Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Mei 2015

Rakyat Malaysia Pertikai Kenapa Pelumba MYVI YG Bunuh Orang Bebas Manakala Peserta Demo Lawan GST Didakwa.

Rakyat Malaysia ketika ini sedang mengikuti rakyat kes 6 pelumba MYVI yang berlumba di jalanraya sehingga mengakibatkan 3 mangsa terkorban.

3 mangsa yang terkorban itu ialah sekeluarga yang melibatkan suami, isteri dan anak bongsu.

Mereka2 ialah ;

Fairuz Nizam 35
Nova Safitri Azhari 27
Nur Firuza Annisa 7 bulan

Apa yang berlaku ialah ;

1. Ketika kemalangan maut yang membabitkan kenderaan Pajero, salah seorang pelumba MYVI turut dibawa ke hospital kerana kemalangan bersama pajero tersebut.

2. Wanita tersebut ialah salah seorang yang terlibat dalam perlumbaan tersebut.

3. Selepas menjalani rawatan susulan, diambil keterangan dan menjalani ujian air kencing, wanita tersebut dibiarkan bebas oleh PDRM.

4. Kemudiannya, 2 dari pelumba MYVI yang terlibat dalam perlumbaan tersebut juga membuat 2 laporan polis secara berasingan.

5. Kemudiannya, melalui laporan Utusan Online, PDRM dilaporkan telah mengambil keterangan 6 pemandu MYVI yang berlumba sesama sendiri sebagai proses siasatan.

Namun apa yang menjadi pelik, UTUSAN ONLINE telah memadamkan berita berkenaan dari web mereka. Aku antara yang membaca laporan berita berkenaan.

Lihat ;

 
Sebelum ialah = sebelum kecoh yang sesetengah ahli FMC mempunyai orang dalam di PDRM dan JPJ bagai.

Selepas ialah = selepas rakyat Malaysia mendedahkan bahawa terdapat ahli FMC yang bercakap besar di whatsApp yang mereka mempunyai orang dalam di PDRM dan JPJ.

Nampak kecik. Tapi pada aku, ia berhak diragui something. Sebab aku baca laporan berkenaan. Secara tak langsung ia jejaskan kredibliti polis apa.

Kenapa berita kejap ada kejap takde.

Pelik kan.

Itu satu hal. Selepas dilaporkan pemandu2 MYVI dibebaskan atas alasan tiada bukti yang menyokong bahawa mereka semua berlumba ketika itu, maka rakyat Malaysia mula mempersoalkan di laman sosial.

Pertama. Mereka bertanya, kenapa polis boleh membebaskan pembunuh 3 orang atas alasan yang tidak masuk akal.

Kedua. Mereka bertanya, orang yang berdemo dan protes lawan GST sampai kena reman, sampai kena duduk dalam lokap supaya polis boleh gunakan masa tersebut untuk mencari bukti bagi membolehkan mereka mendakwa peserta2 tersebut di mahkamah atas kesalahan tertentu TETAPI atas sebab apa POLIS tidak MENAHAN REMAN INDIVIDU2 YANG DIKATAKAN BERLUMBA SEHINGGA MENYEBABKAN 3 SEKELUARGA MAUT.

Disebabkan pembebasan berkenaan, maka rakyat Malaysia mula menyebarkan satu klip video yang mendedahkan kenderaan2 MYVI yang ketika itu sedang berlumba sebelum terjadinya kemalangan maut. Ia mula tersebar sejak 2 hari yang lepas.

Dan ini telah menyebabkan satu persepsi hadir bahawa pelumba2 MYVI itu dilindungi oleh PDRM kerana mempunyai kaitan dengan VVIP tertentu di Malaysia manakala pendemo2 yang menuntut keadilan untuk rakyat Malaysia pula sebenarnya dianiaya dan didakwa kerana tidak mempunyai dengan sebarang orang kenamaan di negara ini.

PDRM. Tolong jawab. Kenapa yang bunuh orang tidak bersalah berbanding protes lawan GST. Kami rakyat Malaysia mahu tahu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...