Pasangan pengantin sama cantik, sama padan.
Baju pengantin cantik.
Pelamin cantik.
Hiasan cantik.
Susunan cantik.
Warna warni cantik.
Hantaran cantik.
Senang cakap semua cantik-cantik belaka la.
Layan gambar2 sat kat bawah neh ;
Kalau diperhatikan sebahagian dari gambar2 perkahwinan di atas, ada yang diambil sebelum upacara majlis persandingan bermula lagi.
Tue yang nampak kosong je.
Persandingan neh diadakan di Hotel Ritz Carlton, Jakarta. Ini kerana anak Zahid Hamidi berkahwin dengan orang Indonesia.
Benda neh kecoh sikit sebab baru2 neh Utusan updated ;
Rujukan : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ahmad-zahid-tiba-di-indonesia-untuk-lawatan-kerja-empat-hari-1.137523
Dan FMT pula melaporkan ;
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan mengenai kunjungan empat harinya ke Indonesia yang dikatakan dibuat pada tarikh yang sama persandingan anak lelakinya.Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, ia menjadi tanda tanya kerana pada masa yang sama beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke republik itu.
Selain pertembungan tarikh, Shahbudin turut membangkitkan mengenai tetamu negara ini yang bertandang ke majlis itu.
“Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya?
“Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya “ditanggung beres” oleh kerajaan atau atas tanggungan masing-masing?,”tulisnya di shahbudindotcom.
Katanya, penjelasan daripada beliau akan dapat mengelakkan fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.
Gambar perkahwinan anak Zahid yang berlangsung pada Sabtu malam, iaitu hari kedua lawatannya disebar sebaik ia diadakan tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.
--------
1. Aku tak la nak menuduh2 Zahid kahwinkan anak dia menggunakan duit rakyat. Benda takde bukti kot.
2. Tetapi memang point di atas wajar dipersoalkan.
3. Adakah jadual kerja Zahid Hamidi sengaja disusun agar bertembung dengan tarikh persandingan anaknya?
4. So kat situ boleh la sambil menyelam sambil minum air?
5. Nak uruskan majlis persandingan anak uruskan aje la. Nak amek cuti ke apa ke.
6. Tetapi jika dengan sengaja menyusun jadual agar lawatan kerja boleh dijadikan topeng untuk mengangkut tetamu Malaysia ke sana menggunakan kemudahan dan keistimewaan yang terdapat pada seorang TIMBALAN PERDANA MENTERI, adakah ini telah diwajarkan di negara kita?
Ada baiknya MP-MP pembangkang soal kerajaan.
- Perbelanjaan lawatan kerja Zahid ke Indonesia.
- Semak jadual lawatan kerja.
- Kepentingan lawatan bekerja berkenaan terhadap rakyat.
- Berapa individu yang mengikuti lawatan kerja tersebut dan jawatan mereka di dalam kerajaan serta kepentingan mereka mengikuti rombongan berkenaan.
- Siapa yang kos penginapan.
- Zahid menaiki apa dan berapa kos yang dikeluarkan secara keseluruhan.
Minta MP2 pembangkang kita gegar sikit isu neh. Tolong ek.
Kbai.