Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Mac 2015

GST Memang Utk Bayar Hutang Negara - Ini Bukti Ahmad Maslan Kantoi.

Baru-baru ini, ahli parlimen dari Gua Musang, Tengku Razaleigh (Ku Li) berbahas di parlimen dan mempersoalkan kerajaan, apakah hasil kutipan dari GST nantinya akan digunakan untuk membayar hutang negara.

Baca : Adakah GST Untuk Bayar Hutang Soal Ku Li.

Ku Li ialah ahli parlimen dari parti Barisan Nasional. Susulan dari pertanyaan tersebut, timbalan menteri kewangan II yang juga ahli persatuan menteri sarkas membuat kenyataan berikut ;


Ahmad Maslan sangat focus.

Dia akan jawab dan bidas semua point-point yang diperlihatkan mengkritik dan mempersoalkan GST.

Tetapi point-point yang diperlihatkan condong dan pro GST pula, dia takan ulas dan mendiamkan diri. Ini bermaksud dia memberikan gambaran secara indirectly bahawa point-point itu adalah tepat.

Contohnya.


Siapa itu Chin Su Phin?

Seorang ahli dewan negara = senator di dewan negara.

Point di atas dibahaskan di dalam parlimen Malaysia. Di ulangi, dalam parlimen Malaysia.

Yakni, senator kita berbahas bagi meluluskan pelaksanaan GST dengan memberikan point bahawa GST dapat kurangkan hutang negara.

Jadi memang benar, antara bahagian yang terdapat dalam GST akan digunakan untuk kurangkan jumlah hutang negara. Mengapa Ahmad Maslan perlu nafi sedangkan point ini digunakan untuk meluluskan pelaksanaan GST di negara kita.

Ahmad Maslan juga berkempen di twitter.

Dia kata ;


Aku takde masalah dengan point-point dia di atas ini. Harga barang yang lebih murah ia adalah perkara yang baik bagi pengguna seperti aku. Tetapi aku rasa Ahmad Maslan sebenarnya dia gagal memahami punca sebenar kenapa penentangan terhadap GST itu wujud.

Point dia ialah. Ada sesetengah barang itu tidak dikenakan cukai SST. Dan selepas GST dilaksanakan, barangan dan perkhidmatan itu tertakluk kepada GST yang mana ianya meningkatkan kadar, tarif, harga, caj, dan yuran semasa.

Dan perkara-perkara itu pula bersangkut paut dengan beberapa polisi kerajaan yang double standard.

Contohnya. Seperti tarif elektrik, internet dan ASTRO.

Kegagalan kerajaan untuk caj tarif pada kadar yang munasabah satu hal. Kemudian tarif yang sama seringkali dinaikkan satu hal. Dan kini kerajaan tambah GST ke atas setiap penggunaan elektrik 300KWJ ke atas itu satu lagi. 3 masalah/beban pada 1 isu.

Bila kita fikir-fikir semula. Orang yang macam mana duduk di rumah dengan elektrik mereka kurang dari 300KWJ? Samada dalam rumah itu tiada barangan elektrik sama sekali ataupun bujang.

Yang menggunakan 300KWJ ke atas tidak semestinya dia perlu menjadi kaya.
Dia mungkin mempunyai ahli keluarga yang ramai dan besar,atau dia mungkin bekerja dalam bidang masakan yang kita tahu penggunaan oven memakan tenaga yang besar dan sewaktu dengannya.

Jadi pernah atau tidak sebelum kerajaan memutuskan untuk mencaj rakyat 2 kali dalam bil elektrik, berfikir seperti ini?

Dalam kes ASTRO dan INTERNET. Ia adalah kes monopoli. Polisi kerajaan membenarkan perkara itu atas nama mengaut keuntungan. Itu satu hal. Kita merungut. Kita marah. Kita persoalkan. Kita kena balik. Katanya. Internet dan Astro bukan keperluan. Berbanding mereka membetulkan perkara yang salah dalam kes internet dan Astro, mereka akan cenderung tutup salahlaku tersebut dan tunding kesalahan ke atas pihak yang mengadu. Itu hal kedua. Mereka dibiarkan buat salah, kita dibiarkan tanpa pembelaan. Dan, masalah baru menambahkan ke atas masalah yang sedia ada. Bila GST dikenakan pula ke atas perkhidmatan2 yang bermasalah ini. Kerajaan tidak menyelesaikan masalah berbangkit. Kerajaan hanya berperanan menambahkan dan memanjangkan masalah kerana masalah pada rakyat bermaksud keuntungan kepada mereka.

Dan Ahmad Maslan, kau sebenarnya sudah kantoi lagi. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...