Penulisan tersebut membidas pemikiran sesetengah pihak yang menyalahkan kerajaan [BN] dan juga pengundi2 BN yang telah memangkah BN sekaligus menyebabkan kos sara hidup kian meningkat di negara neh sejurus BN mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95, 97 dan diesel.
Kenaikan tersebut menjadi asas kepada beberapa syarikat yang membekalkan perkhidmatan dan barangan tertentu untuk menaikkan harga jualan masing2. Atas alasan itu rakyat menjadi marah dan mempersoalkan tindakan BN dan juga pengundi2 BN yang telah pun menyusahkan hidup mereka yang terpaksa berhadapan dengan satu lagi masalah, iaitu kos sara hidup yang tinggi.
Masalah jenayah, masalah tangga gaji yang rendah, harga barang makan yang kian mahal, harga rumah yang semakin mahal, rumah kos rendah dijadikan alat untuk agent hartanah membina kekayaan, inflasi, kadar penganguran di kalangan belia yang meruncing, masalah sosial, masalah bankrupsi yang tinggi di kalangan anak muda, masalah pengangkutan yang tidak effisen di hampir kebanyakkan kawasan2 di Malaysia dan pelbagai lagi masalah2 yang wujud, tidak pernah pun berjaya diselesaikan oleh kerajaan namun kini mereka menambahkan satu lagi masalah iaitu menawarkan peluang untuk kos sara hidup di Malaysia menjadi semakin tinggi dari hari ke hari.
Kenyataan UFB boleh rujuk sini.
Kat bawah neh pula bidas MAZA kepada UFB ;
Kenyataan Hilal Asyraf yang membidas UFB pula kat sini.
UFB menggunakan dalil ini bagi mempertahankan tindakan BN antara punca kos sara hidup tinggi di negara neh ;
Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Abu Daud)
UFB juga membidas mereka2 yang menyalahkan peniaga, kerajaan dalam isu harga barang yang semakin mahal ;
Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH). Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini. Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.