Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Mac 2014

Infografik - 10 Fakta Mengenai B777 - Boeing MH370



Pada tahun 2012. Pesawat B777 200 ER - 9M - MRO pernah mengalami kemalangan apabila sayapnya berlanggar dengan pesawat Airbus A340 di lapangan terbang Pudong.

Pesawat yang sama juga la yang telah hilang secara misteri pada 8 March tahun ini. Dan untuk rekod, terdapat satu kebakaran kecil di airport Subang yang mana membabitkan bengkel MAS. Bengkel MAS ialah tempat yang menempatkan laporan2 berkaitan mekanikal dan laporan2 berkaitan pembaikan pesawat milik MAS.

Dan, untuk rekod korang juga pesawat 9M-MRO juga baru sahaja melalui proses penyelenggaraan 2 minggu selepas ia hilang secara tiba2 selepas 40 minit terbang di udara.

Dan, untuk rekod korang juga, terdapat beberapa insiden yang meragukan sebelum pesawat ini hilang secara misteri. Insiden2 ini hanya 'kakitangan2' saja yang boleh dedahkan. Aku tak boleh nak tulis sebab menjaga kerahsiaan. Kalau dorang bagi dedah pasti aku akan dedahkan..

Lue fikirlah sendiri.

Info grafik kat atas kredit pada blogger blog serius. Fakta2 yang menarik untuk bacaan kita semua.

Btw, aku tertarik juga dengan laporan2 negatif dari beberapa agensi berita terutamanya yang berpengkalan di USA.

Ini apa yang aku fikirkan ;

1. Jika apa yang berlaku pada MH370 ialah kesalahan pilot - maka MAS akan menerima tempias yang sangat besar.

2. Jika apa yang berlaku pada MH370 ialah masalah pesawat - maka BOEING akan menerima masalah yang sangat besar. 

Maka, andaikata teori aku betul, kemungkinan besar media2 dari USA sengaja memainkan persepsi seolah2 ini adalah kesalahan2 pilot kita atas tujuan mahu melindungi reputasi BOEING.

Ini apa yang aku fikirkan. 

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...