Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 5 Ogos 2014

Menjawab Apa Itu VEP, Kenaikan Tol Dan Penipuan FOBN Yang Anda Perlu Tahu.

Apa itu VEP?

Kadar caj permit kenderaan asing.

Singapore antara negara yang melaksanakan VEP. Singapore mengenakan VEP kepada semua jenis pemilik2 kenderaan asing yang memasuki negara mereka.

Bagaimana VEP beroperasi?

Di Singapore, VEP bertujuan untuk menghadkan kemasukkan berpusu2 kenderaan asing ke dalam negara mereka. Oleh kerana negara mereka kecil, maka untuk mengelakkan kesesakan mereka memperkenalkan VEP. Sebelum ini kadar VEP ialah SG20 dan telah dinaikkan kepada SG35. Kadar baru berkuatkuasa pada 1 Ogos. Kalau convert ke matawang Malaysia maka RM90. Sebelum ini ialah RM51. Kenaikan ini memang tinggi dan sudah tentu kenderaan Malaysia akan terasa bebannya.

Jurucakap kepada kementerian pengangkutan SG memaklumkan ;

- Setiap hari 13,000 kenderaan asing berdaftar masuk ke Singapore.

- Ada dua jenis caj yang dikenakan.

- VEP mensasarkan kepada kenderaan asing yang memasuki Singapore.

- GVP untuk kenderaan asing yang mengangkut barangan masuk ke Singapore.

- Untuk VEP kadarnya ialah SG35 = RM90 bagi kereta setiap hari manakala untuk kenderaan barangan (GVP) pula bermula pada kadar di antara SG10 = RM25.6 dan SG40 = RM103 setiap bulan.

VEP di Singapore tertakluk kepada hari bebas VEP iaitu pada ;

-  Hari sabtu, ahad dan cuti umum Singapore.

- Setiap kenderaan diberikan percuma 10 hari setiap tahun bagi kemasukkan pada hari bekerja.

- Jika kenderaan asing masuk SG selepas 5 petang hingga 2 pagi pada hari biasa mereka dikecualikan VEP.

- Tambahan. Pada setiap musim cuti persekolahan pada bulan Jun dan Disember setiap tahun mulai 12 tengahari sampai ke jam 2 pagi dikecualikan dari bayaran VEP.

Kementerian pengangkutan SG memaklumkan 10% kenderaan dari Malaysia akan terjejas dengan kenaikan tersebut.

Sekarang dah faham apa itu VEP kan? Info tambahan. Kerajaan kita akan melaksanakan VEP seperti yang dilaksanakan oleh SG juga. Caj permulaan dicadangkan pada kadar RM20. Rakyat Malaysia sama sekali tidak akan terkesan dengan pengenalan VEP ini. Cuma kenderaan asing seperti dari SG, Indonesia, China, Brunei, Thailand, Myammar, LAOS dan sewaktu dengannya sahaja akan terkesan dengan pengenalan VEP ini.

Dan. Apa pula kenaikan tol yang baru2 neh berlaku di Johor? 

Lihat. Apa yang disebarkan oleh page BARISAN NASIONAL.


10% rakyat Malaysia yang terjejas ialah bermaksud tak boleh TIDAK mereka terpaksa memasuki SG pada waktu VEP dikuasakan dan tak boleh TIDAK mereka terpaksa memasuki VEP menggunakan kenderaan sendiri. Contohnya kenderaan penghantar barang.


CAJ GVP yang paling tinggi ialah RM103. Bukannya RM129. Rujukan akan disertakan pada akhir artikel harap maklum.

Apa maksud perbandingan gambar di atas? Gambar di atas merujuk kepada perbandingan VEP dengan kenaikan kadar tol. Untuk rekod, aku belum jumpa mana-mana artikel yang menyatakan bahawa DAP kata BAGUS, SG naikkan caj VEP. 

VEP haruslah dibandingkan dengan VEP.

TOL pula kena banding dengan TOL la. Baru fair and square.


