Bloggers umno meroyan cakap pemimpin yang dimaksudkan tue dari parti PKR. Aku baca juga berita tersebut malam semalam tapi aku dapati bloggers umno tak faham bahasa malaysia. Bukan bahasa english der. Bahasa malaysia jek pun. Senang jek. Bahasa yang hari2 ko guna untuk bercakap. Itupun ko tak faham2 lagi?
Yang peliknya.. depa siap meroyan kat twitter aku. Cara depa bercakap seolah2 aku mesti rasa sedih apa bagai sebab benda tue berlaku. Lhor. Pergilah mampos. Aku peduli hapa sapa kena tangkap sebab jenayah itu neh. Agaknya mereka ingat aku dan mereka se-spesis kot. Melukut di kaki parti.
Mungkin juga mereka salah faham sebab PKR kan bayar aku juta2 tiap bulan. Rumah banglo kat tepi2 jalan tue seme aku punya. Hasil pendapatan yang aku dapat dari PKR. Jangan tatau, PKR tue parti kaya raya. Setakat bayar aku ratus ribu or juta2 tiap bulan memang lepas. Seumur hidup den tak payah kerja. Goyang kaki jek.
kah kah kah
Penjelasan.
1. Sila perhatikan artikel kat bawah neh dengan seteliti yang mungkin.
Laporan berita MSTAR : sini.
2. Perhatikan bahagian yang aku letak anak panah tue.
3. Yang pertama terang2 dia tulis pemimpin utama sebuah parti baru.
4. Lokasi pahang. So PKR = Parti baru ke?
5. Automatik = PKR + DAP + PAS = tiada kaitan langsung dengan parti yang dinyatakan sebab ia parti baru. Aku suspect parti KITA.
6. Tapi kalau korang p godek bloggers umno mereka meroyan tulis nama PKR.
7. Aku tahu lah PKR tue tak maksum tapi jangan disebabkan ko benci PKR ko ada hak nak tuduh2 orang.
8. Anak panah kedua menyatakan suspect adalah saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang. So maksudnya suspect tue yang ada hubungan sedara dengan seorang pemimpin kanan pembangkang, bukan pemimpin kanan pembangkang itu sendiri pelaku or penjenayah nya.
9. Biasa lah dalam mana2 family pun. Kalau sepupu, sedara ko buat hal, takan ko pula yang dijadikan mangsa? Agak2lah nak kait mengait pun. Siapa yang buat hal, dia lah yang harus dipertanggungjawabkan. Yang nak heret kat sedara mara, cucu, cicit apa citer neh der?
10. Aku tak fikir berita di atas berniat jahat sebab hubungan kekeluargaan antara si suspect dengan pemimpin tersebut ada nilai berita. Cuma penafsiran bloggers umno tersangatlah lemah dan bebal. Bahasa melayu pun failed.
11. Kalau korang baca betul2, laporan berita pun cuma tulis suspect. Maksudnya seseorang yang disyaki bukan la seseorang yang terbukti melakukan jenayah tersebut.
12. Selain dari bekas calon yang bertanding, anak dia juga turut ditahan. Kenapa? Sebab lelaki2 dalam keluarga tersebut disyaki melakukan perbuatan tersebut. Samada kedua2 mereka or salah satu dari mereka yang tue aku tak pasti.
13. Samada dia PKR atau KITA aku tak fikir ia isu penting. Biasalah mana kita nak anggap seme manusia yang mendaftar jadi ahli parti adalah manusia yang baik2 belaka.. bebas jenayah dan sebagainya.
14. Tetapi apa yang penting, andai dia didapati melakukan jenayah or terlibat dalam salah laku moral, kita harus biarkan kes tersebut diadili dan disiasat habis habisan untuk memberikan pembelaan bagi mangsa yang teraniya.
15. Tetapi benda neh umno tak faham. Mungkin sebilangan orang umno jek kot yang tak faham. Mereka ingat bila kita pongpang2 pasal umno maksudnya kita expect umno = mesti menjadi maksum.
16. Yang sebenarnya kita tak hadap pun. Sebaliknya kita berharap jika ada ada mana2 pemimpin dari mana2 parti politik yang terlibat dalam apa jua jenayah dan sebagainya, biarlah mereka disiasat melalui saluran yang betul. Rasuah, bela membela, tidak disiarkan dalam berita, menutup kes dan sebagainya.. bukan sesuatu yang kita akan terima.
17. Dan tindakan kita juga jelas. Jika ia melibatkan pihak kita, kita juga akan memilih langkah dan kaedah yang sama, iaitu biarkan mereka disiasat melalui saluran yang betul. Jika mereka terbukti bersalah, tangkap dan hukum. Tiada kompromi kerana kita bukan pembela kemungkaran.
18. Jadi isu yang bloggers umno fikir besar + menarik + kontroversi neh sebenarnya tidak lah kontroversi langsung kerana kebanyakkan penyokong2 pr bukan seperti penyokong2 umno. Yang salah kita tetap kita kata salah, yang benar tetap kita pertahankan.
19. Mengulas mengenai siapa pemimpin yang dimaksudkan.. aku dapat satu nama.
20. Samada betul atau tak betul aku pun tak pasti.. benda neh satu spekulasi dan mohon jangan main percaya jek dengan nama [info] yang bakal aku tulis kan neh sehingga terbukti sahih..
21. Lelaki tersebut bernama Mohd Nor Jaafar..
22. Dia ialah pengerusi parti KITA.
23. Dia ada hubungan kekeluarga dengan siapa aku tak pasti..
Nama tue aku dapat kat sini.
Apa pun aku harap dengan penjelasan neh jangan dikaitkan2 lagi isu tersebut dengan PKR. Macam aku dah sebutkan di atas, walaupun PKR itu tidak maksum tetapi itu bukan bererti korang ada hak untuk tuduh2.. memang lah tak seme dalam PKR itu baik2 belaka tapi sekurang2nya dalam kes neh ia tiada kaitan dengan PKR dan berhenti mengaitkan ia dengan PKR. Cukup. Oke bai.