Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 11 Mac 2014

Kisah 3 Tahun Lepas Dibangkitkan Untuk Cemar Imej Pembantu Juruterbang #MH370 Yang Hilang..

Ceh.

3 tahun punya citer korang sebarkan?

Benda la agensi berita luar negara neh. Adik beradik dengan Melodi ke apa? Citer 3 tahun lepas p sebarkan sampai jadi bahan troll di media sosial.

Fikirkan.

1. Kisah 3 tahun lepas.

2. Fariq yang dulu bukanla Fariq yang sekarang.

3. Apa la perasan family mereka bila ia dijadikan bahan troll?

4. Dan perlu ke kita ungkit2 kisah lepas?

Actually, bukan aku marah sangat pada dua orang perempuan yang share pasal kenangan bersama Fariq tue. Cuma cara penyampaian wartawan tue semacam. Ia negatif. Sesiapa yang membacanya juga akan memikirkan ia negatif. Lebih2 lagi dah jadi bahan troll..

Contoh ;


Aku bukan nak bekap sapa2. Tapi tolongla kawan2. Ada benda yang kita patut berfikir dalam2 sebelum main balon aje tak tentu arah. Jangan ikut cara media luar. Mereka takde sentimen keagamaan sepertimana kita. Kita ada.

Pada mereka, alah takan citer pasal kenangan bersama Fariq merupakan satu jenayah pula? Memang kami melepak kat kokpit. Di undang untuk duduk dalam tempat duduk khas supaya boleh meninjau cara juruterbang melakukan kerja2 penerbangan. Juruterbang siap merokok lagi dalam ruang kerja sedangkan ia melanggar protokol. Lepas tue, inila gambar kami bersama2. Kami dipelawa oleh juruterbang ini untuk merasai pengalaman kelas pertama melihat juruterbang buat kerja. So what? Apa salahnya dengan perkongsian kami?

Memang la tak salah.

Tapi ko tengok macam mana media luar dan orang kami mengulas mengenai perkongsian korang? 

Ini media kami --> http://www.malaysiakini.com/news/256795

Dan ini media kamu --> http://www.standard.co.uk/news/world/flight-mh370-copilot-entertained-women-in-cockpit-and-smoked-on-previous-flight-9183812.html

Bukan apa.

Tumpuan utama ialah mengenai mencari semula pesawat yang HILANG. Di ulangi yang HILANG. Ini kisah 3 tahun punya lepas dok ungkit2 pasai apa?

Manusia berubah okay, berubah.

Lagipun, yang paling penting, MAS sudah menghukum mereka2 yang terlibat dalam insiden tersebut pada ketika itu. Fariq sudah melalui hukumannya. Jadi jangan la buat penilaian tidak adil ke atas dirinya mentang2 la dia takde kat sini untuk bekap diri dia atas persepsi2 serong yang cuba diserapkan ketika ini. Jangan2, ini agenda nak ambilalih saham MAS. Mana nak tahu kan. Aku dah terpengaruh dengan citer korea tue. Apatah nama tajuk dia. Lupa pula.

Haha.

Pada aku. Bukan la aku nak bekap sapa2 pun.

Selagi pesawat tue tak dijumpai kita jangan sembang kencang dok cakap juruterbang salah la, co pilot salah la itu salah la ini salah la.

Relax dulu.

Kita cari MH370 dulu. Bila dah tahu keadaan sebenar andai kata A salah, maka kita akui je la A salah. Andai kata B salah, maka kita akui je la B salah. Ini maklumat yang ada pun tak jelas tapi sibuk nak tujukan kesalahan melulu pada salahkan orang itu ini.

Adil ke?

Lue fikirlah sendiri.

Okay bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...