Jangan perbodohkan orang. Tapi kan, ia memerlukan orang yang BODOH untuk diperbodohkan tau. So, kalau pun penyokong2 BN diperbodohkan oleh page BN. Ini bermaksud penyokong2 BN itu sendiri memang BODOH kan?

Haha.

Apa itu kenaikan kadar tol di kompleks CIQ?

Kompleks CIQ = Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin.

Kerajaan baru2 ini telah menaikkan kadar tol arah masuk dan arah keluar sehingga mencecah RM16.50 untuk kegunaan setiap hari.

Apa itu tol?

Tol adalah bayaran yang dikenakan kepada semua kenderaan samada kenderaan Malaysia dan juga kenderaan negara asing. 

Siapa yang akan terjejas dengan kenaikan tol?

RAKYAT MALAYSIA DAN RAKYAT SINGAPORE yang menggunakan laluan keluar masuk. Dengan kenaikan VEP pada 1 Ogos oleh kerajaan SG, cara kerajaan kau neh membantu melegakan rakyat Malaysia ialah dengan MENAIKKAN KADAR TOL di MALAYSIA. 

Dan info tambahan, mengikut perjanjian pakej tol, MALAYSIA dan SINGAPORE ada terma yang menyatakan bahawa BAYARAN TOL YANG DIKENAKAN OLEH SINGAPURA IALAH MENGIKUTI BAYARAN TOL YANG DIKENAKAN OLEH MALAYSIA.

YAKNI BERMAKSUD. Jika Malaysia menaikkan kadar tol maka SINGAPORE juga akan menaikkan kadar tol mereka. Untuk pakej keluar masuk SINGAPORE, bayaran TOL bagi Malaysia ialah RM16.50.

Dan jika SINGAPORE follow up dengan tindakan terkini Malaysia maka ;

16.50 untuk Malaysia.
16.50 untuk Singapore.

Penyudahnya tambahan 33.00 keluar masuk Singapore.

SETIAP HARI.

Kau sanggup nak bayar amount neh?

So faham tak kenapa Lim Kit Siang dari DAP, Nur Jazlan, Shahrir Samad dan Tan Sri Dr. James Masing (menteri Sarawak) dari BN berkata kenaikan tol itu membebankan rakyat Malaysia?

Ini kerana rakyat Malaysia la yang paling banyak terjejas dengan kenaikan tersebut. Samada VEP mahupun kadar tol. Kerja penat2. Kerja sana kerja sini. Sudahnya wang gaji dihabiskan untuk tol. VEP itu ialah sesuatu yang kita tak boleh nak marahkan BN. Ia polisi kerajaan luar. Tapi isu tol, ia polisi kerajaan sendiri. Kalau tak marahkan kerajaan kau nak marahkan sapa? Kucing jiran sebelah rumah kau ke?


So fikir2kan kenapa BN neh GAMPANG.

HA HA HA

Sebarkan perkara ini. Rakyat Malaysia yang bangang perlu tahu perbezaan kenaikan VEP dan TOL. Kesian aku tengok. Google ada. Berita ada. Main facebook reti. Korek info taktau. 

Kah Kah Kah

Kbai.

Rujukan : https://sg.news.yahoo.com/putrajaya-salah-strategi-isu-kenaikan-tol-tambak-johor-231359849.html

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenaikan-tol-tambak-johor-kurang-bijak-kata-menteri-sarawak

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenaikan-tol-480-di-ciq-johor-burukkan-nama-najib-kata-dap

http://sozcyili.blogspot.com/2014/08/kadar-tol-naik-400-gambar2-bas-kilang.html

http://liewchintong.com/my/2014/08/kenaikan-bayaran-tol-di-kompleks-kastam-imigresen-dan-kuarantin-kik-bangunan-sultan-iskandar/

http://www.sinarharian.com.my/nasional/siapa-terkesan-vep-singapura-1.301367

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenderaan-singapura-pemuda-cadang-kenakan-caj-1.299908

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...