Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Kecoh - Khalid Dipecat Dari PKR, Pengguna Media Sosial Kutuk PKR KAW2!

Buat pertama kalinya dalam sejarah. MB Selangor bukan datang dari mana2 parti selepas dipecat serta merta sebagai ahli oleh PKR siang tadi (8/9).

Sedikit laporan berita mengenai hal tersebut ;

PKR hari ini memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, menimbulkan persoalan sama ada masih wujud kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat jam 3 petang tadi memutuskan isu itu. Khalid tidak hadir memandangkan beliau bukan ahli badan pembuat keputusan tertinggi itu, tetapi terdahulu beliau cuba melalui peguamnya menghalang MPP daripada membincangkan kedudukannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menghantar surat tuntutan supaya PKR tidak membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor sehingga beliau diberi kesempatan mempertahankan dirinya di hadapan Lembaga Disiplin parti.
Pemecatannya bermakna PKR dan PR hilang satu kerusi di DUN dan Parlimen. -TMI-

Dan antara komen2 yang dipetik daripada pelbagai laman web mengulas mengenai respon pemecatan Khalid dari parti.








1. Tak larat nak baca. Bersepah2 komen kutuk dan kritik PKR di pelbagai page dan laman web yang mana boleh komen gunakan facebook.

2. Yang bekap pun ada. Sudah tentu geng2 PKR berbayar atau tidak, arahan atau tidak, yang pasti dorang sekarang tengah cuba serap persepsi bahawa pemecatan Khalid itu patut.

3. Tapi masalah sekarang, lawan dorang bukan UMNO bukan pula BN. Tapi rakyat sendiri. Dan rakyat ini pula bukannya terdiri dari geng2 BN yang berperanan melakukan provokasi semata2. Bahkan dari penyokong2 sendiri juga.

4. Reputasi PKR jatuh teruk. 

5. Yang bangangnya. Geng2 PKR neh sepatutnya focus kepada pencerahan. Okay. Operasi kau, kau kena fahamkan pengguna media sosial bahawa tindakan PKR neh betul dan tepat. Tapi apa yang sesetengah dari dorang neh buat pula ialah menyalahkan ataupun menghentam PAS tak semena2. Ini bukan sahaja tidak membantu membaikpulih imej PKR yang tercalar teruk dalam insiden tersebut bahkan membina permusuhan dengan ahli2 PAS. Buat apa? Focus la sikit. Tujuan kau nak clearkan isu. Tak payah meleret balon dan kaitkan PAS dalam konflik dalam PKR neh. Kau tak membantu meredakan tapi merosakkan lagi ada. BANGANG.

6. Yang jeliknya. Kat twitter tadi. Aku nampak geng2 PKR p fitnah TSKI gunakan gambar UMNO BN. Hak ala. BANGANG NAK MAMPOS. Jangan babit atau heret perkara2 yang tiada kaitan dalam isu neh. Kena fahamkan betul2. Apa yang UMNO sebar ialah propaganda bertujuan manipulate. Korang nak kritik TSKI pastikan isu yang sahih dan yang korang benar2 tahu ia terbukti benar. Jangan gunakan modal UMNO yang semua dari kita tahu ia adalah fitnah sehingga terbukti sebaliknya.

7. Apa pun. Aku tak seronok tengok sesama korang berkelahi. Ini macam mengundang kepada bibit2 perpecahan.

8. Meskipun aku berpendapat kejatuhan atau perpecahan PR tiada kaitan dengan aku secara peribadi dan tidak akan menjejaskan kehidupan aku tetapi sedikit sebanyak ia akan membuatkan BN mendabik dada kerana berjaya meruntuhkan perpaduan antara PAS, PKR dan DAP selama ini.

9. Dan sedikit sebanyak juga, rakyat yang melawan polisi2 jahat dari BN akan terkesan disebabkan tiada kesatuan yang kuat untuk membawa suara2 mereka. Kat sini aku kena akui, ia memang menganggu la juga. Kena cakap yang fakta beb.

10. So aku sangat tidak favor kepada perpecahan PR. Aku harap itu tidak berlaku. Seperti mana aku tidak favor kepada kejatuhan Selangor kepada BN. 

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...