Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 23 Disember 2012

SPRM siasat calon ramai setuju tetapi Mustafa Ali tak setuju..

TGNA setuju.

Saifuddin Nasution setuju juga.

Dap? Belum lagi menyatakan persetujuan. 



Baru2 ini SPRM menyatakan kesediaan untuk memeriksa semua calon yang akan bertanding sebagai wakil rakyat sebagai persediaan awal bahawa kesemua calon2 tersebut bersih dari amalan rasuah.

Tindakan ini disokong BN. Najib menyatakan persetujuan.

Saifuddin Nasution pun kata oke. Tetapi bukan SPRM yang kena pantau. Sepatutnya tubuhkan pasukan khas kerana imej / kredibliti SPRM diragui dan boleh dipertikaikan. Tindakan Saifuddin ada wajarnya. Sebab memang SPRM mempunyai persepsi negatif di kalangan rakyat malaysia terutamanya selepas kes TBH dan Sarbani. 

TGNA terus bersetuju bila disuarakan cadangan tersebut. Katanya bagus. 

Sebelum neh Nasruddin juga telah mendedahkan harta yang dia miliki. Bagi membuktikan kesediaan dia untuk disiasat ataupun apa2 sahaja la. Dan sampai sekarang hanya dia sorang je berani. Hehe.

Ini antara contoh mereka2 yang berani disiasat dan di isyiharkan harta mereka. Kerana apa? Secara asasnya kita dapat gambaran awal bahawa mereka tidak bersalah so nak takut apahal?

Tetapi kenyataan di bawah neh kenyataan yang akan buat orang berfikirkan sesuatu. Ia kenyatan dari Mustafa Ali. Mustafa Ali ialah setiausaha agung pas. Kenyataan dia boleh jadi mewakili diri dia mahupun mewakili pas. Sebagai seorang pengundi di malaysia aku berpendapat ini ialah kenyataan yang bangang.


Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali(kiri) pula berpandangan, cadangan itu baik kepada parti yang memerlukan bantuan pihak lain untuk memastikan calon mereka "bersih" daripada rasuah.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS mempunyai mekanisma tersendiri untuk memastikan calon parti itu bebas rasuah dan tidak perlu kepada pihak lain untuk membuat tapisan.

"Kita tak perlukan bantuan luar untuk menilai calon kita, kita juga tak ada masalah itu. Ini mungkin membantu parti lain bermasalah dan mahukan calonnya ditapis supaya tidak terlibat di dalam rasuah.

"Lagipun bila masanya perkara itu akan dibuat... kita tak mahu mendedahkan calon kita," katanya. -HD-

Rupanya PAS ada badan pemantau sendiri untuk siasat calon2 sendiri. Bagus. Tetapi itu adalah peringkat sendiri2. Maksudnya sendiri yang buat badan pemantau, sendiri yang iktirafkan kredibliti mereka, sendiri yang anggap badan pemantau parti tue bagus.


Tetapi sayangnya majoriti pengundi tak acknowlegde badan pemantau pas tersebut. Yang acknowledge hanyalah ahli2 pas sahaja. Itu masalah juga tue.

Lain la kalau ia AJK khas ataupun SPRM meskipun SPRM tercemar reputasinya. Contohnya kalau berlaku satu2 tuduhan terhadap mana2 calon PAS, at least dorang boleh balas, hey SPRM dah siasat dia oke. SPRM kata dia bersih, so ko sapa nak kata dia tak bersih? Kalau itu rasuah, sudah tentu SPRM akan kata dia tak bersih.

Bayangkan pula jika hanya badan pemantau pas je tapis calon2 mereka dan iktirafkan mereka bersih dari amalan rasuah. Katakan terdapat apa2 skandal yang dikatakan rasuah dilemparkan kepada mereka.

Eeee calon A terlibat skandal tuee..

Banyak la ko punya eee.. dia bersih oke. Badan pemantau pas sendiri dah confirmkan dan mereka sendiri tapis dah calon2 tersebut.

Apa? Ulang balik.

Badan pemantau pas yang tapis calon2 mereka dan mereka confirm bersih oke.

Apa?? Ulang balik wehhhhhhhh..

Badan pemantau pas yang tapis calon2 mereka dan mereka confirm bersih oke.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Agak2 nak buat orang gelak terguling2 boleh la gunakan hujah di atas. Siapa badan pemantau pas ini? Siapa yang meletakkan mereka di kedudukan bahawa tindakan dan keputusan mereka sesuatu yang di iktirafkan oleh malaysia?

Sebab tue la Tuan Guru Nik Aziz setuju. Dia tahu dia boleh gunakan kedudukan SPRM [walaupun tak bersih mana] untuk mendokong calon2 PAS. At least jika ada apa2 tuduhan di campakkan ke atas calon PAS, mereka ada bekap plan iaitu SPRM. 

Jika ada calon PR yang terbukti terlibat dalam skandal rasuah meskipun sudah melalui proses saringan dari SPRM ini maksudnya SPRM yang tak buat kerja dengan betul. Bahkan boleh jadi juga ada calon BN yang tidak bersih terlepas dari proses saringan SPRM. SPRM akan dipertikaikan. Yang terlibat dalam skandal itu tidak akan dipertikaikan sebanyak mana SPRM akan dipertikaikan jika berlakunya sesuatu.

Nampak tak kelebihan apa yang PR akan dapat jika bersetuju dengan proses saringan ini? Nampak tak kenapa TGNA dan Saifuddin Nasution bersetuju? 

Jadi Mustafa Ali, jangan la buat kenyataan yang boleh menampakkan PAS neh tah hapa2. After all awak tue setiausaha agung pas oke. Setiausaha Agung. Memang tah hapa2 punya kenyataan la. Siyes aku cakap. Tah hapa2.

Ini ialah pelan penyelesaian. Aku cadangkan kepada Mustafa Ali pasal aku tengok dia cam takut sangat. Aku percaya SPRM juga takan ada masalah untuk bersetuju melindungi senarai calon2 dari pr dan bn

1. Jika takut senarai calon terdedah untuk elakkan apa2 perkara, mohon SPRM lakukan siasatan secara tertutup dan jangan dedahkan senarai calon kepada mana2 pihak sehinggalah dah confirm calon tue ialah calon yang bakal bertanding untuk pru-13 nanti.

2. Jika takut pengisytiharan harta itu mendedahkan calon2 tersebut dirompak dan sebagainya maka dedahkan hanya kepada SPRM. Orang luar macam kami tak perlu tahu. Nanti berlaku apa2 SPRM akan dedahkan kebenaran-nya. Ataupun mana2 badan khas yang dilantik untuk uruskan hal tersebut.

Oke tak cadangan aku Mustafa Ali? Kalau yang neh pun tak oke juga.. hehehe.. lue fikirlah sendiri ek.

kah kah kah    

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...