Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 20 September 2015

Menteri Henti Tajaan Pelajar Ke TAYLORS.

Kisahnya begini.

1. Pada 16 September 2015 yang lepas, kumpulan pro UMNO mengadakan satu perhimpunan di Padang Merbuk.

2. Perhimpunan tersebut adalah untuk mempertahankan maruah orang melayu dan mahu memberikan mesej kepada DAP bahawa melayu pantang dicabar jadi DAP jangan la sibuk sangat nak mencabar2 kedaulatan dan ketuanan melayu di negara ini. Itu objektif kumpulan MERAH la kan (walaupun kelakar + merepek).

3. Perhimpunan tersebut ialah perhimpunan berbaur racist apabila cina dihalau, dimaki babi & bangsat even terhadap wartawan yang bertugas sekalipun, digelar pendatang dan seakan sewaktu dengannya.

4. Disebabkan itu ia mendapat kritikan dan kecaman pelbagai pihak.

5. Ketika hari perhimpunan, kelihatan banyak bas mengangkut peserta perhimpunan ke lokasi perhimpunan. Bukan semua peserta perhimpunan datang menaiki bas. Harap maklum. Namun terdapat persoalan apabila bas seperti logo PLKN & TAYLOR'S UNIVERSITY mengangkut peserta2 himpunan MERAH. Media sosial 'membuat bising' mengenai hal tersebut.

6. PLKN telah mengeluarkan kenyataan penafian bahawa mereka terlibat dengan perhimpunan tersebut. BAS BERLOGO PLKN itu adalah pihak ketiga yang berurusniaga dengan PLKN. PLKN bukan pemilik perkhidmatan bas berkenaan.

7. Taylor's juga mengeluarkan satu kenyataan penafian berhubung insiden berkenaan. Sama seperti PLKN, penyedia perkhidmatan BAS kepada TAYLORS COLLEGE adalah pihak ketiga. Mereka bukan pemilik perkhidmatan, sebaliknya melanggan perkhidmatan bas berkenaan untuk tujuan college mereka.

8. Disebabkan insiden berkenaan, TAYLOR'S mengambil tindakan drastik. Batal kontrak dengan WAWASAN SUTRA. WAWASAN SUTRA ialah penyedia perkhidmatan BAS kepada TAYLOR'S. Mungkin WAWASAN dah langgar terma & syarat perjanjian bila guna bas berlogo Taylor's untuk tujuan political. 

9. Tindakan TAYLORS mendapat kritikan di kalangan UMNO dan para penyokongnya kerana merasakan TAYLORS bersikap racist, pentingkan diri & biadap.

10. Dan, entah macam mana mereka sebarkan kenyataan wassap Ismail Sabri.

Lihat ;


11. Ismail Sabri kononnya dah arahkan KP MARA henti penajaan student ke TAYLORS.

12. Tak pasti samada melibatkan pelajar sedia ada ataupun pelajar baru.

13. Tetapi boleh ke kita buat tindakan secincai ini tanpa mesyuarat teliti? 

14. Aku taknak bekap TAYLORS. Aku pandang dia kapitalis. Tapi aku tak salahkan dia sepenuhnya. Dia disokong oleh kerajaan yang kapitalis juga. Hihi.

15. Tapi MARA bukan duit bapak ISMAIL SABRI. Dan student pula bukannya objek yang boleh dipergunakan menteri.

16. Nak batalkan tajaan atau bakal tajaan atau apa kena la melalui satu proses, bukan? Mestilah berdasarkan alasan yang solid juga, bukan?

17. Adakah seorang menteri patut berbuat keputusan secincai ini berdasarkan sentimen emosi?

18. Wawasan Sutra, Ismail Sabri punya kah?

19. Secara logiknya pun kita boleh faham. Bas logo syarikat kita digunakan untuk tujuan lain selain dari operasi, program ataupun aktiviti yang membabitkan syarikat kita, boleh ke? Apatah lagi jika digunakan atas tujuan politik yang boleh memberikan gambaran salah seolah2 TAYLORS penyokong perhimpunan pro racisma. Boleh PLKN terima jika BAS BERLOGO PLKN angkut pelacur untuk berkhidmat ke pelanggan? Boleh PLKN terima jika BAS berlogo PLKN digunakan untuk aktiviti yang mencemar PLKN? PLKN agensi kerajaan memang la depa takan banyak bunyi bab MERAH. Faham2 sendiri je la kenapa kan.

20. Bukannya nak kritik sangat MERAH tetapi perhimpunan jelas tak bertujuan murni neh tak sepatutnya disokong oleh manusia yang bertamadun. Melayu nak tolong melayu? Demo la bab harga rumah. Berapa banyak melayu mampu beli rumah sekarang? Semua kena halau ke ceruk bandar, itu benda yang kau patut bising. Bukan dapig is babi. Pendatang bangsat ke apa. Hihi.

21. Jadi bila melihatkan MERAH yang penuh dengan sifat-sifat negatif, mana mungkin TAYLORS mahu dirinya dikaitkan dengan aktiviti berkenaan.

22. Mungkin itulah tujuan pembatalan kontrak tersebut terjadi.

23. Which is adalah hak mereka sepenuhnya.

24. Namun apa yang Ismail Sabri balas, ia bukannya hak jika tak disusuli dengan proses yang betul.

25. Jangan mangsakan pelajar2 yang takde kaitan dengan permainan politik korang.

Fikir2kan la ek.

Kbai.

P/S : Tiada rujukan berita dan kenyataan susulan Ismail berdasarkan penyebaran isu berkenaan oleh bloggers UMNO.

Sumber gambar : We all Ismail Sabri, page-page pro BN, bloggers UMNO dan twitter pro UMNO.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...