Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 Februari 2014

PSM Tidak Akan Bertanding Di Kajang - Kenyataan Rasmi PSM.

Keputusan ini sebenarnya lebih baik buat PSM berbanding jika mereka bertanding. Ini kerana PSM akan memburukkan imej parti mereka sendiri jika mereka meletakkan calon di Kajang. Sejujurnya bagi aku sesiapa pun boleh dibenarkan bertanding di Kajang dan semua pihak patut meraikan kepelbagaian pendapat. Tidak harus kita mengikat pendapat orang harus selari dengan pendapat kita dan begitula sebaliknya. 

Tetapi, kita bercakap pasal Malaysians kot. Mereka belum begitu terbuka dalam meraikan kepelbagaian. Mereka lebih terbuka untuk perkara2 yang mengarut, macam keterbukaan dalam hiburan, keterbukaan dalam pemakaian, keterbukaan dalam pergaulan.. keterbukaan dalam sosial, sampai buang2 anak dan sebagainya..

Keterbukaan dalam meraikan perbezaan idelogi, mereka belum lagi sampai ke tahap itu. Kalau mereka sudah sampai ke tahap itu, itu bermaksud sistem monarki kat negara neh bakal tumbang bila2 masa dari sekarang..

HAHAHAHAHHA..

Sistem monarki ialah sistem ciptaan manusia. Raja, sultan atau kerabat2 itu sendiri adalah satu jawatan yang diwujudkan oleh manusia. Yang neh pun ramai yang tak faham. Lagi nak sembang kencang bab idelogi2 politicsm, idelogi2 religionsm, idelogi2 partism, idelogi2 humanism?

TAK PAYAH LA KO MIMPI WEH. At least, buat masa sekarang.

HAHA..

Lihat petikan twitter dari PSM ;


Ini kenyataan mereka pula ;

POSISI PSM MENGENAI PRK KAJANG

Mesyuarat Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diadakan pada 6hb. Februari 2014 di Sabak Bernam, Selangor telah mengambil keputusan seperti dibawah berkenaan dengan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang. Keputusan ini diambil setelah mendapat pandangan ahli, pandangan penyokong parti dan Cawangan PSM Kajang.

PSM juga sedar bahawa keputusan yang diambil mungkin tidak akan dipersetujui oleh semua pihak tetapi PSM merasakan ini adalah keputusan yang paling baik yang boleh diambil pada masa ini. PSM juga berterimakasih kepada pelbagai pihak dan kumpulan yang telah menyokong dan memberi pandangan kepada kami sepanjang debat samada PSM patut bertanding atau tidak. Keputusan dibawah adalah muktamad berdasarkan proses demokrasi dalam parti. Keputusan dibawah juga tidak didorong oleh perasaan emosi atau dendam terhadap mana-mana pihak.

1. PSM berpendapat bahawa alasan mengapa PRK ini diadakan adalah tidak munasabah.Kami juga berpendapat ini adalah satu amalan (precedent) yang tidak baik kepada Demokrasi. Kami berpendapat ia adalah satu pembaziran wang rakyat dan pandangan ini juga disetujui oleh Rafizi sendiri yang telah meminta maaf. Justeru itu, PSM tidak berhasrat bertanding dalam satu PRK yang kami sendiri tidak restui dan sebagai sesuatu yang patut diadakan dimana seorang ADUN telah meletak jawatan sewenang-wenangnya tanpa sebab. Jika andaikata, pihak UMNO-BN melakukan perkara yang sama, kami berpendapat kami termasuk semua di PR akan turut kutuk perbuatan tersebut kerana memang tidak berprinsip dan beretika.

2. PSM juga tidak berhasrat memecahkan undi atau memberikan sebarang peluang untuk Barisan Nasional (BN) menang dalam PRK ini. Kekalahan pembangkang di Kota Damansara dan Semenyih harus menjadi satu pengajaran kepada semua pihak. Walaupun PSM tidak menyokong keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam alasan mengapa PRK Kajang ini dipanggil tetapi pada masa yang sama, kami tidak sekali-kali menyokong atau menyeru rakyat menyokong BN yang merupakan masalah kepada pelbagai masalah di Negara kita termasuk masalah perkauman dan penindasan terhadap rakyat Malaysia.

3. Hak untuk keluar mengundi atau tidak keluar mengundi adalah hak mutlak rakyat Kajang dan PSM tidak berhasrat mengambil sebarang posisi dalam isu ini. PSM mungkin menggunakan peluang ini untuk terus berkempen kepada isu-isu yang kami rasa lebih penting untuk majority rakyat Malaysia iaitu isu membantah cukai GST, membantah perjanjian TPPA, pendidikan percuma dan memperkasakan Akta gaji Minima.

4. PSM juga tidak mahu terpesong dan akan menumpukan fokus kepada Road Show PSM Fasa Semenanjung Malaysia yang akan berakhir pada 23hb. Mac 2014. Tujuan utama Roadshow jelajah Semenanjung Malaysia ini adalah untuk mempertengahkan isu-isu pokok yang dihadapi oleh 99% rakyat negara ini dan juga untuk menghindar rakyat terpesong kepada isu-isu perkauman dan agama yang cuba digunakan oleh pemerintah untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.

5. Mengenai isu kerjasama dengan PR. PSM masih berpegang kepada Resolusi dalam Kongres PSM ke 15 pada Jun 2013 iaitu PSM sedia berdialog dengan PR atas dasar saling hormat menghormati untuk melawan UMNO-BN. Pada masa yang sama PSM komited untuk membina Gabungan Kiri dengan parti, individu dan organisasi kiri untuk melawan polisi neo-libeal dan kapitalisma di dalam dan luar Negara.

PSM akan terus menjana kuasa rakyat untuk mencapai keadilan sosial dan ekonomi bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju dan saksama. Kami sedia berjuang bersama rakyat untuk mencapai matlamat murni ini.

Berjuang Bersama Rakyat

Dr. Nasir Hashim
Pengerusi PSM

A good decision made by PSM. Marah2 kita kat PR pun, marah lagi kita kat BN. Pendek kata, rakyat tiada alternatif yang lebih baik dari yang sedia ada. Tak dapat sup ayam pun, sup kaki pun jadi la.

HAHAHAHA..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...