Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Mac 2014

Fox News Sindir Umat Islam Malaysia Isu #MH370.

Sindiran neh macam ejekan juga.

Mereka mempertikaikan kredibliti seseorang bersandarkan kepada anutan ataupun kepercayaan agama. Aku tak kisah sangat mereka nak kritik bab kecelaruan maklumat yang wujud. Tetapi aku tak faham bagaimana agama seseorang boleh menjadi penentu samada dia jahat ataupun baik? Betul ataupun salah? Pengganas ataupun tidak?

Lihat video tu ;


Bagi aku video neh sekadar nak provoke sentimen jek. Sentimen orang muslim secara khususnya.


1. Nada 'muslims' disebut dengan gaya ejekan.

2. Mereka kaitkan muslims dengan terrorist.

3. Tiada bukti pun atas kenyataan2 mereka tue tapi mereka sebut ada kemungkinan (potensi) ini adalah perbuatan terrorist disebabkan mereka 'muslim'.

4. Mereka neh ada kecenderungan untuk bersikap bias dan racist terhadap umat Islam disebabkan mereka percaya keganasan di seluruh dunia ada kaitan dengan ISLAM. 

Cubaan mengatakan pilot dan co pilot terlibat dalam keganasan disebabkan mereka muslim.

Yang sebenarnya, aku rasa benda neh dah jadi macam satu penyakit. Jika disebelah sini benci non muslim, benci yahudi, benci itu, benci ini, prejudis dengan orang2 yang berbeza bangsa dan agama, disebelah sana pun sama, prejudis dengan orang2 yang beragama Islam dan sebagainya, maka sampai bila permusuhan ini nak terhenti?

Bagi orang2 yang boleh berfikir dengan celik, matang tanpa prejudis, kita juga menjadi mangsa keadaan sebenarnya.

Ini satu bentuk persepsi yang dangkal. Bukan semua orang yang jahat dan ganas itu muslim. Namun jika dia ganas dan jahat itu kerana dirinya yang mahukan begitu. Perkara yang sama juga terpakai pada non muslims la kan. Ia tiada kaitan dengan bangsa dan kepercayaan pun. Ia adalah mengenai cara dia mengawal pemikiran dan tindakan dia semata2. Kita tak boleh salahkan idelogi dan bangsa apabila otak kita gagal menafsir mana satu benda betul dan mana satu benda yang salah.

Lagi satu, suka diingatkan Malaysia takde kepakaran untuk lakukan terrorisma. Jangan la bercakap macam USA tue BODOH sangat sampai tak reti nak detect benda2 neh. Kat mana lagi nak tercampaknya MH370 tue kalau betul ia angkara terrorist oleh orang2 MUSLIM? Radar seluruh dunia pun tak boleh nak detect inikan pula cakap2 bodoh dari Fox News?

Antara percubaan kaitkan muslim Malaysia sebagai terrorist, aku rasa lagi logik nak kata USA merampas pesawat MH370. MAS, MALAYSIA, PILOT DAN CO PILOT takde rekod pernah lakukan kerja2 terrorisma di peringkat antarabangsa, masalah terbesar kami ialah mengenai urustadbir dan amalan politik dalam negara manakala USA terbukti banyak kali suka menceroboh negara orang atas nama keamanan padahal nak merampas harta kekayaan orang lain aje. Lue fikirlah sendiri ek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...