Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 31 Disember 2012

PERKASA Terengganu Serah Memo Bantah Presiden PAS..

BANGANG.

Sumber gambar : Blogger kerabu bersuara.

Itu yang selayaknya. 

Siyes aku nak berkawan dengan budak perkasa terengganu neh. Nak aje aku bagitau dorang wehh sudah-sudah la tue buat bangang. Bangang korang tak membantu kita seme maju ke hadapan. Tapi masalahnya aku tak kenal seorang pun bebudak bangang yang protes dan serah memo tue. Kalau kenal tue lain la citer.

Neh meh aku nak ajar sket. 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu hari ini menyerahkan memorandum meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981. [1]
Memorandum itu diserahkan kepada Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah pada kira-kira 11 pagi ini di Pejabat Pas Negeri Terengganu di sini.

Ketua Wira Perkasa Terengganu Ahmad Suhaimi Rafii berkata, memorandum itu antara lain mendesak Abdul Hadi memohon maaf dan menarik balik amanah itu yang didakwa telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini. [2]

"Kami mendesak agar Datuk Seri menarik balik amanat yang telah dikeluarkan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas segala perkara yang terjadi akibat amanat tersebut," [3] katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu. - BERNAMA




Korang faham tak cerita sebenarnya macam mana? Untuk 3 point ko aku jawab di bawah neh ;


1. Amanat tue dah tak popular. Bahkan tiada sesiapa di zaman kini yang mengamalkan amanat tersebut. Kalau la UMNO tak sebut, aku pun tatau. Bahkan ahli2 PAS pun tak heran dengan kewujudan amanat tue. Dorang hanya akan bercakap bila UMNO up isu tersebut.

2. Itu maksudnya apa? Itu maksudnya amanat tue tak jadi perdebatan dari segi kesan kewujudan amanat itu sendiri. Sebaliknya ia jadi perdebatan sebab umno terasa dikafirkan. Faham tak yang neh?

Contoh ;

Ali makan buah. Buah tersebut ada racun. Kesan nya Ali sakit perut.

Abu dan Ali berdebat pasal buah itu ada racun jenis apa. Bukan pasal Ali sakit perut.

Jadi sekarang PAS dan UMNO bertengkar pasal UMNO terasa dikafirkan melalui amanat tersebut. PAS menafikan perkara tersebut. UMNO terus-terusan bercakap pasal hal kafir mengkafirkan. Mereka juga bawa kesan2 yang berlaku pada waktu dahulu.

Seme citer orang2 yang dah bertaubat,berubah seme depa korek dan siarkan. Entah betul ke tak betul aku tatau. Tapi ia sepatutnya sudah tidak menjadi isu kerana amanat tersebut sudah lama ditinggalkan. Ibarat 30 tahun lepas aku minum arak then hari neh ko nak hukum aku sedangkan aku dah lama tinggalkan benda tersebut. Logik ka?

Bagaimana pun aku tak mengatakan bahawa kewujudan amanat itu merupakan satu kesalahan. 

3. Amanat tersebut telah pun mempunyai satu keputusan yang pasti. Iaitu ia tidak boleh disebarkan dalam apa jua bentuk. Dalam erti kata lain, majlis fatwa kebangsaan sudah membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Kalau ikutkan keputusan tersebut, UMNO dah menang dah. Owh oke amanat tersebut tidak boleh disebarkan. Jadi apa masalahnya lagi?

Ko dah buat satu benda dan ko masih tak puas ahti lagi atas tindakan yang ko dah amek beberapa tahun lepas?

Kemon la. 

Kalau nak berdemo, protes dan serah memo pun pastikan anda tahu kronologi kejadian. Dalam kes neh PERKASA patut serahkan memo kepada UMNO. Bagitau mereka, benda yang dah diputuskan beberapa tahun dahulu sudah ada penamatnya. Tutup citer dan cari isu baru. 

Lagipun kemana2 presiden pas pergi, dia tak menjaja isu amanat tue dah. Tak pernah dengar dia pongpang2 cakap pasal amanat tue, jauh sekali menyebarkan apatah lagi menyeru sesiapa untuk amalkan apa yang terkandung dalam amanat tersebut. Silap2 tuan guru pun dah terlupa tentang perkara tersebut.

Kali neh PAS bersuara, presiden PAS bersuara hanya kerana UMNO menyebarkan ia. So jakim, majlis fatwa bahkan PERKASA sekalipun boleh pergi balon UMNO kerana menaikkan isu yang sudah selesai.

Faham kan?         

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...