Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 25 Mei 2014

JAKIM - Jangan Cuba Lari Dari Tanggungjawab Setelah Umat Islam Termakan Coklat Babi !!!!!!!

Mampos aku.

Aku rasa ini artikel yang ke 7 membidas JAKIM. Sebelum ini aku telah didatangi oleh pegawai JAKIM (secara tidak rasmi) di ruangan inbox yang mengesa agar aku jangan suka2 menyalahkan JAKIM dalam setiap perkara. Biasalah. Aku dan JAKIM memang takde hubungan yang lain melainkan kerja aku kutuk JAKIM dengan setiap masa. Ingat, jika semua pemuji, maka siapa nak jadi pengutuk? Aku ambil peranan tanpa gaji tau. Bersyukurla sikit.

Yang itu atas isu ubat halal haram.

Kali neh pula atas isu coklat babi.

Baikla. Kita mulakan sesi mengumpat JAKIM sekarang. Baca bismilah dulu lebih afdal ye. 

Hehe.

2 hari lepas telah tersebarnya satu dokumen yang melaporkan coklat Cads (nama manja Cadbury) ada babi. Sebelum tue orang ragu2. Cads ataupun Cabs? Almaklumla. Ejaannya Cabbury. Salah eja satu huruf pun boleh buat orang keliru sebab macam2 jenama pelik2 wujud di pasaran sekarang.

Namun Cads menafikan pada awalnya sebelum dikantoikan oleh KKM pada keesokkannya harinya (semalam). Rujuk sini untuk episode kedua.

Selepas kantoi ini respon Cads yang sangat tidak malunya.





Ini adalah versi BM pula ;


Kami di Cadbury ingin memberi maklum balas berkenaan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pagi ini.

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Cadbury Dairy Milk dengan kacang Hazel (nombor siri 200813M01H I2 yang tarikh luputnya adalah pada Nov 13, 2014) dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam (nombor siri 221013N01R I1 yang tarikh luputnya adalah pada Jan 15, 2015) telah diuji positif dengan kesan DNA khinzir. Pihak kami telah mengambil tindakan segera dengan menarik semula kesemua produk-produk yang terjejas daripada pasaran.

Produk-produk Cadbury yang lain adalah tidak terjejas dalam siri ujian yang telah dilakukan.

Pihak kami sedang menjalankan sisasatan rapi ke atas kesemua rangkaian bekalan kami bagi memastikan kualiti produk kami terus mematuhi kesemua piawaian yang telah ditetapkan. Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa kesemua cokelat Cadbury Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia dan dijamin Halal menerusi sijil JAKIM, dan ini termasuk sumber bekalan bahan-bahan mentah dan lokasi yang digunakan. Kami mengamalkan prosedur kawalan kualiti yang ketat dan memastikan produk kami mencapai standard tertinggi dalam keselamatan dan kualiti produk.

Kami ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan yang diberikan kepada Cadbury.


Sumber : sini

Kenyataan JAKIM pula boleh rujuk sini.

Cubaan memperbodohkan rakyat oleh JAKIM tetapi sayangnya aku bukan bodoh untuk percaya bulat2 apa yang ko sampaikan JAKIM. Aku ada banyak sebab untuk tidak mempercayai kau. Boleh google lepas2 apa yang aku tulis pasal kau.

HAHAHA..

JAKIM ;

1. Ko cakap ko sentiasa melakukan pemeriksaan berkala ye? Jika selalu macam mana ko bolehterlepas isu ramuan babi dalam coklat Cads baru2 ini?

2. Ko ingat Cads jenis masak coklat hari neh esok edarkan ke?

3. Makan masa la sikit sebelum coklat2 itu tiba di pasaran.

4. Ko buat semakan berkala jenis bagitau dulu ke ataupun datang secara mengejut?

5. Ini bukan kali pertama logo JAKIM yang ada label HALAL tetapi hakikatnya ianya adalah HARAM.

6. Sebelum neh membabitkan product seperti mee, bihun pun ada.

7. Bila ko dah tengok umat islam asyik kena tipu aje dengan peniaga2 sepatutnya dah boleh sangat dah ko tukar cara ko buat kerja.

8. Setiap product yang keluar pada hari itu sepatutnya diserahkan terus kepada JAKIM untuk diperiksa secara harian.

9. Buat kerja lebih sikit apa salahnya memandangkan korang pun bukannya buat kerja sangat.

10. Kalau korang buat kerja sangat takde la kes pengguna muslim termakan coklat babi.

11. Kalau korang buat kerja sangat takan biar menteri sendiri lawan qazaf.

12. Kalau korang buat kerja sangat takde la kes menteri terguna duit zakat untuk bayar kos guaman.

13. Setakat karang khutbah untuk kutuk pembangkang boleh je. Sanggup fikirkan cara macam mana nak hasut rakyat benci pembangkang boleh pula.

