Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Pembangkang PKR Yang BODOH - PKR Perlu Dedahkan Perjanjian Konsesi DASH, EKVE & SUKE.


Aku perhati aje perangai pemimpin-pemimpin PKR neh. Saja nak tengok selama mana, sejauh mana mereka nak memperbodohkan marhaen.

Baru-baru neh PKR ada launch tentang satu kempen. Iaitu kempen derma 26 ringgit. Untuk perubahan katanya. Derma itu penting kepada PKR kerana ;

- Parti itu menghadapi masalah/kekangan kewangan. Derma itu akan membantu melancarkan jentera parti dan membantu dalam kempen PRU mendatang.

- Mereka perlu dana untuk melatih jentera parti sebagai persediaan PRU.

Sejujurnya. Aku takan derma. Siapa nak derma itu dia punya pasal la. Tetapi diri aku memang takan menderma atas nama parti. Kalau yang meminta derma itu ialah marhaen di mana parti menjadi orang ketiga, tengah untuk collect derma, yang tu baru aku derma.

Gaji wakil rakyat besar-besar.
Rumah hebat-hebat.
Tapi minta derma dari marhaen.
Apa la nak jadi. Baik kau jual barang. Jadi peniaga. Tak la rasa ralit nak bayar buta-buta je atas nama kempen PRU. Apatah lagi kempen-kempen PRU di Malaysia neh macam GAMPANG. 

Mereka nak buat kempen = minta derma.
Buat kempen cara ceramah = kau keluar duit ke ceramah lagi.
Kempen dengan buat bendera, banner.
Apa yang menariknya?

Oke, sebenarnya di atas neh mukadimah aje. Sebetulnya aku sentuh isu tol. Lebuhraya bertol yang sedang dan bakal di bina kat Selangor. Pentingnya mukadimah di atas sebagai penanda aras jika korang derma secara tak langsung korang sokong tindakan PKR yang terlibat samada directly or indirectly dalam kelulusan ketiga-ketiga projek lebuhraya bertol di Selangor. Selangor sudah ada banyak tol la setan. Nak tambah buat apa lagi. Bahlol.

Kita rujuk statement Rafizi.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli Isnin lalu berkata, Azmin akan dipanggil bagi memberi penjelasan bahawa beliau bertindak secara unilateral dalam meluluskan projel Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur ( EKVE).
"Saya tidak tahu dan saya tidak mempunyai apa-apa maklumat tetapi saya akan bangkitkan perkara itu pada mesyuarat dalaman kami untuk mendapatkan pengesahan daripada menteri besar sama ada beliau beri kelulusan," kata Rafizi yang dipetik oleh Sinar Harian.

Rujukan.

1. Ko nampak tak permainan Rafizi kat sini? Apa permainan dia. Ewah-ewah. Boleh pula dia cakap dia tatau padahal Selangor tue under PH. Isu tentang tol neh kalau korang nak tahu aku dan kawan-kawan siap tag-tag dia kat FB. Lepas tue aku perli-perli kat FB dia dan FB DSWA. Bukan benda baru kot aku dan pengomen2 lain buat sampai kena maki hamun dan serangan peribadi dengan budak2 taksub PKR neh. Adalah amat bahlol bila dia dengan slumber badaknya cakap tatau. Seolah2 selama berbulan-bulan lamanya isu neh telah dibahaskan, masuk keluar berita oleh NGO dan kumpulan cinta alam sekitar, dia langsung tak encounter dengan laporan-laporan berkenaan. Zuraidah sampai kena troll banyak kali di facebook pun tak respon. Takan semua nak cakap tatau? Aik, maklumat pasal BN, ari neh leak, hari neh tahu. Maklumat tentang pentadbiran kerajaan negeri PKR, orang siap buat artikel, berita, gambar troll, tag, posting FB berulang kali dia boleh cakap tak tahu? Agak2 la nak memperbodohkan orang. Ko ingat rakyat keluar dari kebodohan BN untuk masuk ke dalam kebodohan PKR ke macam mana?

2. Bukan hanya dia, bahkan hampir semua pemimpin2 wakil rakyat di Selangor baik PAS, AMANAH, dan DAP tak berbunyi. Apatah lagi PKR. Korang tak rasa pelik ke kat situ? Aku ada nampak seorang je setakat neh yang persoal di fb. Itu pun dari DAP. Melalui soalan DUN. Lau Weng San. Yang lain HARAM.

