciptaan kerajaan boleh dinyahkan secara beransur2.

Contranya, jika IPTA dok tekan student dengan tambahan yuran itu tambahan yuran ini naik yuran itu naik yuran ini kesian pula tengok student terhegeh2 mencari wang untuk membayar.

Lebih teruk kalau selepas ini antara kriteria kelayakan dinilai dari segi kemampuan student membayar kos pengajian.

Nama aje universiti awam.
Nama aje awak semakin lama semakin membayar lebih cukai dari sebelumnya.
Tetapi faedah yang diterima oleh rakyat semakin berkurangan.
Bahkan warga asing turut menerima tempias.
Kerajaan nak wujudkan satu sistem seperti KWSP ke atas warga asing.
Dalam peringkat cadangan sekarang neh. 
Takut skim neh tak memasal menekan majikan tempatan ja.
Tak dinafikan warga asing mungkin protes juga.
Bukan murah dan mudah nak masuk Malaysia kot pada mereka.
Nampak sangat dah kerajaan kau neh terdesak mencari duit.
Dia akan cekik poket sesiapa saja yang dia boleh cekik selagi mana mereka menjadi pemerintah. Dasat kot.

Ini statement menteri kau.

Baca sat ;

Institut Pegajian Tinggi Awam (IPTA) Negara perlu mencari sumber dan peruntukan mereka sendiri, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Ini kerana kata Idris, IPTA di Malaysia terlalu bergantung kepada sumber dana kerajaan berbanding pusat pengajian di luar negara,.

Justeru beliau menggesa IPTA-IPTA terlibat untuk mencari sumber dana peruntukan sendiri yang secara tidak langsung dapat membantu mengunjur ekonomi negara yang kini berada pada tahap yang kurang stabil.

"Universiti di Malaysia terlalu bergantung kepada kerajaan hinggakan ada sesetengah itu, lebih 90 peratus bergantung kepada kerajaan berbanding dengan universiti luar negara," tegasnya selepas merasmikan Program Usahasama Low Carbon Transport Research antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Emprial College London di sini hari ini.

Sambil memberi contoh Universiti Thamasad Thailand yang hanya bergantung 30 peratus kepada kerajaan, Idris berkata Universiti Malaya antara universiti yang hebat di Malaysia juga  banyak bergantung kepada kerajaan dengan hampir 80 peratus.

Ia secara tidak langsung menjadi cabaran kepada IPTA-IPTA terlibat untuk bergerak aktif mencari sumber pendapatan mereka sendiri.

"Pihak universiti perlu pandai mencari kewangan mereka sendiri dan kita terpaksa potong bajet kita sedikit.

"Jadi inilah yang berlaku dalam pembentangan bajet kita baru-baru ini, kita mahu lihat bagaimana universiti mencari sumber mereka sendiri," katanya lagi bagi mengulas mengenai bajet kepada pengajian tinggi yang dikurangkan berbanding tahun lalu.

Laporan oleh Awani.

- Keadaan ekonomi negara tak stabil. Bab subsidi berani pula kata ekonomi negara teruk. Bab beli aset laju2 pula kata keadaan ekonomi stabil. Bila pembangkang kritik katanya fitnah. Tak faham aku. Aku kadang mental dengan statement2 menteri kau neh. Bercanggahan antara satu sama lain. Sorang cakap A, sorang cakap B, sorang cakap C. Tatau depa sedar ke tak sedar yang statement2 dorang saling contradiks antara satu sama lain.

- Menteri nak tengok macam mana universiti cari sumber pendapatan mereka sendiri. Kat sini la, akan wujud beberapa perkara yang mungkin memaksa pihak universiti melakukan tindakan yang mereka sendiri tak rela. Contoh, naikkan kadar yuran atau kos. Mungkin akan batalkan program2 tertentu atau tangguhkan perkara2 tertentu bagi selaraskan bajet sedia ada.

- Menteri sebutkan universiti awam di Thai sebagai contoh. Aku ada google. Rujukan sini.

1. Inila perangai menteri kau. Kalau kita suruh banding bab kos sara hidup dia taknak tengok negara jiran. Dia suruh kita belajar dan terima bahawa kita ada budaya kita sendiri.

2. Tapi bila bab potong subsidi itu subsidi ini laju2 suruh tengok negara jiran.

3. Aku baca wiki. Katanya di awal penubuhan universiti tersebut memang bergantung pada peruntukan sendiri. Caranya melalui dividen saham perbankan dan yuran.

4. Namun universiti terpaksa menjual saham dan bergantung pada dana kerajaan.

5. Ketika beroperasi tanpa dana kerajaan, pihak U bebas dari cengkaman politik. Bahkan banyak terlibat dalam siri protes. Key point penubuhan ialah untuk mendidik rakyat tentang konsep demokrasi.

6. Sekarang aku tak pasti sangat macam mana sistem mereka. Samada still bergantung pada kerajaan atau mencari dana sendiri tetapi menteri tak patut bagi keterangan separuh masak seperti ini.

7. Perlu dilampirkan juga bagaimana universiti tersebut hanya layak dapat 30% dana kerajaan meskipun digelar universiti awam.

8. Adakah kerana kerajaan Thai tak mampu untuk tampung operasi U ataupun 30% itu sememangnya mencukupi kerana pentadbiran universiti ditampung dengan pembayaran yuran oleh para pelajar melalui skim pinjaman atau pembiayaian atau apa.

9. Setakat nak sembang sekerat macam neh lepas tue bajet bagus baik pergi mati la. 

Haha.

Tapi fikir logik la.

Dibina guna wang awam.
Dibayar gaji oleh awam.
Alih-alih depa kena cari dana sendiri untuk tampung perjalanan operasi.
Sedikit demi sedikit nak mengGLCkan dan menswastakan universiti awam ka apa neh?
Huhu..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...