Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 3 Januari 2013

Rais Yatim buat U-turn.

Dari ahli sampai ke pemimpin atasan. Tak boleh blah betul. Korang memang suka buat u turn ke apa weh?



kah kah kah

Alasan KELAKAR NAK MAMPOS.
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Menurut beliau, berdasarkan fatwa itu, amanat yang disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 adalah bercanggah daripada segi ajaran Islam.

Rais memberitahu, Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

Jelasnya, fatwa berkenaan melarang orang Islam menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut selain menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memilikinya.
''Sehubungan itu, kementerian dan RTM khususnya adalah terikat dengan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan.

''Kesimpulannya, forum berkenaan tidak dapat diadakan kecuali jika Abdul Hadi bersedia menarik balik amanatnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Rais Yatim kata tak jadi. Alasannya majlis fatwa dah buat keputusan. Ceh. Ini juga la yang aku dok laung2kan sebelum korang pongpang2 bab forum. Alih2 tetiba lue kata tak boleh sebab majlis fatwa cakap tak boleh sebarkan dan sebagainya.

Pandai pula ko ikut bab neh ek. Bab lain aku tengok yang terang - terangan haram tanpa perlukan fatwa bahkan jelas tertulis dalam  Alquran pun main langgar lari jek. Korang neh betul2 buat lawak bangang. 

kah kah kah

Yang penting sekarang korang dah mengaku kalah secara tidak langsung. Belum berforum dah tarik diri. Itu satu. Lepas tue siap cakap bahawa forum boleh diteruskan jika TGHH tarik balik amanat. Wooo dari situ je dah membuktikan bahawa ko sebenarnya tak bersedia jika TGHH pertahankan amanat dia. Kalau TGHH surrender or mengaku salah dan kalah ko akan bagi dia ruang untuk muncul di tv. 

Owh oke.

Jadi maksudnya apa? Maksudnya.. tak berani untuk berdebat sebab takut kalah namun jika mahu berdebat juga kena pastikan lawan mengaku kalah terlebih dahulu then baru boleh berdebat.

Betul tak?

Ko memang gile. Tue jek aku nak cakap.

kah kah kah    

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...