Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Mei 2015

Setakat Laman Web Digodam, Saya Langsung Tak Goyang Kata Ahmad Maslan Kepada Rakyat Malaysia.


Rindu rasanya nak kutuk menteri kau yang bernama Ahmad Maslan neh. Dia cakap tak goyang laman web rasmi dia kena goyang. Mungkin dia akan goyang dengan cara lain. Tapi bukan dengan penggodaman. Betul tak Ahmad Maslan? Kau nak 'ubat' yang lagi kuat dari rakyat ke? Kalau nak katakan sahaja. Sebab kami memang boleh 'bagi' k.

Baca la ek ;

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tidak pernah luntur semangat selepas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggodam laman webnya pada Selasa.

Jelasnya, perjuangannya untuk memberi penerangan tentang pelbagai isu semasa negara dan menyampaikan hasrat kerajaan untuk kebaikan rakyat tidak akan dihentikan walaupun laman webnya digodam dan diletakkan surat palsu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan.

"Tindakan itu tidak sedikit pun melunturkan semangat saya. Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai; jika takut tanah runtuh, jangan berumah di atas bukit.

"Dalam hal ini saya pertahankan keputusan kerajaan untuk laksana cukai barang dan perkhidmatan (GST), tentunya Kementerian Kewangan (MOF), Kastam dan pakar-pakar ekonomi negara yakin yang GST lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk rakyat dan negara ini.

"Jika GST tidak baik, mana mungkin 170 daripada 193 negara di dunia atau 88 peratus telah melaksanakannya.

"Untuk GST fasa Mei ini, Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mula membawa peniaga-peniaga yang tidak beretika ke mahkamah," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Laman web rasmi Ahmad (ahmadmaslan.com) digodam oleh penggodam yang bernama Anonymous dan tertera perkataan 'Suara Rakyat', 'We are anonymous', 'We are legion', 'We do not forgive' dan 'Expect us'.

Satu surat layang yang ditujukan kepada perdana menteri turut terpapar dalam web tersebut.

Antara intipati surat layang terbabit termasuklah isu-isu semasa seperti GST, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, selain gesaan supaya Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.


Sebelum ini, Ahmad dilaporkan kecewa apabila kebanyakan kenyataannya terutama mengenai isu GST banyak diputarbelitkan oleh beberapa pihak.

Kata Ahmad lagi, GST telah dicemari oleh peniaga yang degil dan pembeli disaran memilih peniaga beretika dan menjual barang serta perkhidmatan dengan harga patut sahaja di dalam urusniaga.

Jelasnya, walaupun kehidupannya sebagai seorang menteri banyak berubah selepas pelaksanaan GST apabila sering menjadi sasaran ditertawakan, namun beliau sedar tanggungjawabnya untuk terus memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kebaikan cukai itu.

Sementara itu, Pengerusi Biro Media Sosial, Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diminta menyiasat pihak yang menjadi dalang menggodam laman web Ahmad.

Tegasnya, ia merupakan fitnah yang berniat jahat untuk memecahbelahkan perpaduan sesama pimpinan negara.

"Menjadi pengetahuan umum kebelakangan ini Ahmad berdepan dengan kritikan yang hebat berhubung beberapa kenyataan yang dibuatnya. Namun itu bukanlah alasan untuk segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini untuk menggodam laman web rasminya.

"Saya menggesa agar pihak berkuasa khususnya SKMM menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penggodam laman web tersebut," katanya.

Kata Ibdillah, penggodaman ke atas laman web rasmi Ahmad seharusnya dikutuk keras oleh masyarakat negara ini. -Awani.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...