Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 September 2012

Nik Aziz kasar, kesat, berprasangka buruk dan fanatik.


Cara terbaik nak menghentikan ia adalah umno terlebih dahulu kena hentikan segala fitnah dan perkara karut yang disebarkan oleh dorang kepada ahli2 umno di peringkat cawangan dan negeri.

Mari kita close up sebentar apa yang dorang sembangkan ;


Begini lah pemahaman aku. Dorang sedang sembang pasal perwatakan TGNA. Apa yang dorang cakapkan mengenai tuan guru ialah ;

1. FANATIK

2. KASAR DAN KESAT.

3. MEWAJIBKAN YANG TIDAK WAJIB.

4. BERPRASANGKA BURUK.

5. MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM.

Penting ke perbincangan seperti neh untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO? Aku tatau. Kalau aku tahu pun aku tak berminat nak share sini. Takde sebab untuk aku tuliskan permerhatian aku secara percuma kat umno sekaligus digunakan oleh umno untuk merangka strategi kemenangan. So aku takan tulis. Ada point pun sekalipun tapi takde sebab untuk aku share.

Yang aku tak gemar ialah fitnah berterusan dan konsisten umno terhadap batang tubuh tuan guru. Cadangan aku hentikan ia sebelum terlewat. Sementara dia masih hidup, kita masih hidup, kita takan rasa seksa api neraka. Esok lusa bila seme dah mati semua perkara neh akan berbalik semula kepada kita.

Kalau kita sanggup amek risiko takde hal. Teruskan. Tapi jangan menyesal. Berapa ramai yang benar2 terhasut dan mempercayai tuan guru seperti itu? Berapa ramai pula yang terpengaruh sehingga bertindak kasar sesama umat islam disebabkan perbuatan di atas?

Dan berapa ramai pula yang hilang pertimbangan akal plus mendahulukan emosi kerana diserap dengan auta2 dan fitnah2 yang mendorong kepada kebencian dan permusuhan? Jangan kita sembang kencang pasal perpaduan kalau langkah kita, perjalanan kita, hala tuju kita adalah mencari musuh, bukan sahabat. Fikirkan itu wahai sahabat2 dari umno, fikirkan.

Sumber gambar : sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...