3. Perenggan pertama menyatakan Azmin beri kelulusan. Perenggan kedua menyatakan jika Azmin ada beri kelulusan. Sesungguhnya aku sendiri keliru apa yang cuba disampaikan. Haha.

Jika sekalipun Azmin tak beri kelulusan, pasai apa PKR tak berbunyi sampai sekarang? Persoalannya, korang tak memekak macam korang memekak isu KIDEX. Kak Latifah kita pun diam aje. Dia punya bising bab KIDEX mengalahkan orang miskin. Tapi ini 3 lebuhraya bertol baru tercongok kat Selangor. Jangan kata bising, ulas pun haram. Apesal korang semua neh?

4. Dah beria-ria kena soal dengan wartawan baru la nak tanya dalam mesy. Kalau soalan tak tanya dan ko tak terperangkap dengan situasi tersebut, bagaimana agaknya ya? 

Hihi.

Dan Mami Wan kata ;


Lepas tue apa? Yang telah dan akan undi korang ialah rakyat macam aku. Aku pengundi PKR. Setakat ko dengar penjelasan dan terima penjelasan dia adakah itu penjelasan berbaloi untuk kami terima juga? Nyatakan.

1. Apa penjelasan Azmin dan peranan dia dalam kelulusan 3 lebuhraya berkenaan?

2. Apa yang membuatkan kerajaan negeri tidak bunyi membantah projek ini berbanding KIDEX?

3. Kenapa langgar manifesto sendiri daripada hapuskan tol kepada terlibat dengan projek meluluskan tol?

4. Adakah perjanjian akan didedahkan kepada umum?

5. Sejauh mana PKR berperanan memastikan projek berkenaan paling least jejaskan kepentingan marhaen?

6. Apa pandangan Mami Wan tentang penghapusan hutan simpan yang berkait dengan EKVE?

7. Apa manfaat yang kerajaan negeri terima dengan pembinaan 3 lebuhraya tersebut?

Ini semua orang nak tahu. Paling2 koman orang yang UNDI korang nak tahu. Pasal apa kami yang UNDI korang untuk HAPUSKAN TOL tiba2 kami ehh ada penambahan tol la dengan pembabitan PKR disitu.

Ini budak2 taksub PKR balas.

 
Point mereka ;

1. Tengok la projek under siapa.

2. Jangan salahkan kerajaan negeri.

3. Lihat jadual projek.

4. Ia sudah lama diusahakan sejak zaman Khalid.

Ini la perangai taksub partisan. Setiap kali pun sampai mati pun sentiasa pasti sentiasa orang lain akan bersalah. Mereka takan bersalah. Percaya la cakap aku. Mereka mensucikan parti dan pimpinan mereka seolah2 macam Nabi. Bebas dari dosa, maksum dari kesalahan. Apa yang diajarkan kepada aku melalui Islam, apabila kita taksub, kita sebenarnya mendekati haram. Nak menyokong tu berpada-pada la. Jangan sampai kita terjerat dan merosakkan diri kita di akhirnya. 

Point aku.

1. Semua dah lama tahu projek lebuhraya neh memang di bawah kuasa kerajaan persekutuan. Benda bukan baru bhai.

2. Tetapi org nak tahu apa langkah2 yang kerajaan negeri ambil. Jika beri kelulusan, soalan2 seperti di atas perlu dijawab. 

3. Kenapa babitkan Khalid. Yang usahakan PNB. Jika dulu PNB mungkin approach Khalid now the MB is Azmin la bahlol.

4. Boleh kah kita sindir. Azmin luluskan projek kerajaan UMNO? Apahal neh? Kat berita pongpangpongpang lawan UMNO lawan BN. Gambar sikit sebelah-sebelah pimpinan PAS dengan UMNO kemain lagi teriak puak2 PKR sindir. Kalau yang ini, nak cakap apa? UG versi PKR ke macam mana? 

KIDEX DIBATALKAN KERANA GAGAL PATUHI 3 SYARAT.

Baca link di atas. Berpandukan KIDEX sebagai asas, apakah ketiga-tiga syarat telah dipatuhi dalam pembinaan 3 lebuhraya bertol baru ini? 

