Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 30 Disember 2012

JAKIM SoalSiasat Presiden PAS.

Aik.

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO.  Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata jabatan itu akan terlebih dulu memanggil Hadi berhubung amanat terbabit yang membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, pelbagai tindakan diambil sebelum ini tidak berjaya mengekang amanat itu daripada diamalkan pengikut parti berkenaan khususnya yang fanatik walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkannya.

Katanya, andai Hadi ingkar dan mahu terus mempertahankan amanat itu, tindakan lain boleh diambil termasuk mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Takde pula ko beria2 siasat time Masyitah cakap boleh melacur kalau darurat? Time Jamil Khir kantoi songlap duit zakat pun korang senyap je. Isu yang dah selesai korang pergi buka balik buat apa. Beria2 siasat benda dah lama.

BTW, aku tak pernah jumpa lagi mana2 orang pas yang amalkan dan sebarkan amanat haji hadi. Yang aku nampak sekarang neh ialah hanya UMNO je yang dok sebarkan sana sini. Isu yang dah selesai dan tutup buku.

Jakim dah pernah amek tindakan dulu. Apa rasionalnya amek tindakan 2 kali untuk 'perkara' yang sama? Tidak kah itu BODOH namanya?

Kalau taknak orang sebarkan maka ko patut nasihatkan orang2 UMNO terlebih dahulu. Minta dorang terlebih dahulu jangan sebarkan apa2 berkaitan amanat haji hadi. Mengapa pula ko nak siasat orang yang tak sebarkan apa2 berbanding dengan orang yang menyebarkan isu tersebut? Pelik siot.

Jika bukan UMNO yang sebarkan dan hebahkan jangan harap le ada orang2 PAS nak buka citer tue. Aku tengok orang2 PAS dah maju ke hadapan. Banyak lagi ucapan2 pemimpin mereka yang terbaru yang mereka dok sibuk sebarkan berbanding ucapan2 lama. Apa la bangang sangat si JAKIM neh nak hukum orang dua kali atas satu perkara.

Lagi satu baca sini plak ;

MP Shah Alam Khalid Samad pada hujung minggu lalu menjelaskan bahawa petikan ucapan Abdul Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli Umno.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi amanat itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid. 

Nampaknya apa yang dipanggil amanat tue bukan la merupakan satu amanat pun. Ia hanyala petikan ucapan yang di anggap sebagai amanat oleh penyokong2 PAS ketika itu.

Mereka siap pergi jual lagi. Hadoi la. Ada juga orang yang pergi beli ucapan yang presiden pas cakap. Yelah, zaman takde youtube kan. Hehe. Susah gak aku nak cakap lebih2, pasal aku tak hidup lagi zaman 1981 tue. Hehe.

Apa pun, kalau JAKIM nak siasat, elok la JAKIM pergi siasat UMNO. Sekeliling aku neh bersepah orang PAS. Nak dengar dorang sebut pasal amanat haji hadi memang HARAM. Jangan harap la beb. Kalau bukan UMNO yang buka citer, untuk dorang saja2 buka dan amalkan tue memang takde langsung.

Bahkan ramai yang tak amek port bab amanat tue. Mungkin faktor zaman yang dah berubah. Oleh kerana PAS dah berubah, TGHH dah berubah, apsal UMNO dan JAKIM attack atas benda yang PAS tak amalkan lagi? BANGANG ke apa? 

KAH KAH KAH     

Sumber rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/217672 ;
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIMpanggilHadi/Article/
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...