Sedih aku.
Aku bersemangat malam tadi. Semangat nak tolong cipta rekod untuk Malaysia. Semangat gila nak merealisasikan impian Najib Razak dan Rais Yatim tapi bloggers umno berpakat hentam kebaikan ahti aku di twitter pula.
Kecik ahti aku tak pasal2. Apa pun tak boleh larh dorang neh. Orang nak tolong pun kena keji. Punca dorang marah sebab aku cuba nak meramaikan askar upahan. Benda neh aku fikir mudah jek.
1. Najib ada kek besar.
2. Najib nak agih2kan kek tue kepada orang ramai.
3. Aku dapat tahu.
4. So aku cuba la sedaya upaya sebarkan perkara tersebut.
5. Bloggers umno tak suka. Padahal sharing is caring ma. Silap. Sharing is money-ing ma.
Semakin banyak yang tahu + menyertai semakin kurang lah upah dorang. Itulah pemikiran dorang. Padahal mana ada. Suka sangat buruk sangka betul lah bloggers umno neh. Haizhh..
Upah untuk askar upahan limited jek beb. Tak terjejas pun upah wajib korang.
RM100 paling tinggi + makan minum + T-shirt + pengangkutan [tak tersedia untuk semua penyertaan] + muncul dalam tv [glamer sekejap] + sijil penyertaan + kehiburanan [atau keboringan].
Lihat kat bawah neh ;
Nampak? JASA mengupah orang untuk cipta rekod. Salah ke? Aku tak cakap salah pun. Aku tak cakap apa2 kat twitter pasal salah or betul pun. Aku cuma cakap ada upah. Aku pun nak tweet. Nak upah. Tapi aku tatau nak claim kat mana. Terlepas dah upah aku. Tak pasal2. Rugi.
kah kah kah
Lepas tue dorang marah aku lagi. Dorang marah sebab aku cakap tak seme yang datang ramai2 tue atas kerelaan or nak menyokong apa bagai. Ada yang kena paksa. Ada yang disuruh. Dan ada juga yang disponsor. Ada yang didorong.
Bahkan ada juga yang dipujuk pergi dengan menawarkan pelbagai imbuhan. Tak dinafikan juga ada yang datang sebab nak menyokong. Peratusan kecik jek tue. Bukan ayat dengki oke. Aku cakap pasal fakta. Aku neh kan jujur orangnya.
kah kah kah
Tak kesah lah apa pun sebabnya yang penting setiap yang datang ada sebab2 tersendiri. Bukan sebab nak sokong JANJI DITEPATI tu. Bahkan pelajar2 juga di undang bagi menampakkan program tue ramai.
Nanti boleh larh cakap 150k hadir sokong janji ditepati najib razak.
BN masih kekal kuat di Malaysia.
Najib terus utuh.
Blabalablabla..
Nak tipu2 bercakap tanpa gambar pun boleh. Tapi orang mesti mao gambar.
Tak nak caya lagi cakap aku? Hadoii.. kecik ahti aku tahu tak.
So caranya begini lah. Suruh pergi pada yang mampu menyuruh. Paksa pergi pada yang mampu memaksa. Mendorong orang pergi pada yang mampu mendorong. Takde hal bagi aku. Takde hal. Orang nak kempen, kita tengok sudah larh.
Rezeki jangan ditolak orang kata. Musuh jangan dicari. Faham tak blogger umno? Hadiah bien bagi mesti mao. Undi lue fikirkan sendiri.
kah kah kah