Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 2 Disember 2012

Azan takde, suara Najib je ada.

Kisah benar.





Semalam. Aku buka tv dalam pukul 6.55 kot. Aku tak sure sangat. Masa on tv dia terus p kat channel ntv7. Kalau ada astro dia memang macam tue. Tv apa yang terakhir ko tengok sebelum tutup astro dia akan ke channel tue time ko on tv balik. So masa tue astro terus paparkan channel 107.

Aku dah tahu je memang tv2 percuma di malaysia paparkan citer pasal umno je dalam dua tiga hari neh. Tapi aku tak layan pun. Ada astro beb. Kita layan astro sudah la. Kita ada pilihan nak dengar atau taknak dengar. Kalau tak suka jangan ko dengar. Buat apa ko dengar benda2 yang ko tak suka? Simple beb.

Masa aku terbuka tv tue.. tiba2 aku dengar najib cakap ;


"Satu undi untuk PKR satu undi untuk kerosakan akidah dan sosial!," laung Najib di hadapan perwakilan perhimpunan yang berdiri sebagai tanda penghormatan kepadanya.

Laungan anti-Pakatan itu diteruskan lagi dengan menyamakan tindakan mengundi PAS dengan kemerosotan Islam, dan undi DAP dengan penindasan bangsa Melayu.
"Satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk kehancuran Islam!

"Satu undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk penindasan bangsa tercinta!," laung Najib lagi disambut sorakan dari para perwakilan.

Ini petikan dari malaysiakini. Aku malas nak tulis balik. Tapi memang sebijik seperti di atas la aku dengar dengan telinga aku sendiri. The thing is aku tak kesah kalau umno nak jadikan PAU 2012 persidangan mengutuk pembangkang jika mereka rasa itu agenda utama mereka. Hak masing2 la beb. Persidangan mereka. Lantak la mereka nak bercakap pongpang2 pasal apa pun. 

Tapi bila benda neh dah sampai kat telinga aku, aku terpanggil nak betulkan pendapat di atas. Maaf, bukan pendapat tapi lebih tepat, fitnah. Ini adalah merupakan satu fitnah kepada pakatan. Nampak sangat pembohong nya najib bila cakap 

Satu undi kepada pkr ialah satu undi kepada kerosakkan akidah dan sosial. Sebelum tue dia ada cakap pluralisme juga.

PKR.

PKR ialah parti yang dianggotai oleh berbilang bangsa dan agama. Kena faham la prinsip tue. PKR mewakili malaysia. Takde islam or bukan islam lebih di PKR. PKR bukan stand kepada perjuangan islam. PKR stand untuk membela keadilan dan meraikan perbezaan. Itu dorang punya aim dan matlamat. 

Jika ada orang2 PKR [bukan islam] yang menyokong kebebasan beragama sekalipun, itu logik. After all mereka bukan manusia yang kita boleh kawal pemikiran2 mereka. Mereka bercakap sesuatu atas sebab2 tertentu dan bagaimana pula dengan menzahirkan pendapat seperti itu merupakan satu kesalahan sedangkan kita bersandarkan kepada hakikat yang berlaku di malaysia?

Lagipun adakah anda yakin dalam bn tiada yang menyokong kebebasan untuk beragama? MCA dan MIC seperti umno juga kah? Jika ada so bukan kah itu bermaksud sama je stand BN dan PKR kat sini? 

Satu undi kepada pkr bukan bermaksud kerosakkan akidah dan sosial. Satu undi kepada pkr bermaksud kita rakyat malaysia belajar menerima apa yang sedang berlaku dan mencari jalan untuk menyelesaikan perkara2 yang telah dinafikan kewujudan nya disini.

Menghighlightkan masalah bukan merupakan satu kesalahan. Adakah menjadi hipokrit dan menafikan masalah itu lebih baik pula?

PAS. 

Satu undi kepada PAS bukan merupakan satu undi kepada kehancuran umat islam. Najib bohong! PAS walaupun tidak maksum tetapi dalam segi mendakwahkan islam pas lebih baik dari UMNO.

Aku tahu sukar dan berat untuk orang2 seperti ko mengakui melalui lafaz mulut tetapi dalam ahti ko, ko akui itu betul. Bukan pas yang bina kasino oke. Bukan pas yang buat kilang arak juga. Jauh sekali meluluskan apa2 perkara maksiat di malaysia. Bahkan pas berperang dan berbeza pendapat juga dengan pkr dan dap dalam isu2 seperti ini.

Ko juga tahu. Tapi apa ko buat? Bukan nak sokong or stand pendirian pas ke apa lagi ko gunakan isu itu untuk melaga2kan orang tapi ko cakap ko tak suka orang dilaga2kan tapi ko sendiri buat benda yang serupa, pe citer?

Ko cakap satu undi kepada pas ialah satu undi kepada kehancuran umat islam sedangkan ko sendiri membina jalan2 untuk umat islam hancur? Kemon la. Dalam pas walaupun tak maksum tapi bab aurat dorang follow. Bab azan dorang ikut. Dalam perkara2 yang wajib dorang amal. Ko? Ko cakap orang macam2 tapi ko sendiri? Beli la cermin weh. Cermin.