14. Siap anjur forum untuk kutuk PAS lagi.

15. Sebarkan buku untuk lawan PAS pun ada.

16. Sanggup perbodohkan diri dalam isu syiah pun tak kurang hebatnya. Bukti A, B, C semua ada.

17. Tapi soal halal haram diabaikan sedangkan itula tugas terpenting korang pun.

18. Pelekat2 tue semua bukannya percuma. Berbayar pula tue.

19. Duit dah dapat tapi kerja macam HAPRAK.

20. Bila kantoi orang lain semua salah tapi JAKIM tak pernah salah. Tak pernah cuai. Tak pernah lalai. Logik meh?

LOGO HALAL sapa yang keluarkan?

JAKIM. 

Jadi sudah semestinya jika UMAT ISLAM termakan COKLAT BABI yang ada COP HALAL adalah KESALAHAN kau.

Macam mana ko boleh tunding jari kat orang lain atas KESALAHAN diri kau sendiri wei JAKIM?

Ko buat kerja berkala? Memantau apa bagai? BODOH la lue. Lue nak kelentong sapa?

JANGAN NAK SEMBANG LA WEI.

Kalau ko buat kerja sangat takde la kes kasino kat genting tue. Takde la kes seven e jual arak. Secara terbuka. Budak2 kecik semua boleh beli dah. Aku tengok pun tatau nak cakap apa. Dalam ahti tak suka gak tengok dak2 melayu tue beli arak tapi apa je aku boleh buat. Dorang satu geng. Aku sorang. Hanya mampu perhatikan aje la. Kang tak pasal2 arwah aku.

Boleh tahu sangat yang JAKIM tak memainkan peranan yang BETUL dalam mengembangkan ajaran ISLAM yang tepat. Yang depa buat ialah salahkan pembangkang, kristian, atheis dan semua orang. Yang tak salah BN, menteri2 dan JAKIM. 

Dalam isu coklat babi. Suka diingatkan semua orang sudah pun memakan babi.

Baik budak2 mahupun orang dewasa. Nampaknya babi bila masuk dalam coklat sedap juga ek. Sampai menjilat jari you. Bahkan JAKIM juga lemah dalam menasihati kerajaan mengenai makanan ringan dari CHINA yang terdapat banyak logo halal palsu. Bukan itu sahaja, JAKIM juga gagal memainkan peranan agar penguatkuasa kita membendung pengimportan coklat2 dari CHINA yang tidak mematuhi spesifikasi kesihatan yang sepatutnya. JAKIM patut luangkan masa untuk bekerjasama dengan NGO dan individu2 yang mendesak agar coklat2 dari negara CHINA dilarang untuk diimport bahkan mana2 premis yang menjualnya patut dikenakan tindakan yang tegas.

Jika PDRM ada rakan cop, JAKIM pun boleh buat rakan JAKIM.

Why not?

Kita sudah berada di era millinieum. Weiii macam mana nak eja millinieum neh wei? Macam salah je. Satgi sapa2 betul kan la ek.

Sudah sepatutnya la JAKIM juga ubah cara dorang buat kerja. Buat rakan JAKIM. Umat2 islam yang prihatin neh ramai. Siyes. Tapi dorang takut juga macam aku. Satgi kena bantai ke apa ke naya doe. Padahal masing2 nak hidup lama lagi menongkat dunia yang penuh keindahan neh. Buat apa nak tipu2. Cakap jujur saja sudahla.

Dengan rakan JAKIM, pengguna diberikan akses untuk lapor mana2 kedai yang menjual coklat2 yang mempunyai logo halal palsu.

Dengan rakan JAKIM, pengguna diberikan hak untuk lapor kegiatan pekerja2 seven e yang jual arak pada budak2.

Pendek kata dengan rakan JAKIM, pengguna muslim diberikan hak untuk laporkan apa2 salah laku seterusnya dari situ JAKIM boleh rangka siasatan, kajian dan fikir macam mana agaknya kita nak buat supaya rakyat Malaysia tidak terjebak dengan pemakanan yang bukan sahaja tidak halal bahkan tidak sihat.

Ini sepatutnya peranan JAKIM.

Buat dok sibuk kutuk orang kutuk orang sini.

Macam mana orang nak respect dengan korang? Aku dah lama hilang respect dengan JAKIM. Siyes. Buat kerja cikai2. Harapkan pujian melambung. Kepala hotak ko la JAKIM. 

KAH KAH KAH

Sesudah mengumpat JAKIM, jom la kita baca doa ramai2 sebagai tanda bersyukur kerana dapat mengumpat JAKIM dengan penuh ikhlas. Syukur. Memang aman bumi ku neh. Kurang2 umat islam hanya termakan coklat babi saja. Bukan ada kereta perang pun. Relax sudahla.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...