Keypoint dia ialah ;

1. KIDEX gagal bersikap telus bila gagal dedahkan butiran penuh perjanjian.

2. Tidak sediakan laporan TIA, SIA dan EIA seperti yang diminta oleh kerajaan negeri sebelum ini.

3. Gagal kemukakan anggaran kadar tol, kadar pulangan kepada pelabur & jumlah kenaikan yang ditetapkan.

KIDEX sebenarnya ada sediakan laporan TIA dan EIA tetapi laporan berkenaan diragui. Tetapi lantak la. Benda dah lepas pun. Itu bukan focus kita. Focus kita adakah ketiga-tiga lebuhraya ;

DASH
SUKE
EKVE

Ini mematuhi apa yang disyaratkan oleh kerajaan negeri. Jika ya, paling-paling koman, butiran perjanjian lebuhraya perlu sampai ke pengetahuan rakyat bukan?

Takan nak bagi jawapan macam EXCO Selangor neh kot ;

Exco Selangor Zaidy Abd Talib berkata tidak tahu menahu berhubung dakwaan kerajaan negeri meluluskan tanahnya untuk pembinaan tiga lebuh raya bertol di negeri itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Templer itu meminta perkara itu dirujuk kepada Menteri Besar Azmin Ali semasa pembentangan belanjawan Selangor esok.

"Saya baru balik Makkah, saya tak tahu apa-apa.
Rujukan

- Pada pemerhatian sesetengah orang, alah relax la. Rafizi, mami Wan, bukan dok dalam kerajaan negeri. Tak hairan dorang tatau apa-apa. Macam la Rafizi duduk dalam kerajaan pusat yang sampai boleh tahu ketirisan beberapa projek.. pelik kan.

- Tapi di atas ini respon EXCO kot. 

- EXCO pun tatau apa-apa?

- Ko duduk dalam kerajaan negeri, participate dalam mesy dan buat keputusan bersama tentang sesuatu perkara (yeke?) dan eh ko boleh cakap saya tatau apa-apa. Saya baru balik Mekah? Cibai.

- Duduk dalam kerajaan negeri pun tatau apa-apa sedangkan yang duduk luar kerajaan negeri siap boleh buat NGO, gerakan lawan EKVE, SUKE dan DASH? Tak terasa ke korang tu BAHLOL?

Dan bahlol mereka meleret kepada penyokong2 tegar mereka. Ini la yang puak2 taksub tue ulang paste kat ruangan komen orang ;


Perenggan pertama pun dah membuktikan penyokong2 PKR neh memang BAHLOL. Kat situ trang trang trang KIDEX antara contoh. Sudah tentu orang akan berfikir. Oke KIDEX termasuk dalam situasi yang sama tetapi boleh batal. Boleh pula kerajaan negeri lawan, persoalkan bahkan siap singkir Khalid lagi. Kenapa bukan SUKE, DASH dan EKVE? 

KENAPA?

Itu yang orang nak tahu. Sebab tue orang nak dengar penjelasan. Jika ketiga2 lebuhraya ini mematuhi ketiga2 syarat yang menjadi sebab utama kepada pembatalan KIDEX, dedahkan ianya kepada rakyat. Butiran perjanjian, manfaat dan kadar kenaikan tol yang akan dilakukan secara berperingkat termasuklah keuntungan yang bakal pelabur raih.

RAKYAT TAKNAK DENGAR ALASAN PAMPASAN SEBAGAI PENYEBAB KENAIKAN TOL PADA MASA AKAN DATANG.

BUTIRAN PERJANJIAN YANG BERKAITAN DENGAN LEBUHRAYA TOL PERLU DIDEDAHKAN KEPADA RAKYAT.

Ini yang Rafizi kena focus. Jadah ko persoalkan PAN BORNEO yang takde tol. Isu apa pada kau sekalipun itu kempen politik BN? Sekurang2nya penerima manfaat ialah rakyat. Memang rakyat mahu parti berlumba2 menunjukkan mereka buat kerja sekalipun itu atas nama kempen meraih undi. Sebab hanya itulah caranya rakyat secara tiba-tiba menjadi perhatian dan tajuk utama korang.

Kalau tidak?

Ko pun pernah menjadi rakyat Rafizi. Rakyat biasa. Mari kita bercakap jujur. Pengalaman ko sebagai rakyat sepatutnya sudah cukup mematangkan kau bahawa di tangga berapa kah kepentingan rakyat diletakkan oleh partisan neh. Mulut kita boleh menipu tetapi bukan pengalaman. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...