Kritik pas biarlah pada benda2 yang memang dorang tak betul. Jangan pada benda2 yang memang dorang buat dengan betul. Jangan nafikan kebaikan pas hanya kerana ko umno. Ada kebaikan dalam umno, pas akui juga. So buatla benda yang serupa. 

Ko marah pas tolak kerjasama. Tapi untuk apa ko nak berkerjasama dengan pas yang menghancurkan umat islam? At least time solat, pas berhenti dan beri laluan kepada solat dulu. 

Ko? Masih bercakap depan tv sampaikan aku dengar azan pun pada minit2 terakhir di astro aosis disebabkan terjebak dengan ucapan2 ko. BTW aku check tv3 dan tv1 juga. Confirm takde azan.

Ya, memang niat aku check untuk bagitau penyokong umno pasal hal tersebut. Aku selesa menjadi jujur sebab memang itupun yang aku buat, so?

DAP.

Satu undi kepada dap ialah undi kepada penindasan bangsa sendiri. Itu kata2 najib. Aku tak berapa jelas halatuju dap sebenarnya. Ada orang2 dalam dap aku tengok mereka tak racist pun. Ada juga orang2 dalam dap memang racist. Tapi aku fikir racist dibalas racist maka jawapannya racist2 belaka la.

Mungkin dap racist pada umno sebagai membalas umno yang racist terhadap dap. Dari pengalaman aku, orang2 cina dan bukan muslim mereka bukan racist apa. Ini sikap logik. Kita memang selesa berkawan, bergaul dan keluar dengan mereka2 yang sebangsa dan seagama dengan kita sebab itu memudahkan seme pihak.

Namun, dalam masa yang sama tidak pula kita menolak untuk berkawan rapat dengan mana2 bangsa di malaysia. Cuma bahasa menjarakkan kita disebabkan kita tidak pernah ada usaha untuk memastikan setiap rakyat malaysia disatukan atas satu bahasa.

Maksudnya disini ialah kita terlalu memberikan kebebasan sampaikan ada orang2 yang tidak boleh berbahasa malaysia pun boleh hidup di malaysia even mereka ialah malaysian. Cuba pergi amerika. Boleh ke dorang hidup kalau tak reti speaking? Haram. Interaksi wajib dalam english untuk memudahkan urusan.

Bila itu berlaku automatik kita akan bergaul. Mana pula nak bergaul sorang cakap cina sorang cakap tamil sorang cakap melayu? Macam mana nak faham? Bila tak faham macam mana nak bersatu? Jadi jika ada yang racist dalam puak2 dap itu, instead of menyalahkan dap apa kata kaji dulu perkara2 yang menyebabkan mereka menjadi racist.

Jika rasa bahasa melayu tue sampah sangat sampai umno taknak martabatkan ia so ko martabatkan la bahasa english. Apa2 bahasa pun boleh. Janji ada satu bahasa yang boleh menyatukan kita seme. Itu antara konsep asas untuk membuatkan rakyat malaysia boleh bersatupadu.

Jadi kegagalan ini berpunca dari umno. UMNO 55 tahun mentadbir negara. Bukan baru perintah. So nak salahkan siapa kalau bukan umno? Kalau pas yang perintah benda yang sama pas kena la. Kalau dap benda yang sama dap kena la. Yang dikatakan salah itu bukan pasal parti tapi pasal perbuatan. Polisi tak betul, tak tepat dan tak tegas.

Jadi bila umno sendiri tak bertegas atas satu2 perkara jangan salahkan dap yang amek peluang dan ruang. Ruang dan peluang itu ko yang buka buat mereka. Salahkan diri sendiri. Apa pun dap nak buat, even mca dan mic sekalipun, mereka bukan islam. Kaedah pemikiran mereka berbeza dengan kaedah pemikiran kita.

Tapi masalah sekarang, umno pun mempunyai pemikiran seperti itu. So kenapa pula umno nak marahkan dap yang menzahirkan kelakuan seperti umno? Benda kalau kita tak buat kita marah orang memang logik, tapi kalau benda yang kita sendiri buat [racist] dan kita nak marah orang sebab orang tue pun buat benda sama seperti kita.. memang tak logik. Lue fikirlah sendiri. 

NOTA : Gambar2 di atas aku snap time buletin utama. Bukan time Najib syok kutuk2 pr ketika waktu mahgrib. Dan aku tak tuduh bahawa najib dan umno tak solat mahgrib. Cuma terkilan tv tak paparkan azan sepertimana yang dorang biasa paparkan untuk berikan laluan kepada perkara di atas. Aku fikir tak rugi kot berhenti sekejap untuk memberikan laluan kepada azan.

Video di bawah berkaitan dengan tuduhan najib kepada pkr, pas dan dap mengenai satu undi tue. Saksikanlah.  


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...