Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Video kontroversi Janji Demokrasi tersebar.

Pehhh..

Cekap jek blogger umno merakam video tersebut dan terus upload di youtube ek? Saksikan video kat bawah neh terlebih dahulu geng ;


 

Blogger umno kata video di atas memaparkan aksi liar penyokong bersih. Mungkin tak sopan tetapi nak cakap liar macam tak kena. Setiap orang ada guideline tersendiri bagaimana mereka mahu menghormati orang lain. Aku takmo jadi hakim sesiapa meskipun aku sendiri secara peribadinya tidak bersetuju dengan aksi tersebut.

Untuk rekod, AJK bersih janji demokrasi tidak menyeru kepada apa2 perlakuan seperti dalam video di atas. Telah pun dikeluarkan statement dan notis bahawa JANJI DEMOKRASI ialah perhimpunan aman bukan perhimpunan provokasi. Sesetengah dari mereka mungkin telah melanggar arahan.

Aku juga nak ulas beberapa perkara. Aku taknak letakkan kesalahan ataupun tuduhan kepada sesiapa sebaliknya aku harap bloggers umno juga boleh bertindak matang dalam menganalisis sesuatu tindakan. Jangan main tuduh2 jek.

1. Kalau diperhatikan video kat atas, kebanyakkan yang memijak dan melakukan provokasi ialah mereka2 yang tak pakai baju bersih dan tak nampak muka nya.. apa pasal? Mula2 yang pijak gambar rosmah dan oppa najib.. ada nampak muka2 orang lelaki yang berbaju hitam? Ada tak wajah lelaki berbaju merah sehingga mendorong peserta2 bersih yang lain terpengaruh? Aku tak tuduh apa2.. just menganalisis jek oke.

2. Kenapa blogger umno buat2 buta dengan perbuatan pemuda bersih kat bawah neh ;



Nak tahu apa dia buat? Dia kutip gambar rosmah yang berterabur tue. Mungkin itu jek gambar yang dia nampak so itulah yang dia kutip. Kenapa taknak buat artikel

PEMUDA BERSIH SELAMATKAN GAMBAR ROSMAH YANG TERABUR ATAS JALANRAYA DARIPADA TERUS DIPIJAK OLEH ORANG YANG LALU LALANG.

Kadang2 orang yang lalu lalang maybe tak perasan. Kalau ada orang yang perasan, tak semestinya seme orang pun akan perasan. Jangan nak buat penilaian sembrono jek beb.

Berkenaan cara layanan mereka terhadap gambar oppa najib seperti biasa aku sama sekali tidak akan menyokong kepada apa2 perlakuan seperti itu. Bukan sebab aku berlagak baik or oppa najib tue member kamcing aku sebab kami agak sekorean tetapi sebab aku fikir aku takan dapat apa2 kepuasan dengan memperlakukan gambar dia seperti itu.

Akhirnya ia akan berbalik semula kepada aku. Seronok nya sekejap jek. Dapat pijak gambar. Tetapi perbuatan yang sedikit itulah yang akhirnya akan dinilai2 orang. Jangan lupa, walaupun sejuta kebaikan yang kita buat, keburukan juga lah yang akan diperbesar2kan. Sebab tue aku cakap tak sesuai.

Apa pun aku cabar blogger umno buat report polis. Aku pun nak pastikan juga bahawa yang benar2 memulakan insiden provokasi itu adalah penyokong bersih dan bukan nya SB. Bukan apa, kalau ia SB akhirnya kebenaran akan terbongkar. Kalau ia peserta bersih, marilah kita sama2 belajar untuk berhimpun guna akal bukan guna emosi. Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...